Waktu ni aku tengah bagi makan kat wallabies yang berada di
tepi jambatan yang aku lalu. Tangan kiri hulur makanan, tangan kanan dok snap
gambar dia. Dia pun dah bosan agaknya asyik kena tangkap gambar. “Ada aku
kesah?!”, kata wallabies itu dengan muka penuh expression. Haha. Yang aku
perasan wallabies ni feel giler waktu makan. Lama aku hulur tangan berisi
makanan kat depan muka dia. bukan tu je. Dia siap angkat tangan dan letak kat
tangan aku semata-mata nak turunkan tangan aku sama level dengan mulut dia. Sebabnya
tangan aku tinggi sangat. Aku kan atas jambatan, dia pulak bawah jambatan. Memey
ar. Kalau wallabies yang lapar sedang-sedang camtu la keadaannya. Tapi, kalau
wallabies yang memang kelaparan, dengan gelojohnya dia makan makanan kat tangan
aku sampaikan cincin aku pun dia tak tahu beza. Tak pasal-pasal cincin aku air
liur dia jugak sebab dia duk gigit cincin aku. Haha. Tu laaa. Nak bergaya
sangat, kan dah kena jilat wallabies. Ptuuih!
Lepas dia dah kekenyangan, disebabkan masih terlalu banyak
stok makanan walaupun kitorang dah tebar makanan kat beruk la, angsa la, gibbon
la, merak la, so, kitorang decide untuk bagi makanan banyak-banyak lagi kat kaum
wallabies yang lain. tapi kan, aku rasa binatang-binatang ni pun dah bosan nak
makan benda tu. aku rasa dialog macam ni maybe akan terjadi antara manusia
dengan wallabies (silalah anggap bahasa antara manusia dengan haiwan ialah
universal. Maknanya faham-faham sendiri apa masing-masing cakap):
Manusia: hai wallabies! Ada makanan ni. meh sini meh.
(sambil hulur tangan yang ada makanan)
Wallabies: yeay yeay dapat makan. Tapi sat! await aku rasa
macam makanan yang sama macam beberapa bulan lepas?
(manusia datang dekat lagi. Wallabies pun tengok makanan kat
tangan manusia
Manusia: makanlah.. penat beli ni. ingat murah ke makanan
kau?
Wallabies: ptuuuih! Makanan sama! Bosey (bosan) tol la. variety
la sikit makanan tu. kalih-kalih, makanan ni jugak. -_-
p/s: tikus putih belah kiri tu bukan tikus. Tapi spesis
wallabies jugak, Cuma, versi Korean kot. Tu putih-putih belaka. Ngee
kawan aku, Ciku, sebenarnya sibuk nak bergambar dengan merak
jantan ni tapi, merak ni kerek pulak. “oooh ciku. Ingatkan laki yang hang usha
je kerek. Ni, apsal merak jantan yang hang kenan pun kerek?”. Aku, sebagai
kawan yang supportive, tak kiralah benda yang ciku kenan tu berbentuk manusia
atau binatang, aku pun dengan berbesar hati menolong ciku mengejar merak tu. supportive
tak aku? Tapi, yang problemnya sekarang, asal nak dekat je dengan merak kerek
tu, dia lari. Nak dekat je dia lari. Dengan usaha yang gigih dan hasil
kerjasama aku, wana, mima dan ciku mengepung merak tu, termasuk jugak beberapa
kali ciku attempt untuk interframe dalam gambar bersama merak tu, akhirnya,
kitorang berjaya ambik gambar depa bersama. Wohoo! Boleh la nak kata dekat. Gambar
atas ni jauh sikit. ada lagi 1 gambar yang ciku dekat dengan merak tu. Tapi, aku
lagi prefer gambar ni sebab muka ciku excited giler dapat ambik gambar dengan
merak tu walaupun dapat interframe sikit je dalam gambar.
Aku sebenarnya excited tengok kambing ni walaupun kat
Malaysia pun berlambak je kambing. tapi, kambing kat Park ni human friendly
sikit. Dia suka nak datang-datang kat kitorang. Mula-mula aku usap kepala dia,
tapi, dia macam tak suka sebab asyik kalih kepala je. Aku rasa mungkin teknik
usap kepala kucing tak sama dengan usap kepala kambing kot. So, aku try la
teknik lain pulak. Aku saja main tarik-tarik lembut rambut kat kepala dia,
ala-ala style urut sikit la. boleh bayang tak? Bila buat camtu, dia suka pulak.
“embeeek.. sedapnyeee…uuuuu..sedapnye..embeeek”,
kambing tu cakap kat aku. Patutlah muka dia macam layaaan blues je kena urut
kepala macam tu. haa. Dah dapat 1 ilmu baru iaitu cara nak usap kambing dengan
cara yang betul. Selain kambing coklat ni, ada lagi 2 kambing. Satu tu kambing
biri-biri. Satu lagi macam kambing gurun rupa dia. yang kambing biri-biri tu
nakal. Ada ke patut dia gigit and then tarik tali kasut aku? Aku rasa dia
ingatkan tali kasut aku tu macam rumput kering yang dia selalu makan kot. Tapi,
takkan rumput warna hitam dengan silver pulak? (warna tali kasut aku). Okay okay.
Aku assume kambing tu ingat ni spesis rumput yang rare!
that's all for today! hope you guys have a good weekend! ^_^
hoho...comel kambing tu
ReplyDeleteopococottttt kambing! ahaha terkejut gedik giler2 gitu muahahaha...
ReplyDeleteembeekkk....kambing nak pakai tali kasut juga..:)
ReplyDeletehttp://peaceder.blogspot.com/2012/09/peaceder-ikan-serigala-bermata-tiga.html.. follow me yup
ReplyDeletePics singa or badak?
ReplyDeleteterbaiik lah... kambing pon boleh.. ape owg cakap "asal boleh" ek.. haha
ReplyDeletehanani:comeeey2!!
ReplyDeletecik ain:ahah..pun boleh :)
dhia:kmbing pkai tali kasut pn x reti, ade hati lak.haha
huahua:hoho
cimon:ade black panther.tp sbb dia dlm sngkar & hitam, dlm kamera mcm xde pape.haha
mizz mma:haha..kambing the best!