Showing posts with label artwork. Show all posts
Showing posts with label artwork. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Tahukah Anda: Cara Merawat Tonsil Infection



entry ini sambungan daripada

Sedang bergayut dengan bapak di telefon, tiba-tiba bapak aku bagi cadangan, “updatelah pasal cara nak merawat tonsil. Ni lid tengok banyak cakap pasal fashion jee. Kena lagi informative ni”. Setelah mendengar proposal dari ayah aku, aku dalam keadaan muka yang sangat cool dan sedang bersila di atas kerusi, menjawab “rileeeek lid. Teknik kena ada. Cara nak rawat tu faya buat untuk next entry. Nanti tulis panjang-panjang bukan orang baca sangat pun. Rugi..rugi..“

Maka, entry kali ni aku listkan regime yang aku amalkan untuk mendapatkan kembali tonsil aku yang normal dalam masa seminggu sekurang-kurangnye! Bunyi dah macam cara nak kuruskan badan kan. Nampak same tapi tak serupo. Hoho. So, antara regimenya ialah:

1.       Makanan yang lembut
Disebabkan tonsil aku, aku terpaksa shopping makanan khas untuk tonsil! Ngade-ngade tau kau ni tonsil. Makanan nak demand betol. Makanan normal tak nak. Ni nak makanan yang lembut-lembut je semua. Ala-ala makanan baby gitu. Besides, waktu membeli tu, aku kena bayang yang aku ni baby. Tapi, baby versi dah baligh la. Hehe. So, sebagai baby, apa yang aku boleh makan?

Dengan menggunakan prinsip “aku baby”, aku telah membeli makanan yang aku rasa tak sakit sangat bila nak telan. Such as pancake, telur (untuk buat telur 3 suku), campbell soup atau apa-apa sup yang takde benda keras dalam dia, bubur instant, roti sandwich (tak sama macam roti 4 segi tu), yoghurt and instant mashed potato. Generally, tekaan taste tonsil aku terhadap makanan lembut memang betul.

Korang mesti terfikir “bubur pun nak beli instant?? Bapak malasnye minah ni”. Chilleeex. Korang kena faham. Bila tengah sakit, masak apa-apa pun confirm tak sedap. Haritu aku dah try masak sendiri. Hangit siooot. Haha. Tak larat punyer pasal. So, kalau nak buat bubur sendiri, lebih baiklah mintak tolong orang rumah masakkan ye. Trust me. Kalau masak sendiri, ke tong je la ghupenya. Tak pon, untuk sedapkan hati, simpan bubur dalam fridge lama-lama. Bila keluarkan dari fridge, tengok bubur macam dah tak elok. See. Ada alasan munasabah nak buang kan. Ekeke~
     pancake letak butter&honey, mashed potato and telur 3 suku masak
 
2.       Air yang lembut
Air pun kena memilih. Jangan nak gatal-gatal sangat minum air rasa pelik-pelik termasuk jugak air yang masam-masam. Macam haritu waktu shopping untuk tonsil, ada stall kecik kat dalam pasaraya tu. Kiranya dia tengah promote air smoothie la lebih kurang. Dah nampak ada tester, takkan tak nak rasa kan. Rezeki datang jangan ditolak babe. Aku fikir mungkin tonsil aku boleh collaborate dengan perisa smoothie yang dipromote tu. aku try la perisa blackberry. Sekali smoothie tu pass by tonsil aku, peeergh… Nauzubillah! Serius derita. Menyesal gua minum -_-.

So, kalau nak minum tu, biar air yang rasa soft macam susu ke. Air kosong boleh la walaupun still rasa sakit jugak. Actually, untuk air aku ada beli pisang sebab nak buat smoothie. Berbalik kepada prinsip “aku baby”, smoothie pisang okay jugak sebab rasa dia soft dan tak masam. Kebetulan tak boleh telan sangat makanan termasuk nasik, smoothie macam ni elok untuk kasi kenyang la.  Tapi, aku minum smoothie ni waktu tonsil aku nak baik sikit. Tak sempat try waktu tonsil infection tengah hardcore.
 untuk buat banana smoothie, aku bubuh skim milk yang sejuk, 1 sudu serbuk cocoa (versi pahit),
 1 sudu nutella, 1 sudu peanut butter jam, 3 pisang (ni untuk betul-betul rasa kenyang). 
tak bubuh ais sebab gua mahu pureee

3.       Ubat herba dan antibiotic
Nama pun sakit, ubat kenalah makan kan. Obviously bila aku sakit tonsil, confirm dapat antibiotic. Before this, kalau tonsil bengkak, aku dapat antibiotic yang wajib dihabiskan untuk 2 minggu tak silap aku. Tapi, tonsil infection yang aku kena kali ini, ubat antibiotic dia sampai sebulan?! Peergh! Caya lu tonsil! Memang nak kenakan aku kaw kaw ni. Haha.

in clockwise direction: ubat antibiotics, vitamin echinacea,
 paracetamol (demam) and gula-gula herbs Ricola

Untuk pengetahuan korang yang tak pernah dapat antibiotic, antibiotic ni wajib dihabiskan. Kalau tak habis, ada high possibility yang aku akan dapat lagi tonsil infection and it’s gonna be worse berbanding tonsil infection yang aku kena sekarang. Tak nak woo. Tobat aku. Tapi, antibiotic ni bukanlah dapat soothe kan sakit tonsil aku dengan cepat. So, aku buat sedikit research ubat lain yang aku boleh makan untuk mencepatkan penyembuhan. Apa yang aku discover ada few herbs yang membantu percepatkan soothe tonsil ni. Antaranya ialah goldenseal, Echinacea purpurea dan cat’s claw.

So, aku pun carik herbs tu di bahagian vitamins. So far, aku jumpe banyak vitamins yang mengandungi Echinacea purpurea. Yang guna herbs lain, kawe dok nampok pulop deh. Seriously this herbs memang membantu. Kalau aku hanya makan antibiotics je, tonsil aku masih rasa painful lahabau. Tapi, kalau aku makan antibiotics dengan herbs ni, tonsil tu rasa lega sikit. Tak teruk sangat pedihnya. insyaAllah, within a week, tonsil aku cepat reda. wohoo!
    yang atas ni gula-gula herbs. aku makan waktu tengah saja-saja sebabnya 
kalau biarkan mulut takde pape, rasa sakit tonsil tu lagi terasa. yang bawah pulak ialah 
vitamins yang ada herb echinacea which is elok untuk upper respiratory system
 
4.       Permbersihan katil
Yang ini memang penting. Nampak macam takde kaitan nak compared dengan point lain, tapi sebenarnya ada. Bila kena tonsil infection, aku ada tendency kena demam. Dia saling memerlukan la. Ada tonsil, mesti ada demam. So, after korang rasa demam dah nak baik, selalunya dalam masa 3 hari, maka tukarlah cadar anda. Macam aku, aku tukar cadar baru. Lepas tu, selimut yang aku pkai tu, aku spray febreeze and then jemur bawah matahari. Biar jahanam segala bakteria kat selimut tu. Muahaha.
 kalau perasan corak kat lengan baju tu, aku pakai baju tidur lagi. 
bughuk ghupenya anak dara tak mandi lagi walaupun hari dah terik.ekeke~

Setelah mengikuti amalam-amalan yang aku amalkan, insyaAllah tonsil infection akan cepat reda and insyaAllah reda dalam masa seminggu. Sekurang-kurangnya, after seminggu korang dapat makan nasik walaupun maybe rasa sakit tu ada lagi sikit. hehe. Semoga membantu =D

p/s: semua gambar guna Samsung Note 2.

