Showing posts with label perspective. Show all posts
Showing posts with label perspective. Show all posts

Friday, March 28, 2014

MATI

I dedicated this poem
To MH370 passengers & crews;
And; to Ami Schaheera

D-e-a-t-h,
A short, single word, which holds the darkest aura of horror
Sending a shiver and chill down to the bone of every soul that lives
For they know no one could escaped from mortality
Not even for a human with deeds as large as the ocean; with sins as small as a seed

Death comes as eerily as ghost creeping towards its frightening prey
Taking the heart of a soul breathtakingly like a mere exhale of breath
For once the heart is taken away; every living human is dragged to the Day of Judgment
The day that will determine a path closer to God in Heaven or standing next to Satan in hell

They know that even if deeds are given the ability to speak;
Wouldn't dare to make a promise with them for the prosperity in the hereafter
Because human learn; God is Al-Hakim,
And Al-‘Alim for every creature that He created

Every living soul has the chance to hold on to God’s hand tightly
Yet, having equal fate to be greeted at the entrance by the Satan; who smiled cunningly to its future acquaintances
Whichever key that a soul grasped,
Each soul has been destined to be taken away peculiarly by the Angle of Death
Some; are bounded deep down in the Indian Ocean
Some; selected to be tortured silently by tumor

Note:

This poem exist due to my intrigues  towards The Raven movie where I have learn that Edgar Allan Po’s poem have captured my heart.

Friday, July 19, 2013

Review Novel: The Wedding Breaker



P/s: please beware yang aku mungkin ada tendency tertulis style novel sebab aku baru abiskan baca
 1 biji novel. Haha. Plus, aku dah lama tak update entry. Penulisan karat.teknik gambar pun dah barai. 
Update di blog pulak memang jahanam la ceritanya. Habuk sebulan takde apa-apa update. Bahaha  


Sekarang dah pukul 1.30 pagi kat Perth and aku baru je khatam baca novel tajuknye "the Wedding Breaker". Jangan terus assume aku kaki tegar pembaca novel cinta sebab itu bukan aku aka ifa the athirah. Hehe. Aceceyy. bajet gadis cool je. Cakap tak layan novel cinta padahal diri sendiri duk sibuk tertanya-tanya jodoh sendiri. Lol. Biar luar nampak kental babe asalkan orang tak nampak dalam hati ada taman. dayyumm. Padan muka kau ifa. siapa suruh ngutuk sangat yang novel cinta so clicheee. But, it is!who's agree with me?

okay. sebenarnya tujuan utama aku baca novel sebab nak cover waktu rehat bila tak keluar jalan-jalan di area Perth. alang-alang rumah yang aku tumpang ni aka dua pupu aka memang ulat buku yang tegar, aku mintak dia cadangkan novel yang best dibaca. So, entah macam mana, secara tak sengajanya aku terkhatam 1 novel bertajuk"projek memikat suami". dan lagi 1, "the wedding breaker". Ini kalau parents aku dapat tahu aku baca novel macam ni, confirm kena bahan kaw-kaw tanya 'ifa nak kahwin dah ke?'. Bantai sajalah labuu. Nasib badanlah umur makin meningkat. Jiwa pulak makin menjiwang. Ahaks.

Back to the point. Actually, aku sebenarnya kureng dengan novel cinta sebab mostly novel-novel yang aku baca dulu cliche. Such as heronya super kaya, kacak and playboy. And then, entah macam mana heroin yang baik,sopan, agak alim plus cun melecun yang sorang itu je dapat ubah hero tu dari player tu lelaki setia. What the fish?! Sooo illogical. Bikin aku bengang otak bila baca. Haha.

Tapi, aku rasa persepsi aku dah lain sikit la after baca "the Wedding Breaker". Walaupun still ada unsur cliche such as hero tu kaya,kacak,playboy.... entah macam mana aku macam boleh layan dengan jalan cerita dia. Kalau nak cerita detail,gua malas nak tulis. Bikin rosak plot je. Lagipun novel ni agak baru diterbitkan,which is, Nov 2012. So, aku just bagi hint aka theme cerita ni which is 'jodoh' and 'everybody deserves a chance to be a better person'.

