Hari ni hari raya tapi mood aku tak mencapai tahap raya yang sepatutnya. Kalau ikut suasana orang Muslim yang normal, aku sepatutnya rasa happy giler sebab dapat sambut raya, dapat duit raya (umur aku ni dapat lagi ke duit raya? Mungkin dari parents je kot.hehe), happy sebab dapat pakai baju raya baru (sunat tu) dan pakai cantik-cantik. kalau ikut suasana orang alim beragama Islam, aku sepatutnya rasa sedih sebab tak dapat nak berpuasa dan berterawikh lagi, sedih sebab setan dah start beroperasi kembali, sedih sebab tak dapat nak tercarik-carik malam Lailatul Qadar. Dua-dua lain-lain situasi ikut pada tahap keimanan. Aku rasa aku dalam situasi… dua-dua kot. Ceyh. Ni macam nak kata tahap keimanan aku berbolak balik la. haha. Tak tinggi, tak rendah. Wallahuwa’lam. Okay. Ada sebab musabab aku tak rasa seronok sangat perasaan nak beraya tu melainkan pada dua waktu.
1)
Main masak-masak
Sehari sebelum hari raya ialah waktu yang kitorang semua tunggu. tak
lambat mana pun nak start masak especially kalau setakat 20 orang nak makan. Ayat
macam ayat chef kan? Konon dah terror sangatlah masak padahal housemate aku
yang terror masak. Aku? Aku terror masak masakan barat. (Ptuuih! Jangan percaya
100%). So, sehari sebelum raya merupakan
waktu peak buat semua orang especially membe-membe kitorang yang buat open
house di hari raya first. Waktu ini lah kami berhempas pulas menyediakan juadah
yang sedap tak terkira dan mengemas rumah dengan tangkas dan bergilir-gilir
menggosok baju raya. Woot woot! Bagi aku, aku berFEEL raya bila waktu masak. Waktu
tu, kat dapur, membe aku akan pasang playlist lagu raya kuat-kuat. Tanpa lagu
raya, takde feel nak masak lauk raya. Ada lagu raya, barulah feeeel bro! lagi
feel bila lagu tu yang memang kitorang tahu and fofuler. Sambil masak-masak,
sambil nyanyi (jangan bagitahu orang yang lebih tua. Nanti kena sound dapat
suami tua. Hish. Jodoh di tangan tuhan.. rileks der..). Disebabkan kitorang
guna playlist lagu raya kat Youtube, kadang-kadang tu keluar lagu yang kurang
dapat sambutan kot aka tak popular. Walaupun tak cam lagu tu, tapi kitorang
balun jugak nyanyi sama-sama! Menu of the day ialah daging rendang (masak from
scratch), masak lodeh, nasi impit, kuah kacang, kerepek dan kuih raya (pos dari
Malaysia). Gempak kan? Ehehe. Disebabkan main chefnya bukan aku, aku ni jadi
macam trainee la. tolong sediakan bahan. Okay la tu. at least, sambil tolong
masak sambil serap ilmu masak rendang, etc, etc, etc. This is what we called “belajar
secara praktikal lagi senang masuk daripada belajar secara teori”.
2)
Solat + takbir raya
Waktu
ni would be one of the paling FEEL mood raya. Feeling raya tu start bila korang
bangun pagi dari tidur. Mula-mula kena mandi sunat raya. Waktu tu, FEEL raya
tak cukup peak lagi. Baru tahap normal je la. Walaupun aku mengalami masalah
nak masuk toilet gara-gara rasa menggigil hanya dengan memijak selipar basah,
aku tabahkan hati untuk mandi sunat raya. Time titisan air pertama yang kena
kat badan tu, rasa terketar-ketar badan padahal bukak air suam kot. Tapi, bila
dah kena the next titisan air shower, keketaran aku dah berkurang (why do I have
to tell you this kind of thing? Nak tunjuk betapa sejuknya pagi di sini nak
dibandingkan di Malaysia. Ngee). Disebabkan tahun ni kitorang solat raya kat
Bonython Park, rasa raya tu makin naik sebab dapat tengok orang ramai-ramai
laki perempuan berkumpul. Seronok giler aku rasa waktu tengok macam-macam
bangsa tapi sama agama kat situ. Rasa macam united pulak. Ada macam-macam
bangsa pulak tu. india, melayu, arab, melayu-muka-cina, mat saleh dan orang
kulit hitam. Pak arab yang datang ada yang pakai jubah putih dengan serban dia.
Ada jugak pak arab yang pakai kot hitam. Mak arab pun lebih kurang, jubah jugak
tapi berwarna. Anak-anak depa lagilah fancy siap shawl bling-bling pulak tu.
ternganga aku tengok. Ngaaa. Pak dan mak melayu (pak dan mak refer kepada
apa-apa golongan dan tak kira umur) pulak lebih ekstra meriah. Dah macam
warna-warni di Aidilfitri aku tengok. Ada yang pakai baju melayu warna hijau,
oren, merah, pink (salah satu tu, aku lah!), purple, biru and etc. Nampak
sangat geng-geng Malaysia ni paling beria nak sambut raya. Haha. Lagi feel raya
bila tiba waktu salam-salam. Kalau boleh semua orang yang aku nampak depan mata
aku nak salam dan ucap selamat hari raya. Benda-benda macam tu yang buat raya
lagi seronok.
Walaupun feel raya tu ada, tapi feel raya aku surut balik
bila mengenangkan:
1)
Class test
Boleh bayangkan tak korang baru sambut raya sehari, and then hari seterusnya korang kena teruskan datang kelas macam biasa. Lusa pulak ada test. Dan esok kepada lusa ada test lagi satu. Memang lesap
la mood raya aku macam ni! jangan harap la aku nak ponteng kelas esok. Okay. Cuba
bayangkan ada lecture recording and then ponteng kelas. Agaknya bila masa aku
akan dengar lecture recording? Takut aku asik tertunda je and then last minute
baru nak dengar. Memang tak ar. Lagi satu, bayangkan aku kena dengar lecture
recording tapi tak nampak muka lecturer tu. peergh. Memang tertidur la wey
while listening to suara lecturer tu. at least, kat kelas boleh tengok lecturer
gerak ke kiri ke kanan sambil bercakap. Secara automatic, aku pun terexercise
sebab kepala asik bergerak aktif. so, the conclusion is better datang kelas. Jejaka
mat saleh dalam kelas aku pun 98%. Boleh cuci mata kejap. Untuk test pulak, aku
cuak jugak ni. maklumlah bila set target markah tinggi-tinggi sangat, mulalah
rasa gelabah. Takut tak tercapai target. Huuu. insyaAllah so far aku faham ape
lecturer ajar tapi masalahnya nak mengingat tu. tu yang problem sikit. Redha je
la. huhu.
2)
Hari raya
Aku
agak sedih jugak sebenarnya bila tahu dah hari raya. Rasa macam tak best pulak
sebab tak dapat nak terkejar-kejar ke masjid untuk solat terawikh berjemaah. Kena
tunggu lagi setahun la nampaknya itupun kalau aku dipanjangkan umur. Serius rasa
seronok wey solat jemaah ramai-ramai dan paling penting kena kat masjid. Feel nak
solat tu memang masyuk habis. Tak sama rasanya dengan solat jemaah 2-3 orang je
dalam rumah. Kat masjid ni rasa lain. rase lagi tenteram. Lagi rasa nak buat
banyak pahala macam derma kat masjid ke, baca quran ke, solat sunat ke. tahap
terpengaruh dengan pujukan setan durjana pun kurang. Itu yang aku rasa lah.
Selain sebab masjid, aku rasa tak best sebab tak dapat nak berbuka puasa kat
masjid. Dah la berbuka dengan saudara seislam yang lain, tu yang rasa macam
ukhwah fillah. Ceewah. Lagi satu, paling tak best sebab tak dapat nak kejar
pahala yang berkali kali kali kali ganda waktu bulan puasa. Tak best jugak sebab
dah takde thrill nak bukak puasa dalam kelas. Waktu bulan puasa, ada satu hari
yang kitorang kena bukak puasa kat kelas sebab lambat habis. Sebenarnya takde
lah thrill mana tapi sebab kena berbuka on time tu yang rasa thrill. Selalunya aku
akan cilok 1 meggi instant free kat surau (ada orang derma). Lepas tu, makan
dalam kelas. Lecturer pun cool je tengok aku berselera makan meggi waktu kelas.
Mesti dia fikir asalkan aku datang kelas dia pun dah cukup bagus. Mungkin. Mungkin.
Ingatkan nak include beraya dengan parents dalam
List-takde-feel-raya. Tapi, memandangkan lagi sekali je aku akan raya kat sini,
aku tak jadi nak bubuh. Redha je la. huhu. Itu saja buat kali ni. sebelum aku
blah dari blog, aku nak habaq Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua orang
yang aku kenal dan orang yang kenal aku, termasuklah para blogger. Mintak maaf
kalau aku ada tercakap atau tertulis sesuatu yang menusuk kalbu korang. Ampuuun
tuanku!
p/s: kepada umi dan lid, mintak maaf kalau terkasar bahasa gara-gara
tak sengaja. Anak umi lid kan ganas sikit. Hehe. selamat hari raya!!
ifa,SELAMAT HARI RAYA.
ReplyDeleteSelamat hari raye ifa :-)
ReplyDeleteMcm mana wat gambar gerak2 tu? ajar !
ReplyDeleteFollow sini..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri
Daripada rakan blogger | Afiq Yassin
Happy Eid Mubaraakk dear ! <3
ReplyDeleteFollow back yah :)
XoXo
http://meiszaecha.blogspot.com/
Selamat Hari Raya!
ReplyDeleteLove you header!
Do check out my blog!
http://bysabrinart.blogspot.com/
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
ReplyDeleteSelamat hari raya juga!
ReplyDeleteTO ALL: Selamat Hari Raya korang2!!! Selamat Berpuasa 6 hari! ^_^
ReplyDeletehasif: tanya plak.ko lagi terror kot.haaa