Monday, April 15, 2013

What to do in Adelaide: Hallett Cove

Semenjak aku update pasal aktiviti aku di Adelaide, ramai dok email aku. Penat jugak lah asik nak kena reply panjang-panjang untuk setiap email yang aku dapat. aiy. payah jugak jadi orang famous ni. haha. Eh. tapi lagi payah kalau perasan ramai peminat. padahal diorang inbox aku sebab nak tanya pasal Adelaide je.hihi.

Sebenarnya kan... Hari ni teman pegi jalan-jalan dengan parents teman di Hallett Cove. nak kata tempat tu 'busuk', tak jugak. Nak kata awesome, rasanya sebab ada ifa athirah kot. terus jadi best.mihmih. Sebab aku yang jadi co-driver, si penunjuk jalan. Aku jugak yang jadi tour guide. Aku jugak jadi penunjuk makanan halal. Tangkap gambar? Akuu jugak! See! full package dowh aku ni. haha. Bayangkan betapa beruntungnya korang dapat aku. Korang rilek je. Ikut je ke mana aku bawak. Aku yang kena multi-tasking. Awesome gak ey aku ni? *muka perasan hebat*

Okay. Hallett Cove ni obviously la kawasan tanjung. walaupun tanjung, jangan pandang rendah woo.aku die hard fan alam sekitar koot. Mana-mana tempat, selagi dikenali sebagai alam sekitar, aku confirm suke pergi. Walaupun ada orang kata tempat alam sekitar ni banyak orang tua, aka warga emas je yang suka pergi tempat-tempat gitu, aka tak fun lah maksudnya, ade aku kisah? Biar jiwa tua, janji wajah awet muda. Awww.

Specifically, kawasan yang kitorang pergi ni nama dia Hallett Cove Conservation Park. Maknanya di kiri aku ialah tanjung. di kanan aku ialah conservation park dia. dah nama pun ala-ala hutan simpan, jangan bayangkan sangat la ada pelbagai jenis rupa pokok tinggu melata di sekeliling korang. ini Adelaide. maka kawasan park dia ni lebih kepada kawasan kering dirumpuni bushes yang sejemput-jemput ala-ala permukaan muffin yang dipenuhi dengan choc chips yang disusun berjarak antara satu sama lain gituww.

p/s: rasa macam hanging pulak karya aku kali ni. lantak pi lah!

Sunday, October 7, 2012

Hasil Usaha Keras yang Worthless

Bulan lepas ada Islam Awareness Week (IAW ) event kat Adelaide. Sort of untuk promote the beauty of islam. Event tu siap jemput mat saleh yang dah masuk islam untuk cerita pasal islam. Macam mana diorang masuk islam. Macam mana perception diorang kat islam before masuk islam. Obviously, they would say kita ni terrorist. I blame you media! Salah satu daripada speaker tu siap fikir yang orang muslim ni nampak baik. Tapi, kalau dia tak ikut cakap kita (orang muslim), dia ingat kita akan bunuh dia. haha. Lawak pulak rasa. Semuanya disebabkan penyebaran satu word je, which is, terrorist. Funny much?

Okay, ni baru nak masuk cerita sebenar. Atas tu just brief explanation pasal event tu. at least, korang dapat the overall idea of this entry la ^_^ So, untuk event tu, aku telah di offer oleh kawan aku untuk buat design untuk macam-macam. Just name it! Poster! Brochure! Logo IAW! Baju laki dan perempuan! Aku pelik jugak kenapa aku yang diproposed sebab aku rasa banyak je laki yang talented bab-bab design ni. tapi, mungkin sebab orang yang in charge untuk design team ni ialah perempuan, so, aku lah antara possibility orang yang diorang nak approached. The truth is aku tak hebat sangat design-design ni. tapi, sebab diorang tahu aku suka photoshop and fashion, diorang rasa there is possibility aku boleh buat design yang proper untuk diorang.
design brochure yang aku design tapi tak digunakan. bayangkan brochure ni lipat dua

Mula-mula aku taknak. Tapi, sebab memikirkan yang aku nak design untuk agama Allah, aku setuju dengan proposal diorang. Aku nak buat the best design yang aku mampu create so that non-muslim impress dengan paparan-paparan media yang team IAW nak sebarkan which is part of it ialah guna design aku la, and then, non-muslim ni rasa curious so, jejaklah kaki diorang ke IAW event. Itu matlamat aku! Bagi aku design yang gempak boleh buat orang rasa nak pergi kat event tu. tapi, design aku tak gempak mana lah. Tapi, gempak di mata aku je. Ngiahaha. Besides that, budak architecture tengah busy time tu. so, aku je lah yang patut tolong diorang.

So, here I am in front of my favourite lappy. Bersengkang mata aku buat brochure, poster, baju segala bagai dengan harapan design aku cukup untuk impress non-muslim jejakkan ke event tu. mula-mula berterusan 2-3 hari buat 1 brochure. Tapi, kemudian berterusan lagi design untuk baju pulak. and I think it goes on about 1 week straight? Seriously, aku all out and doing my best. After siap, aku hantar la design tu ke diorang. And then diorang puji la design aku. Tak kisah pasal puji. Yang penting aku puas hati dengan artwork aku and I’m proud of it walaupun designnya tak se-awesome a true designer should be.
baju t-shirt muslimah yang aku design. ayat panjang IAW tu sepatutnya kat bahgian tengah, 
tapi sebab diorang pakai tudung labuh, aku letakkan kat bawah supaya nampak.  
p/s: okay, aku terlupa nak tukar front yang kanan tu ke back. abaikan swirl tu sebab aku terlupa nak buang.

Before the day arrived, the day event tu start, aku dapat tahu design baju yang aku buat tak dapat diprint sebab kesuntukan masa. So, aku okay je. I’m cool with it. At least, ada alasan kukuh. After that, when the day arrived, aku discover lagi satu benda pasal design aku. Diorang tak guna logo yang aku buat padahal aku buat ikut criteria diorang. And then, brochure diorang 100% different than design aku. Diorang tak guna design aku. And the worst thing is, design brochure yang baru tu sucks! Aku terkejut giler. Aku kecewa giler. And aku agak pissed off.

Penat gileer aku buat design tu. dah la aku buat secara sukarela. Tak kena bayar pun. And I’m genuinely doing it for Allah. Tapi, in return, diorang guna design lain. dah la design tu look soooo immature and nampak macam disiapkan dalam beberapa jam je. Walhal, design yang aku buat tu makan 2 hari full! Seriously aku sedih giler. Benda ni dah berlaku sebulan lepas. Tapi, tadi aku bukak folder pictures and then ternampak design-design yang aku buat. Ter-ingat balik kekecewaan aku waktu event tu. aku fikir mungkin diorang guna design lama kot sebab dah tak sempat. Tapi, kalau camtu, kenapa tak guna je design lama? Kenapa mintak aku buatkan design baru? aku tak salahkan sesiapa. even i don't think i should blame anyone. it's just that kecewa mengenangkan usaha aku untuk menarik non-muslim ditolak bulat-bulat. Kesian aku….kalau kesian, ada sesiapa nak guna design aku tak? hahaha.
hanya poster ni je yang digunakan. and design ni digunakan untuk bookmark gak. weeee.

p/s: what do you guys think about my design?

Saturday, September 29, 2012

How to Create The Unexpected STYLE

People might say fashion is all about shopping, tapi, I might say it is part of creativity. Bukti? Tengok diri sendiri la. Berapa lama korang akan spend time depan wardrobe and thinking what to wear? Thinking what top that might suit that kind of bottom. Thinking kenapa kita asyik tak cukup pakaian je (aku rasa part ni kena refer kat perempuan je termasuk aku? Errr ). Kalau orang tu jenis tak amik port pasal looks, then okay lah. Tapi, macam mana pulak dengan orang yang memang care pasal looks and memang suka sentiasa nak pakai smart, macam aku? Muehehe.

Maka, susahlah aku kalau aku tak cukup kreatif nak pilih baju. Tak pasal-pasal aku asyik topup clothes aku and then tak pasal-pasal lagi banyak duit spend. Absolutely no! So, in order untuk mengelakkan diri daripada lagi banyak berbelanja but at the same time still nampak cool, being super creative is such an important term for fashion lover. Untuk jadi super creative, the main thing is you have to sacrifice yourself (sebab nak kena test mix and match outfits kat diri sendiri kan?). Walaupun korang akan lalui era ‘fashion disaster’, korang kena accept era tu. because even orang yang korang nampak sentiasa cantik matching baju sebenarnya pernah lalu zaman tu. trust me. I have seen one of them before & after. Terkejut nyah! Tapi, rileks. Jangan risau sebab creativity and personal style korang akan makin developed after dah lalui zaman fashion disaster.
maroon top: Supre | half-denim jacket: Valleygirl | lace skirt: Cotton On | necklace: Lovisa | belacan shawl: pinjam Irna
 | floral sneakers: Forever New | watch: Cartier (parents bagi) 
(macam tak percaya je semua barang aku beli time sale.wohooo)

Untuk aku pulak, tak payah cakap la fashion disaster tu. memang aku tutup muka cover malu la kalau nampak aku zaman tu. but, it’s okay J aku rasa aku dah lepas zaman tu and I’m starting to see my own kind of style. So, in order untuk become super creative, setiap hari ke kelas aku akan try mix and match new looks supaya aku keep on pakai semua pakaian yang ada dalam wardrobe aku. Kalau tak, memang tak pakai la baju lama! Macam musim winter haritu, aku teringin giler nak pakai skirt. Whoaaa. Rileks rileks. Tak sesejuk yang korang sangka tapi still agak sejuk. Aku nak pakai skirt hitam lace tu tapi masalahnye skirt tu a-line. Which means ketat di punggung. Aku fikirlah jugak nak pakai dengan top apa sebab top tu should be tutup bontot but at the same time dapat tahan aku dari sejuk.

So, aku ingatkan nak pakai dengan blouse colour maroon aku. So far, aku pakai top tu je and tak pernah terfikir nak layered dengan baju lain. so, aku try lah pakai dengan different kind of jackets yang aku ada (keselesaan should be the main priority) And then, wallah!! Aku tak sangka top maroon aku tu match perfectly dengan one of my favourite jacket. Dah la aku suka jaket tu sebab lengan dia kain cotton, bukannya jeans. Weeee. Besides, combination biru gelap dengan maroon memang favourite aku. the best combination eveeer!! 
to fashion lovers out there, 
keep calm & keep on Mix & Match =)

Saturday, September 22, 2012

The Greatest Sedekah comes from The Most Favourite Thing


Aku pernah dengar orang kata, Allah suka pada orang yang memberi barang yang dia paling sayang kepada orang lain. Aku faham lah kenapa. Barang tu sementara je kot. Bukannya boleh bawak ke akhirat pun. Kalau tanam sekali dalam kubur, last-last hancur kena gigit ulat jugak. So, memikirkan perkara tu, aku bersedia untuk mentest diri aku ke tahap bagi barang yang paling aku sayang kat orang lain. so, it happens few weeks ago, kawan aku dari India (kawan dari India bermaksud warga Malaysia yang tinggal sementara di sana untuk menuntut ilmu) datang Adelaide. And then entah macam mana, socks dia hilang dalam bilik kawan aku. I don’t know how and where tapi carik punya carik memang tak jumpa.

So, kawan aku ni mintak pinjam socks dari aku. Aku pun okay je lah. Aku ingatkan nak bagi socks biasa kiranya yang aku tak suka mana lah. Biasa-biasa je. Socks tu murah and jenis senang terlorot ke bawah tapak kaki sebab jenis pendek. Nama pun murah, memanglah socks tak berapa nak berkualiti. Mula-mula ingatkan nak bagi socks tu lagipun dia nak pinjam je pun. Tapi, disebabkan rasa tak elok bagi socks yang tak proper, aku pun carik lagi socks dalam drawer aku. And then, aku jumpa socks favourite aku. Still the same jenis macam socks yang tak berkualiti tu. tapi socks favourite ni lebih best and aku sangat suka corak dia. Warna kelabu lepas tu kat bahagian ankles ade corak cross stitch yang simple. I loiiike. So, I decided to give that socks to her. -_-






















my new favourite socks

And then, on hari last dia nak balik, dia terbawak balik sekali socks aku. Sama ada terlupa ataupun ada miscommunication antara kitorang. Whatever it is, just assumed yang socks favourite aku dah baby-bye-bye-bye. Huhu. Sedih sikit la padahal benda as small as socks je pun.. Aku redha je la. aku fikir at least aku berjaya lepas test untuk bagi barang yang aku suka kat orang lain. wohooo! So, here I am. Just wearing socks less favourite aku. Perhaps ada hikmah socks favourite aku dah blah. Hikmahnya aku baru discovered semalam waktu aku jalan-jalan dengan membe aku kat Marion. Nampak kedai sale je, kitorang redah masuk kedai tu. dah la kedai Dotti yang sale. Dotti wey! Kedai cantik tapi agak mahal. Aku pernah beli gelang dengan rantai je kat kedai tu. itupun time SALE.

And this time kebetulan aku ternampak socks pun tengah sale! So, I managed to buy a pair of socks for myself! Sebagai ganti socks favourite aku yang dah dibawa pergi. Weeee. Aku suka details kat socks tu. more towards texture rather than corak printed yang senang tertanggal bila banyak kali basuh. Besides, it’s grey! Reminds me of my previous-favourite-sockss. The best part is…. it’s only 3 dollar! Something worth to buy. Sekarang aku faham kenapa aku patut bagi barang yang aku sayang kat orang lain. Sebabnya aku dapat socks yang lebih cool and awesome!!! Yipeeee…! 

Tuesday, August 21, 2012

YES or NO for RAYA

Tulis semalam
Hari ni hari raya tapi mood aku tak mencapai tahap raya yang sepatutnya. Kalau ikut suasana orang Muslim yang normal, aku sepatutnya rasa happy giler sebab dapat sambut raya, dapat duit raya (umur aku ni dapat lagi ke duit raya? Mungkin dari parents je kot.hehe), happy sebab dapat pakai baju raya baru (sunat tu) dan pakai cantik-cantik. kalau ikut suasana orang alim beragama Islam, aku sepatutnya rasa sedih sebab tak dapat nak berpuasa dan berterawikh lagi, sedih sebab setan dah start beroperasi kembali, sedih sebab tak dapat nak tercarik-carik malam Lailatul Qadar. Dua-dua lain-lain situasi ikut pada tahap keimanan. Aku rasa aku dalam situasi… dua-dua kot. Ceyh. Ni macam nak kata tahap keimanan aku berbolak balik la. haha. Tak tinggi, tak rendah. Wallahuwa’lam. Okay. Ada sebab musabab aku tak rasa seronok sangat perasaan nak beraya tu melainkan pada dua waktu.

1)      Main masak-masak
Sehari sebelum hari raya ialah waktu yang kitorang semua tunggu. tak lambat mana pun nak start masak especially kalau setakat 20 orang nak makan. Ayat macam ayat chef kan? Konon dah terror sangatlah masak padahal housemate aku yang terror masak. Aku? Aku terror masak masakan barat. (Ptuuih! Jangan percaya 100%).  So, sehari sebelum raya merupakan waktu peak buat semua orang especially membe-membe kitorang yang buat open house di hari raya first. Waktu ini lah kami berhempas pulas menyediakan juadah yang sedap tak terkira dan mengemas rumah dengan tangkas dan bergilir-gilir menggosok baju raya. Woot woot! Bagi aku, aku berFEEL raya bila waktu masak. Waktu tu, kat dapur, membe aku akan pasang playlist lagu raya kuat-kuat. Tanpa lagu raya, takde feel nak masak lauk raya. Ada lagu raya, barulah feeeel bro! lagi feel bila lagu tu yang memang kitorang tahu and fofuler. Sambil masak-masak, sambil nyanyi (jangan bagitahu orang yang lebih tua. Nanti kena sound dapat suami tua. Hish. Jodoh di tangan tuhan.. rileks der..). Disebabkan kitorang guna playlist lagu raya kat Youtube, kadang-kadang tu keluar lagu yang kurang dapat sambutan kot aka tak popular. Walaupun tak cam lagu tu, tapi kitorang balun jugak nyanyi sama-sama! Menu of the day ialah daging rendang (masak from scratch), masak lodeh, nasi impit, kuah kacang, kerepek dan kuih raya (pos dari Malaysia). Gempak kan? Ehehe. Disebabkan main chefnya bukan aku, aku ni jadi macam trainee la. tolong sediakan bahan. Okay la tu. at least, sambil tolong masak sambil serap ilmu masak rendang, etc, etc, etc. This is what we called “belajar secara praktikal lagi senang masuk daripada belajar secara teori”.

2)      Solat + takbir raya
Waktu ni would be one of the paling FEEL mood raya. Feeling raya tu start bila korang bangun pagi dari tidur. Mula-mula kena mandi sunat raya. Waktu tu, FEEL raya tak cukup peak lagi. Baru tahap normal je la. Walaupun aku mengalami masalah nak masuk toilet gara-gara rasa menggigil hanya dengan memijak selipar basah, aku tabahkan hati untuk mandi sunat raya. Time titisan air pertama yang kena kat badan tu, rasa terketar-ketar badan padahal bukak air suam kot. Tapi, bila dah kena the next titisan air shower, keketaran aku dah berkurang (why do I have to tell you this kind of thing? Nak tunjuk betapa sejuknya pagi di sini nak dibandingkan di Malaysia. Ngee). Disebabkan tahun ni kitorang solat raya kat Bonython Park, rasa raya tu makin naik sebab dapat tengok orang ramai-ramai laki perempuan berkumpul. Seronok giler aku rasa waktu tengok macam-macam bangsa tapi sama agama kat situ. Rasa macam united pulak. Ada macam-macam bangsa pulak tu. india, melayu, arab, melayu-muka-cina, mat saleh dan orang kulit hitam. Pak arab yang datang ada yang pakai jubah putih dengan serban dia. Ada jugak pak arab yang pakai kot hitam. Mak arab pun lebih kurang, jubah jugak tapi berwarna. Anak-anak depa lagilah fancy siap shawl bling-bling pulak tu. ternganga aku tengok. Ngaaa. Pak dan mak melayu (pak dan mak refer kepada apa-apa golongan dan tak kira umur) pulak lebih ekstra meriah. Dah macam warna-warni di Aidilfitri aku tengok. Ada yang pakai baju melayu warna hijau, oren, merah, pink (salah satu tu, aku lah!), purple, biru and etc. Nampak sangat geng-geng Malaysia ni paling beria nak sambut raya. Haha. Lagi feel raya bila tiba waktu salam-salam. Kalau boleh semua orang yang aku nampak depan mata aku nak salam dan ucap selamat hari raya. Benda-benda macam tu yang buat raya lagi seronok.


Walaupun feel raya tu ada, tapi feel raya aku surut balik bila mengenangkan:
1)      Class test
Boleh bayangkan tak korang baru sambut raya sehari, and then hari seterusnya korang kena teruskan datang kelas macam biasa. Lusa pulak ada test. Dan esok kepada lusa ada test lagi satu. Memang lesap la mood raya aku macam ni! jangan harap la aku nak ponteng kelas esok. Okay. Cuba bayangkan ada lecture recording and then ponteng kelas. Agaknya bila masa aku akan dengar lecture recording? Takut aku asik tertunda je and then last minute baru nak dengar. Memang tak ar. Lagi satu, bayangkan aku kena dengar lecture recording tapi tak nampak muka lecturer tu. peergh. Memang tertidur la wey while listening to suara lecturer tu. at least, kat kelas boleh tengok lecturer gerak ke kiri ke kanan sambil bercakap. Secara automatic, aku pun terexercise sebab kepala asik bergerak aktif. so, the conclusion is better datang kelas. Jejaka mat saleh dalam kelas aku pun 98%. Boleh cuci mata kejap. Untuk test pulak, aku cuak jugak ni. maklumlah bila set target markah tinggi-tinggi sangat, mulalah rasa gelabah. Takut tak tercapai target. Huuu. insyaAllah so far aku faham ape lecturer ajar tapi masalahnya nak mengingat tu. tu yang problem sikit. Redha je la. huhu.

2)      Hari raya
Aku agak sedih jugak sebenarnya bila tahu dah hari raya. Rasa macam tak best pulak sebab tak dapat nak terkejar-kejar ke masjid untuk solat terawikh berjemaah. Kena tunggu lagi setahun la nampaknya itupun kalau aku dipanjangkan umur. Serius rasa seronok wey solat jemaah ramai-ramai dan paling penting kena kat masjid. Feel nak solat tu memang masyuk habis. Tak sama rasanya dengan solat jemaah 2-3 orang je dalam rumah. Kat masjid ni rasa lain. rase lagi tenteram. Lagi rasa nak buat banyak pahala macam derma kat masjid ke, baca quran ke, solat sunat ke. tahap terpengaruh dengan pujukan setan durjana pun kurang. Itu yang aku rasa lah. Selain sebab masjid, aku rasa tak best sebab tak dapat nak berbuka puasa kat masjid. Dah la berbuka dengan saudara seislam yang lain, tu yang rasa macam ukhwah fillah. Ceewah. Lagi satu, paling tak best sebab tak dapat nak kejar pahala yang berkali kali kali kali ganda waktu bulan puasa. Tak best jugak sebab dah takde thrill nak bukak puasa dalam kelas. Waktu bulan puasa, ada satu hari yang kitorang kena bukak puasa kat kelas sebab lambat habis. Sebenarnya takde lah thrill mana tapi sebab kena berbuka on time tu yang rasa thrill. Selalunya aku akan cilok 1 meggi instant free kat surau (ada orang derma). Lepas tu, makan dalam kelas. Lecturer pun cool je tengok aku berselera makan meggi waktu kelas. Mesti dia fikir asalkan aku datang kelas dia pun dah cukup bagus. Mungkin. Mungkin.

Ingatkan nak include beraya dengan parents dalam List-takde-feel-raya. Tapi, memandangkan lagi sekali je aku akan raya kat sini, aku tak jadi nak bubuh. Redha je la. huhu. Itu saja buat kali ni. sebelum aku blah dari blog, aku nak habaq Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang yang aku kenal dan orang yang kenal aku, termasuklah para blogger. Mintak maaf kalau aku ada tercakap atau tertulis sesuatu yang menusuk kalbu korang. Ampuuun tuanku!

p/s: kepada umi dan lid, mintak maaf kalau terkasar bahasa gara-gara tak sengaja. Anak umi lid kan ganas sikit. Hehe. selamat hari raya!!

Monday, July 30, 2012

How to become an Unrecognised Fashion Consultant

Sewaktu aku berjimba selama dua minggu di Malaysia baru-baru ni, all-time-favourite client  aku (Luqman – only true reader tahu who is this person. hoho) calling-calling  aku mengatakan dia nak shopping baju (aka  dan sebagainya tapi tak tahu nak pilih mana satu yang sesuai. Conclusionnye, client aku dalam dilema la. Aku pun ON je lah walaupun service aku ni tak dibayar dan hanyalah free of charge.  Duit naik ktm dan lrt kena bayar sendiri. Duit menggunakan sense of fashion aku pun tak payah dibayar. Duit menggunakan masa aku pun free, bak kata pepatah, time is money, dude! Untung ke client aku je. Tapi, disebabkan dia je satu-satunya client yang meletakkan kepercayaan sepenuhnya ke atas sense of fashion aku yang tak semenggah dan low budget ni, aku terima tawaran dia untuk tolong consult walhal aku sendiri pun mengalami masalah nak pakai baju apa setiap kali nak keluar rumah. bajet la outfit aku sentiasa awesome. tapi, takpe! aku selalu dengar quote yang mengatakan style fashion designer/consultant tak se-awesome style yang depa sendiri reka untuk orang lain. it's soooo true. dalam konteks ni, aku ialah wannabe consultant and Luqman is le client. hehe

So, kitorang aka aku and le CLIENT decided to jalan-jalan di Mid Valley. Before the awaiting day arrived, aku as the Consultant kena buat preparation. No need to research kedai apa yang ada kat situ because aku akan menggunakan ilmu yang dipanggil “On Spot”. Tak payah nak browse through online items kat dalam Mid yang gedabak tu. Aku guna system “Redah Ajerrr”. Haha. Which means, kedai mana satu yang aku masuk, kedai tu yang aku akan geledah sampai jumpa barang sesuai. Selain ilmu “On Spot”, aku akan guna ilmu “Scanning” yang aku selalu guna bila shopping di Times Square. Yup! Ilmu Scanning ni ialah hasil inovatif aku sendiri di mana shopaholics boleh browse through semua barang dalam Mall tanpa mengambil masa banyak kat setiap kedai. Tapi, system ni exclude masa untuk try-try pakaian la.

So, how to use this Scanning knowledge? dia ada dua cara. cara 1st ialah observe dari luar kedai. This means sekali imbas dari luar, ada barang yang korang nampak cantik tak? kalau takde, boleh belah dari kedai tu because there is huge probability that kedai tu memang tak berapa menarik or ayat yang lebih sesuai ialah tak kena dengan taste korang. tapi, kalau nampak macam ada barang yang menarik, silakan masuk. bila masuk, guna cara kedua pulak which is lalu semua section dalam kedai tu dan tengok sekali imbas. kalau sekali imbas takde yang menarik, memang korang ter-Love at first sight je la waktu scanning kedai tu dari luar. kalau on the way mengimbas barang-barang dalam kedai tu ada yang macam nampak menarik, baru lah korang start to flip through barang-barang yang tergantung dalam kedai tu. This means ada huge probability ada item menarik korang akan beli kat kedai tu. tapi, ada possibility tak beli jugak disebabkan harga, etc.


Awesome tak ilmu/system yang aku guna ni? hehe (gelak gatal sambil usap-usap dagu and angkat-angkat kening menunjukkan muka nakal). As free-of-charge consultant, i do think it is not necessary to research catalogue dalam sesuatu mall tu sebab apa-apa pun, korang still need kelulusan le client untuk sesuatu design tu. bak kata pepatah, customer always right. hoho. Whatever it is, yang penting, the consultant (if le girl) kena ada proper sense of fashion terhadap lelaki. Who says aku as le girl tak boleh grooming le boy? Boleh meeyh. Cuma sama ada laki yang aku grooming tu jadi le pondan atau le metroseksual atau le normal-yang-bergaya-sedang-sedang-aje bila pakai outfit yang aku cadangkan. muehehe.

So, the day arrived. First tempat yang kitorang jejak ialah Jusco. Hahaha. Pergi Mid tapi singgah Jusco je? Idea siapa tu? Aku lah! Siapa lagi. When you hire a low-cost Fashion consultant, ni makan dia! (bak kata Nabil). Le consultant akan bawak ke kedai yang affordable je sebab bayaran free kan and lagipun aku mampu jejak kedai affordable je. Nak jejak ke kedai yang lebih upgrade tu, rasa lemah je otot-otot kaki aku ni sebab terketar-ketar tengok harga. Anyway, le client kata dia nak t-shirt cartoon so, dia tunjuklah 1-2 t-shirt kat situ yang menarik bagi dia. Aku terus reject dengan penuh tata susila mengatakan, “eerrr. Macam kureng sikit je. Aku rasa design yang lagi simple and not too childish lagi sesuai.” Aku pun browse through t-shirts kat situ and aku discover 1 design yang betul-betul kena dengan taste aku dan jugak le client. Le client pergi try fitting baju and the result is.. coolness… Kebetulan le client pakai seluar coklat dengan sneakers warna kelabu. Memey ngam sangatlah dengan t-shirt tu (refer gambar atas).

And then kitorang continued our quest searching for another item sampailah terjejak Romp. Aku ternampak varsity jaket yang awesome kat ROMP ni. bahagian badan warna hitam, bahagian lengan warna putih. combination warna dia dah biasa tengok tapi yang buatkan varsity jacket tu luar biasa ialah bahagian badan dia. Ada texture macam jahitan kat baju sejuk yang kembung-kembung tu. tapi jaket ni tak kembung lah. pattern je sama. kalau tak faham, buat-buat faham ey. aisey. aku terlupa nak ambik gambar time tu. Tengah syok sendiri sangat advise orang lain sampai terlupa. haha. Anyway, aku ingatkan nak suruh le client beli tapi jaket tu free size, which means tak muat untuk saiz badan dia yang tough tu. otot besar sangat. Ish ish. Tu la musibahnya beli baju harga sedang-sedang. tak banyak saiz meyh. bla bla bla. cerita pun habis....
cilok dari Lookbook. malas nak polyvore sendiri.

p/s: Don't trust 100% ilmu dalam entry ni. only applicable untuk aku je. haha

Sunday, June 10, 2012

Fashion Style yang Kena dengan Jiwa

Hari ni akhirnya aku dapat seru nak berkarya. Bagus la. Dah lama sangat tak berkarya, nanti karat pulak otak aku yang akan dipergunakan untuk memerah idea waktu exam yang makin dekat ni. Naya wooo. So, I’m not gonna elaborate on teaser yang aku post few days before. Sebab wa tengah malas nak elaborate pasal tu. okay? Itu tunggu mood mari dulu, baru aku tulis. Huek huek. Sekarang, aku tengah feel topic lain ni, which is aku dapat idea waktu makan sushisssssss (huruf s banyak sebab banyak sangat sushi aku ngap tadi) harga 13.85 dollar per lunch. Wohoo! Bulat getee perut aku macam ni. See! Bila-bila and mana-mana je tempat korang boleh dapat idea. Tak susah sebenarnya tulis blog. Hehe.

So, this is what happening few hours before aku tulis this post. After Intro to Photography last class (takde kelas fotografi dah lepas ni =( ), aku ajak membe aku makan sushi murah kat Central Market. Bla bla bla…  aku guna chopstick nak makan sushi tu, kasi feel-feel makan kat Jepun gitu. Waktu nak ngap 1 ketul sushi ke dalam mulut guna chopstick, terdetik kat hatiku yang comel ni, “ apesal accessories ni macam kena dengan jiwa aku ek? Kena sangat ni. Tanjat boboooi!!..”. Aku terperasan accessories yang aku pakai (sebab guna chopstick tangan kanan, accessories tu asik lalu je depan mata aku waktu nak suap sushi) hari ni ala-ala simple, cute and ethnic sikit. Aku cakap cute and ethnic sebab gelang ni warna-warni tapi sebab combination beads yang colourful tu dengan emas tipu buat gelang tu nampak ethnic pulak. tapi, disebabkan combination dengan jam pink tu, macam girlish + modern sikit. Macam split style pun ada. Eh! Tu macam aku! Split style aka boyish + girlish look.
bracelet: Lovisa, pink plastic watch: Diva
Apa yang aku suka pasal accessories yang aku pakai sekarang ialah…. Dia macam kena je dengan jiwa aku 
sebab really melambangkan personality aku. Aku tak reti nak explain macam mana dia relate to personality, tapi it’s true! Such as, kalau korang tengok girls pakai bangles (gelang keras), korang rasa girls ni jenis tak kisah selesa ke tak asalkan diorang dapat pakai bangles yang cantik-cantik tu (ni assumption aku je). Kalau aku, aku dah tak kenan pakai bangles. Dulu, I used to be golongan girls yang tak kisah tahap selesa pakai sesuatu style tu asalkan aku dapat pakai and it looks good on me. Tapi, sekarang jangan haraplah aku nak pakai bangles. Kalau terlangar dinding tu..peergh! buat aku cuak je sebab takut bangles tu terpecah. Dulu, aku pernah jugak suka gelang jenis leather and bligy-blingy sikit. Itu pernah jadi jiwa aku dulu sebab dulu aku suka blingy-bligy stuff aka attention seekers I think. Tapi, sekarang jiwa aku dah tak blingy sangat. jiwa aku dah jadi ethnic (macam gelang dalam gambar). Hehe.

Kalau aku, aku suka style boyish sikit tapi ada infusion girlish-girlish sikit. Kalau totally girlish tu, aku tak berapa reti sikit nak pakai. rasa awkward gitu. For example, before this aku pernah beli dress tahap pendek tengah peha and berlengan panjang. Jenis dress macam tu dikira girlish la kan? Mana ade laki pakai baju cenggitu. Kalau ada jugak yang pakai, itu spesis lain tu. spesis tukar jantina. Hihi. Back to the topic. Aku pernah pakai dress macam tu, and aku rasa…. Janggal. Rasa macam tak kena and bukan really diri aku. That kind of style doesn’t really suit my personality. Padahal, aku tengok girl berhijab lain pakai macam tu kenaaa je. Oowh. Jangan tanya aku kenapa aku pernah terbeli walaupun tak kena dengan style aku. Tu semua sebab aku pernah lalui zaman fashion shock! Shock habis woo sampai aku pun segan nak mengimbau kenangan waktu zaman tu. Maybe, aku akan cerita nanti kat korang. Okay, itu kalau pakai dress. Tapiiii, kalau aku sarung varsity jacket, terus aku rasa personality aku membuak-buak. Rasa kena je dengan diri aku walaupun varsity jacket tu lebih kepada lelaki yang sesuai pakai.

Haaa gitu. Kalau korang pulak macam mana? Style macam mana yang korang rasa ngaaam je dengan diri? And style macam mana pulak yang tak ngam? Meh meh cerita kat Geekintherainbow. ^_^

p/s: apesal bila aku dah lama tak update, lagi ramai yang follow ek? ni rasa macam tak nak update lama-lama ni. hoho 

Tuesday, June 5, 2012

TEASER: Look for More? or Look for Less?

Hai koraaaang!!
 (baru nak hai-hai. selalunya intro terus. takde pun
 nak sapa-sapa korang.hew hew (gelak gaya sopan gedik))


Aku tahu aku dah lama tak update. Parents aku pun, setiap kali call, setiap kali tu tanya bila nak update entry baru. big fan of Geekintherainbow much? Hehe. ada lagi sorang yang big fan jugak tapi tak boleh bagitau. Nanti kena hanjeng dengan mak ayah aku. Awww~. Sooooooo I won’t be updating tonight. Tapi before aku blah, nak tanya pendapat korang pasal fashion. Relates to entry yang akan datang and relates to gambar kat bawah. ^_^

Soalan: Korang lagi prefer perempuan berhijab pakai style simple ke? Atau berat sikit (berat maksudnya ada aksesori)?


Monday, April 30, 2012

the True Challenge of Photography


Aiseyman.. rasa awkward pulak tiba-tiba tulis in malay (padahal baru tulis in entry english sekali jew. *Berlagak!*). Ngeee~. Anyway, did you guys remembered yang aku pernah tunjuk hasil kerja assignment first aku untuk Intro to Photography subjek? Kalau tak ingat, klik sini. Beberapa hari lepas, aku dapat assessment report untuk assignment first aku tu. I mean details report why I deserve that grade and comments by the lecturer pasal hasil gambar yang aku snap. Markah aku? Itu rahsia tapi yang pasti..….. I’m sooooo happy! I got good results, nervertheless, hurm… aku terfikir kenapa aku tak boleh dapat lagi tinggi daripada tu. bukan tak bersyukur. Tapi, sebab aku sangat suka photography buatkan aku curious apa salah silap dalam gambar aku. Everything for improvement dude!! Because of Mr. Curiosity yang wujud dalam kepala hotak aku ni, I’m thinking of asking Toby (lecturer aku).

So, here I am in a class, pepagi buta pukul 9 dah tercacak dalam kelas. During class, Toby nak tunjuk kat kitorang antara contoh gambar yang terbaik untuk assignment first tu. Dalam hati aku ni punyer lah excited sebab nak tengok contoh-contoh yang telah menyaingi gambar aku! Padahal, kalau tengok eksperi muka aku waktu tu, nampak kuyu je sebab malam sebelum tu aku tidur lewat. Ngee. Salahkan pundi kencing aku lah! Asyik terbangun je sebab rasa nak terkencing. Damn! Back to the topic, waktu dia tunjuk contoh tu, salah satu karya tu aku punya! Wohooo! Terkejut + happy siot! Siapa yang tak happy bila dapat tahu segala usaha kau selama ni berbalas. Yang buat aku lagi happy bila Toby kata markah tertinggi ialah sama macam aku. Takde yang dapat lagi tinggi dari tu. Cooool~~. That means aku memang dah berusaha kuat!.
inilah kamera filem yang aku guna. korang prefer gambar ni ke?
 gambar bawah? (p/s: tone warna lain)

Then, aku curious apa yang menyebabkan aku diberi markah lebih berbanding classmate aku yang lain. Sebabnya, waktu printing gambar tu, aku tengok gambar diorang semaart je. Aku pulak rasa agak risau sebab takut tak dapat menyaingi diorang. Entah apa dan di mana (lirik lagu ni. Tahu tak?), Toby macam boleh baca je pemikiran aku.  Awww. Right after that, dia tunjuk pulak hasil kerja classmate aku yang lain. From my observation, I could see that it’s hard to produce 6 good, quality images and in series. Yeah. Kau boleh produce satu gambar yang awesome! Personally, I think everyone can do that! Just take as many pictures as possible until you get the result that you want. Tapi, the challenge for people who loves photography bergantung pada capability seseorang untuk produce at least la, 5 good, quality images in a series.

Let say korang diberi task untuk ambik gambar nombor je. Are you capable of producing 5 numbers of good images? Mungkin korang dapat tangkap 1 gambar nombor yang baik punyer! Angle cantik, subjek pun moleek je. Tapi, korang mampu tak untuk tangkap 4 lagi gambar yang sama bagus dengan yang first tu? huurm. Besides, each picture would affect each other in a good way or bad way, depends on tahap ke"awesome"an setiap picture. For me, that’s what photographers need to achieve and that’s the way photographers boleh improved! I think so. Jangan percaya sangat teori aku sebab aku ni bukan pro pun. Haa! Relate balik ke perenggan 3, patutlah aku rasa gambar diorang macam awesome giler! Sebab diorang print gambar yang paling awesome dulu! Aku pulak pergi print gambar yang tak berapa awesome dulu. Daang! Anyway, after this I’m thinking of capturing pictures in a series la. huurm. Menarik… ^_^ can’t wait for that!

Sunday, April 22, 2012

PHOTOGRAPHY: Why Portraiture is way more COOL~ER than Environment?

Kalau orang tanya kat aku jenis fotografi apa yang aku paling suka, aku akan jawab candid or portraiture. Environment? Huurm, tak minat sangat sebab bagi aku environment tu tergolong dalam benda cantik yang susah nampak cantik dalam gambar, which mean….susah lorh! Aku tak reti! Contohnya, kau bayangkan kau kena ambik gambar chalet tepi pantai, kira view memang dah cantik! tapi, boleh ke kau snap gambar yang membuatkan orang cakap “wow” kat gambar tu instead of orang cakap “cantik”? beza tu… sebab…. View tu dah cantik. That means, mana-mana angle pun view tu tetap cantik. Kalau macam tu, orang yang tak minat fotografi pun boleh ambik gambar cantik untuk chalet tu. So, how to take picture of the chalet tapi ada wow factor dalam picture tu? That’s the hardest part -_-  teeet! Pangkah environment!

Tapi, kalau environment + human (candid), itu memang favourite aku! Seriously cooool… cuba kau bayangkan gambar ‘depan rumah korang’. And then bandingkan dengan ‘gambar depan rumah korang, ada ayah korang tengah kushyuk cuci kereta sambil dikacau oleh adik-adik korang’. Korang rasa gambar mana yang nampak lagi life and lively? Yang second option kan? Haaa..angguk-angguk kepala le teww! Yang buatkan aku suka portraiture ialah it’s not just a picture of someone making a force/fake smile in front of the camera. Nope! Actually, portraiture lebih kepada watak someone.  Senang cerita kau tangkap gambar seseorang waktu orang tu tak perasan pun kau tengah tangkap gambar dia. Which mean dia tunjuk his/her true nature whether tengah korek hidung ke. Tengah bergelak-gelak dengan membe ke. Something like that lorh.
Kebetulan, waktu aku nak snap gambar Shikin aka Ciku, ada call pulak. So, I took the chance by taking picture waktu dia tengah busy talking2x meyh. You can see that dia quite happy when talking to the person on the phone. Maybe someone yang agak rapat. Ehem.ehem. Tapi, boleh nampak jugak yang dia agak tak selesa sebab nampak photographer (aku) tengah menunggu dia habis cakap supaya boleh sambung snap picture!

Yang ni pulak, aku saje suruh Ciku lompat, saje nak test dulu sebenarnya. tapi, disebabkan senyuman dia yang tercampur dengan nak tergelak, aku decide to make this picture part of portraiture favourite aku. sebenarnya, membe aku ni senang tersenyum-senyuman-kamera. tapi, sebab aku tergelak-gelak waktu snap gambar ni and dia pun rasa macam no point je lompat tiba-tiba, muka dia pun jadi macam nak tergelak tapi still maintain senyuman tu. hahaha!!

Feeew weeks ago, aku start buat assignment 2nd untuk elective course (photography) aku bertajuk portraiture! Dah la pakai filem doowh. Cuak aku nak sesuka hati snap gambar sebab takut cepat habis. Since aku kena careful, assignment portraiture ni jadi susah sikit sebab kena timing bila waktu yang tepat untuk aku snap picture membe aku yang tengah bergerak ke hulu ke hilir. Haish. Entah macam mana, assignment portraiture jadi main-main portraiture. Haha. Aku rasa aku kena tajamkan balik skill fotografi aku, thus, aku end up main tangkap-tangkap gambar Shikin. kononnya untuk profile picture FB dia lah. Aku pulak dengan muka bertungkus lumus suruh Shikin buat gini la gitu la supaya dia tak end up senyum sebab nampak kamera. Aku nak make sure yang watak dia terserlah dalam gambar.
gambar ni, aku saja suruh dia buat something ikut suka hati dia. nak betulkan kasut ke. ape ke. last-last, aku snap picture waktu Ciku tengah betulkan tudung. ala. korang tahu-tahu je la kan. perempuan suka tarik tudung ke belakang at certain time sebab tudung tu macam dah terlonggar sikit.

Pheeeww. The result is… aku puas hati jugak lah. =) As usual, aku akan letakkan gambar-gambar yang aku ambik. But, this time aku include kan description on what's happening waktu aku tengah tangkap gambar Shikin.
waktu korang tengok gambar ni kena tutup gambar bersebelahan sebab aku sebenarnya nak bubuh gambar ni satu-satu. bukan sebelah menyebelah. tapi, sebab nak jimat space, aku combinekan.

gambar kiri: waktu aku tengah testing setting kamera, Ciku tengah carik something dalam beg kot. terus dapat idea! aku terus suruh Ciku 
buat pose yang sama untuk aku snap
gambar kanan: yang kanan ni Ciku ambik. itu bukan pose sebab nampak kamera depan aku. tapi, sebab aku tengah menunggu Ciku tangkap gambar aku. dia tiba-tiba tak reti sikit guna kamera aku sebab aku guna lens lain. haha. frust jugak aku tengok muka dia waktu tu.

Friday, April 6, 2012

Aktiviti WAJIB patut dibuat di Adelaide

After what happened few hours ago, baru aku dapat tahu aktiviti apa yang aku memang patut buat bila tinggal di Adelaide. It’s not about jalan-jalan cari kedai makanan halal. Itu dah common. It’s not about sneaking into the club untuk find out apa yang seronok sangat pasal club tu (tempat  nari-nari sambil minum arak). Itu memang nak kena kerat kaki la kalau pergi. It’s not about going to every carnival yang ada kat Adelaide just to see tahap keawesomean carnival diorang compared to in Malaysia. Itu mana-mana pun sama.

Dah kalau semua bukan, aktiviti pebendanya? Nama aktiviti tu ialah….. menunaikan solat Maghrib di tepi pantai! Wehuuu~. Best kan?? Actually, tadi aku and the geng pergi Semaphore (pantai jugak. Haritu pergi Glenelg). Kitorang pergi after asar. Semua sebab nak makan Steggle sedap kat situ. Biasalah… Tak sah kalau tak kempunan mana-mana makanan halal kat sini. Semua muka kaki makaaan je. So, here we are, few hours ago, golek-golek atas pasir sambil tengok matahari terbenam. Ini kalau dating dengan suami memang super sweet! Baring atas karpet (atas pasir terus pun boleeh) sambil tengok bintang. Awww~. Berangan memang nombor satu. Ish. Ish. Ish.

Since matahari pun dah terbenam, baik solat terus kat situ. Kitorang pun pergi amik wudhu’ kat tepi pantai. Amik kat tepi-tepi ombak je. Peergh! Air masin meresap dalam mulut aku. Masin gilooo! Kebetulan pulak, air makin surut, and kawasan tepi-tepi tu penuh dengan rumpai. Kawan aku amik wudhuk sampai rumpai tu melekat-lekat kat muka! Haha (nampak sangat first time amik wudhuk kat air laut). After that, berbekalkan pelajaran aku bersama Ustaz Don, kitorang terus jumpa macam mana nak tengok arah kiblat through bintang berkedipan di angkasa. Tengok kat langit and then carik 3 bintang yang berbaris straight. arah 3 bintang lurus + arah matahari terbenam = arah kiblat.

Haaa. Kan dah bagi equation. Tapi, sebenarnya aku ingat-ingat lupa apa ustaz Don ajar! Muahaha! Don’t worry. Phone kan ada application kiblat. Sekian, terima kasih.

Sunday, March 25, 2012

Black and White Photography

Semenjak aku amik course Introduction to photography as my elective course, aku start suka gambar black and white. Dulu, jangan haraplah aku nak minat gambar black and white. I just can’t see the beauty in it. I prefer colours! Mungkin sebab aku memang suka warna-warni kot. Tapi, bila dah lama-lama (takdelah lama sangat. Baru 3 minggu kot) kenal black and white photography, aku tersuka lah pulak. awwww~.Tu lah. Benci- benci sangat kan? Kan tak pasal-pasal aku dah suka black and white. Huhu.

So, kenapa aku suka black and white pictures? Aku rasa black and white buat situasi dalam gambar tu lebih meaningful. Contohnya, kelmarin aku saje test shot gambar black and white guna dslr aku. Aku just shot random things yang ade depan aku kot. Kebetulan waktu tu ada pintu depan aku. After aku shot, aku comparelah gambar yang berwarna dengan gambar black and white. It seems that gambar black and white tu lagi menyerlah and buat aku berfikir bila nampak gambar tu.

aku terfikir freedom.. tapi tak jugak. Bila fikir balik, macam lebih kepada terkurung. ataupun... ke aku je yang perasan sorang-sorang gambar ni ada makna? hahaha. loserrrr. Whatever je la. kadang-kadang aku sendiri pun tak faham pasal art ni. Aku just suka amik gambar apa-apa as long as perbuatan mengshot gambar tu buat aku happy! That’s it. I don’t care kalau orang kata gambar aku takde meaning ke ape. Aku sendiri pun tak pasti nak jadi fotografer ke tak. aku tak pasti arah tuju aku. Yang aku agak pasti, aku nak berkhidmat untuk kerajaan yang bayar elaun aku setiap bulan tu and at the same time buat benda or hobi yang aku suka. Tengoklah macam mana nanti =) lagipun aku akan tulis blog ni selagi minat aku kat blogging tak hilang-hilang. So, korang mesti akan tahu perkembangan aku kan?  
 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork