Wednesday, March 20, 2013

Kedai Pakaian zaman sekarang



Pada zaman dunia yang terlalu duniawi sekarang ni, semakin banyak kedai pakaian gegirl yang muncul secara offline (aka bukak kedai) dan online (aka bukak kedai blogspot). Diri ini pula semakin rambang mata tatkala terbuka (ter ye.bukan sengaja) kedai online ataupun ter’lalu’ di dalam Times Square dalam masa yang kerap (boleh terima ke alasan terlalu? hahah). Wah! Sungguh banyak yang menarik di mata tetapi jauh di sudut hati, hatiku menidakkan ketertarikan pakaian-pakaian tersebut. Setiap kali diriku membelek pakaian yang berkenan, mata ku akan berkata,

“hey.cantik la ni.”
“eh!itu pun cantik la”.
“eh! design ni nampak lain skit. cantik jugak ni”.

Tangan kiri sudah memegang pakaian yang diigini. Tetapi, hati bagaikan menidakkan tindakan aku ingin membeli pakaian tersebut. Mengapa? Mengapaaa?? Hati aku mula berteriak, 

“cantik. Tapi apa guna beli kalau jarang nak mampuih”
“design memang unik tapi mampu ke nak pakai 2 layer gara-gara kejarangannya?”
“ni cun tapi macam ketat je kat bontot tu”

Kalau diikutkan, mau saja aku menyerahkan duit dan terus membawa pulang pakaian tersebut. Tetapi, hatiku bagaikan mencucuk-cucuk tangan ku kearah meletakkan kembali ke raknya. Bila memikirkannya kembali, baru ku sedari bahawa sudah banyak kedai yang dimiliki oleh gegirl muslim dan bertudung, malangnya, pakaian yang dijual tidak sama level dengan agama Islam itu sendiri. Aku terfikir..  Adakah mereka menjual pakaian menurut cita rasa mereka? (maksudnya kalau tuan kedai suka pakai baju ketat, macam tu jugaklah koleksi pakaian diorang) Atau adakah mereka menjual pakaian hanya sekadar untung tidak kiralah bagaimana rupa pakaian tersebut? (maksudnya beli pakaian yang sedia ada secara borong).  

Jikalau begitulah hakikatnya, aku berharap sangat agar semua gegirl muslim yang membuka kedai online sedar bahawa menjual pakaian yang lebih bersesuaian dengan imej Islam itu adalah lebih membawa kebaikan kepada diri mereka sendiri dan juga sekalian gegirl muslim di Malaysia. Aku tahu pemakaianku  tidak sebagus gegirl muslim yang bertudung labuh. Tetapi, itulah yang sering bersinggah di kepala hotak ku ini. Alangkah bagusnya jika mereka dapat menjual pakaian yang tidak jarang. Yang berlengan panjang. Yang labuh di bawah bontot. yang tidak ketat seluarnya. Aku pasti mereka boleh melakukannya. Kos bukanlah alasan. Segalanya boleh diatasi. Aku lihat semakin ramai yang berbakat dalam mereka pakaian yang cantik-cantik belaka. Betapa membazirnya bakat mereka jika tidak digunakan untuk membantu gegirl muslim berpakaian dengan lebih sempurna. Bayangkan sewaktu anda bersiar-siar di Kompleks, dirimu dikelilingi gegirl muslim yang berpakaian sesuai dengan Islam. Bukankah cool begitu? Hehe

Dah. Dah. Penat aku tulis baku. Perengan ni gua sambung tulis cara normal gua. Ada sekali dulu, aku pernah tersempak 1 kedai online ni. Ni yang spesis design baju sendiri lah. Yang aku terkejut tu, design tu jarang tapi mahal! Dah la kedai ni memang cater untuk gegirl muslim. Memang frust nonggeng la aku tengok. Sedih pun ada. Sebab macam tak membantu langsung gegirl muslim pakai dengan lebih elok. Cuba bayangkan kalau makin ramai yang jual pakaian yang proper. Aku guarantee lah kedai-kedai lain akan membontoti korang jual pakaian yang sopan jugak. And at last, semua pakaian kat Malaysia ialah pakaian yang sopan-sopan! Weeee! Akulah orang first yang akan meloncat kegembiraan. Woot-woot!

p/s: kalau korang setuju dengan entry ini dan nak owner kedai baca supaya diorang 
boleh tukar koleksi pakaian diorang kepada lebih cool, silakan share. Thank you!

8 comments:

  1. setuju sgt dgn keterangan diatas..
    mmg byk online shop and butik yg jual baju muslimah tp sgt jarang materialnya..

    kdg2 baju cantik tp bila fkr balik byk lapis pula nk kena cover terus terbantut nak beli..harap sgt byk owner2 butik supaya lebih alert dgn hal ni..

    ReplyDelete
  2. Hehe. Erin suke sgt beli online. Tpi mesti pilih betoi2. Sbb mslh mcm too. Den da jarang beli baju. :)

    ReplyDelete
  3. this looks so interesting, but I wish I could know what you are talking about :)

    xx

    Miss-Peacock

    ReplyDelete
  4. Hurmm... skrg kalo jalan2 mana2 pon ramai girl or mak girl yg bertudung tp baju tak ingat ketatnya especially kalo diorang pkai sluar, mmg terserlah sumenye lah...hadoi...(@_@)

    Mmg lerr cantik di pandangan mata LELAKI (i like) & girl(?) tp di mata Allah? Lu pikir lah sendiri.

    p/s: lg suke tgk girl pkai baju kurung (^_~)

    ReplyDelete
  5. hey there,
    wahh dh lame tak singgah sini =)

    td myra google laa something about fashion kan.
    suddenly i found this
    http://www.aquila-style.com/aquilas-picks/ifa-athirah-from-malaysia/

    had you know that you'd been featured here?
    hehe..

    anyway congrats =)

    ReplyDelete
  6. asyik:begitulah ceritanya.xsure diorg sedar ke x pasal hal ni
    cici eryna:better beli kain and design sndiri kan?haha
    miss-peacock:it's about the problem of shopping in muslim's fashion shop. most of them are transparent.so, it does not serve the purpose :)
    cimon:ptutlah ske benor tgk girl pkai bju kurung ^_^
    myra:hehe.tau sbb diorg email ke saya.dh siap printscreen sume.tp x update2.ngee.insyaAllah akn udpate jugak psal tu.thank u ya inform!
    sharifah syahirah: hehe.dah aktif balik ni.ngee
    hanani: hai!! :)

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork