Hari ni kawan aku dari India datang Adelaide. Hari ni dia
sampai, hari ni jugak kitorang bawak dia pergi jalan-jalan ke…. Gorge Wildlife
Park! Kali ni picture with looong caption sebab ada orang bagitau entry aku
yang lepas terlalu panjang. Haha. Aku tulis panjang sebab macam tak kerap aku
post entry. Korang punyer pendapat macam mana? Tulis panjang? Tulis sikit?
Kitorang sampai dalam pukul 1.50 petang. Ingatkan tak
sempat nak main pegang-pegang koala sebab timing untuk pegang binatang yang
seakan-akan bola yang berbulu ni hanya pada pukul 11.30 tengahari, 1.30 petang
and 3.30 petang. it is better late than never! Disebabkan kawan aku ada instinct
yang koala ni masih dalam timing yang boleh dipegang, kitorang pun bergegas ke tempat
tu. it turns out tak ramai orang! Weee. Sebab orang dah sapu koala tu awal-awal
timing which is 1.30 petang. kiranya pukul
2 petang tu dah lenggang. Cool ar macam ni. sampai je, boleh terus peluk
koala. Tak payah beratur panjang-panjang. Untunglah kau koala. Kau setiap hari
selamba yaya makan je, tapi, kitorang yang kena bersusah payah and siap kena
bayar lagi untuk masuk Wildlife Park ni sebab nak jumpa kau. Ish ish.
Bla bla bla. tibalah giliran aku untuk pegang koala. Kebetulan
aku dapat timing lama sikit berbanding kawan aku yang lain sebab makcik yang
jaga koala tu tengah berborak dengan pekerja sebelah. Aku ape lagi. Siap usap-usap
la si koala ni. koala ni pun macam layan blueees je kena usap. Ngade ey kau
koala. Nasib baik comel gileer! Rasa nak bela satu ekor tapi aku tarik balik
niat tu sebab aku tahu dia takkan layan aku punyer. Tuan ajak main, nanti kerja
dia tidur je. Dah macam ulat gonggok aku tengok!
Kitorang sebenarnya on the way nak pergi kawasan
kangaroo dengan wallabies sebab nak kasi makan. Alang-alang dah beli makanan
untuk kangaroo, kalau boleh semua binatang yang kitorang lalu, kitorang nak
bagi makan termasuklah angsa ni. Waktu ni, kitorang tengah berbincang sambil
angsa tu bersedia je tunggu makanan dari kitorang:
Wana: okay tak kalau kasi makanan letak kat tangan? Dia gigit
tak?
Ciku: tak kot. Rasanya okay je.
Aku: okay je kot Wana. Tapi cuak pulak tengok paruh dia
macam panjang jee.
Ciku: eh, dia ada gigi ke ar? Campak je la.
Aku: haa. Campak je la. okay kot.
Angsa yang tengah bersabar: huk aloh budok ni. bagi je la
kat aku. Bincang-bincang pulak. lamo den nunggu ni.
Lepas bagi makanan kat beberapa wallabies kat situ,
kitorang teruskan perjalanan ke tempat unta! Yang bestnya pasal unta ni, depa
macam jenis excited. Kejap datang kat orang. Kejap lagi, pergi main lari-lari
pulak dengan membe dia lagi sorang. Lepas tu datang kat orang balik. Dia nak
main police entry, 1, 2, jaga kot. Waktu ni, Ciku excited nak tangkap gambar dengan unta
tu. aku pulak waktu tu tengah betulkan beg sambil pandang unta tu. yang unta tu
pulak, macam pandang aku. Dia macam fikir, “ macam ku kenal je budak ni. tapi
di mana ya?”. Tiba-tiba kitorang macam ada connection hati pulak kan. Haa! Disebabkan
unta nil ah aku berjaya memegang bulu unta buat pertama kali dalam hidup! Wohooo!
Panjang woo bulu mata dia. Lepas aku usik, membe aku lain pun nak usik jugak
bulu mata unta tu. giler takde keje kitorang. Nasib baik unta tu chillex jee.
Aku rasa kan… wallabies and kangaroo kat sini memang
dah berpakat ramai-ramai lah. Sebabnya diorang macam buat tak heraan je bila kitorang
datang. Depa rileek je berjemur atas tanah sebab depa tahu, kitorang-the-human
akan datang kat diorang untuk kasi makanan. Taktik kotor ni. tapi, kangaroo
dalam gambar ni boleh dikecualikan kot sebab mak dia macam tak larat je bawak
anak dia yang berat tu dalam kantung dia. Haa. Korang perasan tak burung yang
interframe tu? burung tu memang suka ikut kitorang la. aku pun tak tahu kenapa.
Adakah dia ingin makanan dari kitorang? Itu tak mungkin sebab kitorang kasi dia
taknak. Atau mungkin burung ni carik publisiti? Ini mungkin sebab burung ni nak
amik makanan yang dekat dengan kangaroo je. Yang kitorang dah letak asing
tempat lain, dia taknak. Nak masuk dalam gambar le teww. Saja je konon-konon
carik makanan kan.
Nak part 2 ke tak untuk trip ke Gorge Wildlife Park ni? aku ni memang biased sikit kat binatang. So, kalau nak lagi, aku alright je.
best nye ifaaa......bawak ain g sana pulakkkkk...:)
ReplyDeletealahai comelnya koala tu..:)
ReplyDeletewah..bestnye..nak part 2...
ReplyDeletewarrrgghh! koalaaaa!!!
ReplyDeletemesti gebu kan.hehe
Koala tu tak gigit ke?
ReplyDeleteBestnye ifa.....g oversea...tgk binatang...mehla jenguk blog sy n follow..www.cfuad.blogspot.com
ReplyDeletenak3... :)
ReplyDeletebestnyer... kalo kami gi sn nanti leh la bwk jenjalan yer? :). slm knl & polo... kalo sudi ler la kiter kwn... hik3...
bestnye..dpt dekati dengan kanggaroo...
ReplyDeleteawaaiiitt koala tutup muka?.
ReplyDeletenangis ka?.
hang pukul macam mana?
seronaknya zoo kat luar negara ni.
selamat hari raya moga tak terlambat ek..
ReplyDeleteakak x pernah sampai sana, seronoknya tengok gambar dan baca cerita,.. untungnya rasa..
waaa best nyer
ReplyDeleteamboi! kite p zoo kat mlesia.die p zoo jauh2 smpey obersi! huhhuu.. study eh?
ReplyDeletebtw..selamat hari rayya n hepi merdeka!! hehe
ain:jom kte jln sama2 :)
ReplyDeleteasyik:secomel org yg pegang tu ke?haha
hanani:dah publish :)
myra:gebu gileer!!memang sebijik mcm bola yg brbulu
cimon: tak :) dia tahu aku geng dia.haha
fuad:beeest
eb:nak?amik la.haha
emme:ni geng kangaroo, wallabies.hoho
syazwan:mne de tutup.muka dia tgh sedap kena usap dgn..aku!
aimaniman:slmat hari raya juga ^_^
kocix:hehe..haah!
best ye ifaaaa seronok dpt pelok koala bear
ReplyDelete