Cara Evelyn Rose aka penulis novel cinta ni bercerita lain sikit daripada novel yang aku pernah baca so far in terms of cara si hero berjumpa dengan cik heroin tu. the best part is, hero tu berubah jadi baik bukanlah sebab heroin tu yang bimbing dia. tapi, keadaan waktu tu menyebabkan hero tu nak berubah. it is more than that. the main message (based on assumption aku sendiri la. haha) of novel ni pun tercapai iaitu semua orang boleh berubah to be a better person although selegam mana pun masa hitam masing-masing waktu dulu. Nobody's perfect. yang penting, kuatkan semangat and berusaha untuk improve yourself to be a better person. InsyaAllah segalanya dipermudahkan termasuklah jodoohhh. hoho

second hand bookshop in Perth
aku agak terinspirasi jugak la baca novel ni. Mungkin Allah bagi ilham untuk penulis novel ni tulis macam gitu supaya dua pupu aku boleh terbeli untuk baca. And then aku pulak tiba-tiba terdetik mengada-ngada nak baca novel. And then, sepupu aku tercadangkan novel ni. And then aku terbaca pulak. And then, aku somehow dapat petunjuk apa yang aku patut buat lepas ni. Thank you Allah! :D

Note: please read this novel. Kalau aku suke, maknanya follower aku pun akan tersuka. Hehe.

Sunday, March 31, 2013

The Enjoyment of Thrifting


If u guys don’t know what’s thrifting mean, 
click here first before proceed on the entry.

Dear shopaholics out there,

I know that we as a shopaholics tend to shop...a lot! Haha. Aku tahu niat kita suci untuk cuci mata je. Alaaa, setakat belek-belek je pakaian tu, puji melambung-lambung sikit lepas tu letaklah balik kat tempat dia. Tapi, masalahnye kita ni suka bawak dompet ke mana-mana. Dalam dompet tu pulak, berkepuk duit kertas. Dah Nampak tu and fikir bukan senang nak jumpa design pakaian tu, kita pun terbeli la. Boleh je nak tinggal duit tapi bawak dompet je. Tapi, terbawak pulak kad kredit. Haisy. Nasib la duit kau labu oi.

Ni la masalahnya orang shopaholics. Aku bukan cakap berdasarkan pengalaman tapi, based on kajian terhadap membe aku. Haha. Dah terang-terang blog kau ni post pasal outfit kau, ada hati nak menidakkan habit kau. Mihmihmih. Okay. Just go straight to the point ifa. So… korang rasa penuh enthusiastic tak dalam bershopping? Pernah ada feel nak shopping style lain tak? If the answer is yes, aku cadangkan kita berthrifting! Wohoo. 

 what i bought: camera bag ($2); velvet blazer ($15)

Hey jangan pandang rendah pada preloved stuff okay. Lagipun, tak cool la asyik shopping for in-tend clothes je. Tak cukup adventure. Bahaha! Padahal cakap je la kau tak cukup duit nak beli baju cantik-cantik yg mahal teww. Anyway, ada banyak sebab mengapa thrfting itu menyeronokkan! Wohoo. Especially berthrifting di Adelaide, specifically Gilles Street Market. Aku akan listkan di bawah and ini berdasarkan experience aku sendiri except nombor 1:

1.      Tahukah anda bahawa membeli barang preloved dapat menyelamatkan alam sekitar? Bak kata para researcher, membeli barang terpakai dapat mengurangkan penyedutan karbon dioksida ke dalam diri kita. Hal ini disebabkan oleh kurangnya production, bahan mentah dan logistik. Bab logistic tu aku tak paham sebab aku translate dari Wikipedia. Mihmih.

2.       Preloved stuff kepunyaan mat saleh are totally awesomee~
Sebenarnya mat saleh ni kaki shopping gila babeng. Dah la fashion items diorang kat sini murah-murah. cantik pulak tu. banyak kedai pilihan pulak tu. dan paling utama, sale pun agak selalu pulak tu. So, aku yakin hasil pengumpulan barangan fashion seorang gegirl mat saleh dapat menghasilkan 1 kedai kecik bersaiz 1 jenis je (maksudnye: semua pakaian saiz m).

Bayangkanlah apa hasilnya bila banyak sangat gegirl mat saleh nak jual barangan preloved diorang? Memang totally awesome laaa.. teori aku macam ni. Setiap orang akan mempunyai collection yang berbeza sebab first, diorang ketagih shopping dan kemana-mana pergi pun, shopping is the main priority. So, macam-macam spesis sunglasses, clothes, accessories yang diorang beli. 2nd, mak diorang kaki shopping jugak so banyak la pakaian mak dari zaman muda-mudi dahulu akan diserahkan kepada anaknya. And that is the best part. Pakaian zaman dulu sebenarnya cantik tapi in their on kind of way and that’s what we called vintage! 3rd, shopaholics ada tendency untuk impulse purchase, which means, nak sebab nampak cantik tapi bila dah beli tiba-tiba je tak nampak cantik di mata diorang. Maybe sebab tak kena dengan bentuk badan kita. Apakah?!

what i bought: lace top ($10); peacock dress ($8)

So, end up, segala accessories and clothes yang still cantik tapi dah lama terperap dalam almari akan dijual as preloved stuff. Nampak tak? Diorang jual preloved sebab nak let go barang lama. Tapi, tak bermakna barang tu buruk. Nampak tak siapa yang untung kat sini? Akuuu jugak.

3.       Murah
Clothes yang banyak kali dipakai dan terdedah kepada peluk ketiak orang tu, takkan diorang taknak jual murah kot. Hihi. Ini part yang aku suka. Dah la dapat jumpa rare item. murah pulak tu. eh? Muat pulak size baju tu. bab ketiak basah melekat kat baju tu? no hal. Lu rendam baju tu dalam sabun sehari semalam, cuci, jemur dan tadaa! Jemur kan boleh hilangkan bakteria ketiak tu.mihmih.


p/s: kalau korang still rasa berbolak-balik nak shop barang preloved, cuba bayangkan macam ni. 
Sebuah kawasan market yang dipenuhi dengan pakaian dari pelbagai jenis jenama. Under one roof kot!

 

Wednesday, March 20, 2013

Kedai Pakaian zaman sekarang



Pada zaman dunia yang terlalu duniawi sekarang ni, semakin banyak kedai pakaian gegirl yang muncul secara offline (aka bukak kedai) dan online (aka bukak kedai blogspot). Diri ini pula semakin rambang mata tatkala terbuka (ter ye.bukan sengaja) kedai online ataupun ter’lalu’ di dalam Times Square dalam masa yang kerap (boleh terima ke alasan terlalu? hahah). Wah! Sungguh banyak yang menarik di mata tetapi jauh di sudut hati, hatiku menidakkan ketertarikan pakaian-pakaian tersebut. Setiap kali diriku membelek pakaian yang berkenan, mata ku akan berkata,

“hey.cantik la ni.”
“eh!itu pun cantik la”.
“eh! design ni nampak lain skit. cantik jugak ni”.

Tangan kiri sudah memegang pakaian yang diigini. Tetapi, hati bagaikan menidakkan tindakan aku ingin membeli pakaian tersebut. Mengapa? Mengapaaa?? Hati aku mula berteriak, 

“cantik. Tapi apa guna beli kalau jarang nak mampuih”
“design memang unik tapi mampu ke nak pakai 2 layer gara-gara kejarangannya?”
“ni cun tapi macam ketat je kat bontot tu”

Kalau diikutkan, mau saja aku menyerahkan duit dan terus membawa pulang pakaian tersebut. Tetapi, hatiku bagaikan mencucuk-cucuk tangan ku kearah meletakkan kembali ke raknya. Bila memikirkannya kembali, baru ku sedari bahawa sudah banyak kedai yang dimiliki oleh gegirl muslim dan bertudung, malangnya, pakaian yang dijual tidak sama level dengan agama Islam itu sendiri. Aku terfikir..  Adakah mereka menjual pakaian menurut cita rasa mereka? (maksudnya kalau tuan kedai suka pakai baju ketat, macam tu jugaklah koleksi pakaian diorang) Atau adakah mereka menjual pakaian hanya sekadar untung tidak kiralah bagaimana rupa pakaian tersebut? (maksudnya beli pakaian yang sedia ada secara borong).  

Jikalau begitulah hakikatnya, aku berharap sangat agar semua gegirl muslim yang membuka kedai online sedar bahawa menjual pakaian yang lebih bersesuaian dengan imej Islam itu adalah lebih membawa kebaikan kepada diri mereka sendiri dan juga sekalian gegirl muslim di Malaysia. Aku tahu pemakaianku  tidak sebagus gegirl muslim yang bertudung labuh. Tetapi, itulah yang sering bersinggah di kepala hotak ku ini. Alangkah bagusnya jika mereka dapat menjual pakaian yang tidak jarang. Yang berlengan panjang. Yang labuh di bawah bontot. yang tidak ketat seluarnya. Aku pasti mereka boleh melakukannya. Kos bukanlah alasan. Segalanya boleh diatasi. Aku lihat semakin ramai yang berbakat dalam mereka pakaian yang cantik-cantik belaka. Betapa membazirnya bakat mereka jika tidak digunakan untuk membantu gegirl muslim berpakaian dengan lebih sempurna. Bayangkan sewaktu anda bersiar-siar di Kompleks, dirimu dikelilingi gegirl muslim yang berpakaian sesuai dengan Islam. Bukankah cool begitu? Hehe

Dah. Dah. Penat aku tulis baku. Perengan ni gua sambung tulis cara normal gua. Ada sekali dulu, aku pernah tersempak 1 kedai online ni. Ni yang spesis design baju sendiri lah. Yang aku terkejut tu, design tu jarang tapi mahal! Dah la kedai ni memang cater untuk gegirl muslim. Memang frust nonggeng la aku tengok. Sedih pun ada. Sebab macam tak membantu langsung gegirl muslim pakai dengan lebih elok. Cuba bayangkan kalau makin ramai yang jual pakaian yang proper. Aku guarantee lah kedai-kedai lain akan membontoti korang jual pakaian yang sopan jugak. And at last, semua pakaian kat Malaysia ialah pakaian yang sopan-sopan! Weeee! Akulah orang first yang akan meloncat kegembiraan. Woot-woot!

p/s: kalau korang setuju dengan entry ini dan nak owner kedai baca supaya diorang 
boleh tukar koleksi pakaian diorang kepada lebih cool, silakan share. Thank you!

Sunday, November 4, 2012

Cantik ke Kulit Putih?

Sebenarnya kan, aku patut ulangkaji ataupun siapkan assignment aku. Tapi…. aku tak tahan dowh. Aku taknak la bagitahu sesiapa pasal hal aku ni. tapi, serius tak tahan. Dah lama sangat aku pendam ni. otak aku ni kadang-kadang asyik terkeluar macam-macam idea. Tapi, tangan aku ni tak gerak-gerak tekan keyboard pun. Dayyyum.. Aku tak boleh nak pendam lagi bakat aku ni. aku tak tahan dah nak menahan dari tak tulis blog sampai habis exam. Huahuahua. Rinduuuuuu sioooot. Readers aku rindu aku tak? haaaai! Korang sihat?

Anyway, let’s get on with new topic yang aku nak habaq mai kat korang hari ni. sebenarnya, aku perasan kat blog-blog la. kat facebook la. banyak orang promote pasal krim/ produk kecantikan untuk putihkan kulit. Ade lah gambar before after dari hitam gugup ke putih melepak. Surprisingly, memang effective la. tapi, masalahnye cantik ke kulit putih? Korang sure ke kulit putih tu maksudnye korang cantik? haa. Itu yang kita tak tahu sekarang. Maka, mari aku mengulas lagi topic yang aku sendiri pun curious nak tahu.

Hadirin yang dihormati sekalian, (sopan tak entry aku kali ni? ala-ala ceramah gituuuw. )

Okayy… Aku perasan orang kita aka Malaysian suka produk memutihkan kulit ni. bila aku study kat Adelaide, aku notice pulak yang minah salleh suka produk tannedkan kulit ni. Bagi diorang, tak main lah produk putihkan kulit. Tak curlasss gitu. Quite funny, bagi aku la. Mana yang tak banyaak dalam sesuatu masyarakat tu, benda tu lah yang kita nak. Such as, warna kulit. Kat Malaysia, boleh kata majority warna kulit range dari coklat-coklat gelap ke cair gitu. Hehe. yang kat Adelaide pulak, warna kulit range dari putih hantu ke putih kemerah-merahan gitu. So, we tend to be one of a kind and think orang yang one of a kind tu cantik. Kaan? Aku rasa persepsi Malaysian ialah perempuan kulit putih tu cantik. Aku rasa lah and ape yang aku notice la. salah info itu belakang cerita ey. Apa-apa pun, aneh-aneh la korang ni. tapi, aku dulu pun berfikiran camtu jugak which is aku rasa kalau putih je, nampak cantik.

But, itu aku dulu la. semenjak aku duduk kat Adelaide ni, aku lagi banyak ter-expose dengan macam-macam bangsa yang berlainan warna kulit. Maybe berlainan bangsa tu tak sedasat macam kat New York, tapi, still la, macam-macam spesis ada. Kat sini, aku mula notice yang kulit gelap pun cantik. Serius aku tak tipu. Nak kata mata aku kero, tak jugak. Not only that. aku perasan minah salleh yang tannedkan kulit tu banyak je nampak cantik. And it goes the same to mat salleh yang memang nak maintain kulit putih. Tapi, kalau yang over tan tu memang huduh la wey. Warna kulit tak boleh nak fake lagi. Itu kalau kategori mat salleh.
jangan jadi macam ni sudeeyh

Kalau kategori perempuan kulit gelap, aku tengok diorang ada jugak yang cantik-cantik walaupun kulit gelap. So, what’s that supposed to mean? Maknanya, kita yang chocolatey ni pun cantiklah jugak walaupun tak putih =) bagi aku, yang penting kulit bersih and air muka bersih. Dua benda berbeza tu. nak kulit bersih, pandai-pandailah cari alternative sendiri ey. cuci muka ke, pakai mask ke, etc, etc. tapi, untuk dapat air muka bersih tu and then maintained it, itu yang payah sikit laa. Sebab, untuk make sure sentiasa bersih, korang janganlah cakap aib orang, jangan kutuk orang, sentiasa bersabar and banyakkan selawat ^_^ cool kan? Walaupun muka tak cantik tapi, air muka korang tu nampak bersih. Itu paling penting. Lagi satu, hati pun bersih tahap Clorox dooowh. The best part is once korang maintained cara nak dapatkan muka bersih tu, nak cakap buruk pasal orang lain pun, rasa macam tak sedap hati je.  It is obviously such a good sign…for your heart and your soul.

Peace yooow!
 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork