Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Tahukah Anda: Cara Merawat Tonsil Infection



entry ini sambungan daripada

Sedang bergayut dengan bapak di telefon, tiba-tiba bapak aku bagi cadangan, “updatelah pasal cara nak merawat tonsil. Ni lid tengok banyak cakap pasal fashion jee. Kena lagi informative ni”. Setelah mendengar proposal dari ayah aku, aku dalam keadaan muka yang sangat cool dan sedang bersila di atas kerusi, menjawab “rileeeek lid. Teknik kena ada. Cara nak rawat tu faya buat untuk next entry. Nanti tulis panjang-panjang bukan orang baca sangat pun. Rugi..rugi..“

Maka, entry kali ni aku listkan regime yang aku amalkan untuk mendapatkan kembali tonsil aku yang normal dalam masa seminggu sekurang-kurangnye! Bunyi dah macam cara nak kuruskan badan kan. Nampak same tapi tak serupo. Hoho. So, antara regimenya ialah:

1.       Makanan yang lembut
Disebabkan tonsil aku, aku terpaksa shopping makanan khas untuk tonsil! Ngade-ngade tau kau ni tonsil. Makanan nak demand betol. Makanan normal tak nak. Ni nak makanan yang lembut-lembut je semua. Ala-ala makanan baby gitu. Besides, waktu membeli tu, aku kena bayang yang aku ni baby. Tapi, baby versi dah baligh la. Hehe. So, sebagai baby, apa yang aku boleh makan?

Dengan menggunakan prinsip “aku baby”, aku telah membeli makanan yang aku rasa tak sakit sangat bila nak telan. Such as pancake, telur (untuk buat telur 3 suku), campbell soup atau apa-apa sup yang takde benda keras dalam dia, bubur instant, roti sandwich (tak sama macam roti 4 segi tu), yoghurt and instant mashed potato. Generally, tekaan taste tonsil aku terhadap makanan lembut memang betul.

Korang mesti terfikir “bubur pun nak beli instant?? Bapak malasnye minah ni”. Chilleeex. Korang kena faham. Bila tengah sakit, masak apa-apa pun confirm tak sedap. Haritu aku dah try masak sendiri. Hangit siooot. Haha. Tak larat punyer pasal. So, kalau nak buat bubur sendiri, lebih baiklah mintak tolong orang rumah masakkan ye. Trust me. Kalau masak sendiri, ke tong je la ghupenya. Tak pon, untuk sedapkan hati, simpan bubur dalam fridge lama-lama. Bila keluarkan dari fridge, tengok bubur macam dah tak elok. See. Ada alasan munasabah nak buang kan. Ekeke~
     pancake letak butter&honey, mashed potato and telur 3 suku masak
 
2.       Air yang lembut
Air pun kena memilih. Jangan nak gatal-gatal sangat minum air rasa pelik-pelik termasuk jugak air yang masam-masam. Macam haritu waktu shopping untuk tonsil, ada stall kecik kat dalam pasaraya tu. Kiranya dia tengah promote air smoothie la lebih kurang. Dah nampak ada tester, takkan tak nak rasa kan. Rezeki datang jangan ditolak babe. Aku fikir mungkin tonsil aku boleh collaborate dengan perisa smoothie yang dipromote tu. aku try la perisa blackberry. Sekali smoothie tu pass by tonsil aku, peeergh… Nauzubillah! Serius derita. Menyesal gua minum -_-.

So, kalau nak minum tu, biar air yang rasa soft macam susu ke. Air kosong boleh la walaupun still rasa sakit jugak. Actually, untuk air aku ada beli pisang sebab nak buat smoothie. Berbalik kepada prinsip “aku baby”, smoothie pisang okay jugak sebab rasa dia soft dan tak masam. Kebetulan tak boleh telan sangat makanan termasuk nasik, smoothie macam ni elok untuk kasi kenyang la.  Tapi, aku minum smoothie ni waktu tonsil aku nak baik sikit. Tak sempat try waktu tonsil infection tengah hardcore.
 untuk buat banana smoothie, aku bubuh skim milk yang sejuk, 1 sudu serbuk cocoa (versi pahit),
 1 sudu nutella, 1 sudu peanut butter jam, 3 pisang (ni untuk betul-betul rasa kenyang). 
tak bubuh ais sebab gua mahu pureee

3.       Ubat herba dan antibiotic
Nama pun sakit, ubat kenalah makan kan. Obviously bila aku sakit tonsil, confirm dapat antibiotic. Before this, kalau tonsil bengkak, aku dapat antibiotic yang wajib dihabiskan untuk 2 minggu tak silap aku. Tapi, tonsil infection yang aku kena kali ini, ubat antibiotic dia sampai sebulan?! Peergh! Caya lu tonsil! Memang nak kenakan aku kaw kaw ni. Haha.

in clockwise direction: ubat antibiotics, vitamin echinacea,
 paracetamol (demam) and gula-gula herbs Ricola

Untuk pengetahuan korang yang tak pernah dapat antibiotic, antibiotic ni wajib dihabiskan. Kalau tak habis, ada high possibility yang aku akan dapat lagi tonsil infection and it’s gonna be worse berbanding tonsil infection yang aku kena sekarang. Tak nak woo. Tobat aku. Tapi, antibiotic ni bukanlah dapat soothe kan sakit tonsil aku dengan cepat. So, aku buat sedikit research ubat lain yang aku boleh makan untuk mencepatkan penyembuhan. Apa yang aku discover ada few herbs yang membantu percepatkan soothe tonsil ni. Antaranya ialah goldenseal, Echinacea purpurea dan cat’s claw.

So, aku pun carik herbs tu di bahagian vitamins. So far, aku jumpe banyak vitamins yang mengandungi Echinacea purpurea. Yang guna herbs lain, kawe dok nampok pulop deh. Seriously this herbs memang membantu. Kalau aku hanya makan antibiotics je, tonsil aku masih rasa painful lahabau. Tapi, kalau aku makan antibiotics dengan herbs ni, tonsil tu rasa lega sikit. Tak teruk sangat pedihnya. insyaAllah, within a week, tonsil aku cepat reda. wohoo!
    yang atas ni gula-gula herbs. aku makan waktu tengah saja-saja sebabnya 
kalau biarkan mulut takde pape, rasa sakit tonsil tu lagi terasa. yang bawah pulak ialah 
vitamins yang ada herb echinacea which is elok untuk upper respiratory system
 
4.       Permbersihan katil
Yang ini memang penting. Nampak macam takde kaitan nak compared dengan point lain, tapi sebenarnya ada. Bila kena tonsil infection, aku ada tendency kena demam. Dia saling memerlukan la. Ada tonsil, mesti ada demam. So, after korang rasa demam dah nak baik, selalunya dalam masa 3 hari, maka tukarlah cadar anda. Macam aku, aku tukar cadar baru. Lepas tu, selimut yang aku pkai tu, aku spray febreeze and then jemur bawah matahari. Biar jahanam segala bakteria kat selimut tu. Muahaha.
 kalau perasan corak kat lengan baju tu, aku pakai baju tidur lagi. 
bughuk ghupenya anak dara tak mandi lagi walaupun hari dah terik.ekeke~

Setelah mengikuti amalam-amalan yang aku amalkan, insyaAllah tonsil infection akan cepat reda and insyaAllah reda dalam masa seminggu. Sekurang-kurangnya, after seminggu korang dapat makan nasik walaupun maybe rasa sakit tu ada lagi sikit. hehe. Semoga membantu =D

p/s: semua gambar guna Samsung Note 2.

Saturday, September 29, 2012

How to Create The Unexpected STYLE

People might say fashion is all about shopping, tapi, I might say it is part of creativity. Bukti? Tengok diri sendiri la. Berapa lama korang akan spend time depan wardrobe and thinking what to wear? Thinking what top that might suit that kind of bottom. Thinking kenapa kita asyik tak cukup pakaian je (aku rasa part ni kena refer kat perempuan je termasuk aku? Errr ). Kalau orang tu jenis tak amik port pasal looks, then okay lah. Tapi, macam mana pulak dengan orang yang memang care pasal looks and memang suka sentiasa nak pakai smart, macam aku? Muehehe.

Maka, susahlah aku kalau aku tak cukup kreatif nak pilih baju. Tak pasal-pasal aku asyik topup clothes aku and then tak pasal-pasal lagi banyak duit spend. Absolutely no! So, in order untuk mengelakkan diri daripada lagi banyak berbelanja but at the same time still nampak cool, being super creative is such an important term for fashion lover. Untuk jadi super creative, the main thing is you have to sacrifice yourself (sebab nak kena test mix and match outfits kat diri sendiri kan?). Walaupun korang akan lalui era ‘fashion disaster’, korang kena accept era tu. because even orang yang korang nampak sentiasa cantik matching baju sebenarnya pernah lalu zaman tu. trust me. I have seen one of them before & after. Terkejut nyah! Tapi, rileks. Jangan risau sebab creativity and personal style korang akan makin developed after dah lalui zaman fashion disaster.
maroon top: Supre | half-denim jacket: Valleygirl | lace skirt: Cotton On | necklace: Lovisa | belacan shawl: pinjam Irna
 | floral sneakers: Forever New | watch: Cartier (parents bagi) 
(macam tak percaya je semua barang aku beli time sale.wohooo)

Untuk aku pulak, tak payah cakap la fashion disaster tu. memang aku tutup muka cover malu la kalau nampak aku zaman tu. but, it’s okay J aku rasa aku dah lepas zaman tu and I’m starting to see my own kind of style. So, in order untuk become super creative, setiap hari ke kelas aku akan try mix and match new looks supaya aku keep on pakai semua pakaian yang ada dalam wardrobe aku. Kalau tak, memang tak pakai la baju lama! Macam musim winter haritu, aku teringin giler nak pakai skirt. Whoaaa. Rileks rileks. Tak sesejuk yang korang sangka tapi still agak sejuk. Aku nak pakai skirt hitam lace tu tapi masalahnye skirt tu a-line. Which means ketat di punggung. Aku fikirlah jugak nak pakai dengan top apa sebab top tu should be tutup bontot but at the same time dapat tahan aku dari sejuk.

So, aku ingatkan nak pakai dengan blouse colour maroon aku. So far, aku pakai top tu je and tak pernah terfikir nak layered dengan baju lain. so, aku try lah pakai dengan different kind of jackets yang aku ada (keselesaan should be the main priority) And then, wallah!! Aku tak sangka top maroon aku tu match perfectly dengan one of my favourite jacket. Dah la aku suka jaket tu sebab lengan dia kain cotton, bukannya jeans. Weeee. Besides, combination biru gelap dengan maroon memang favourite aku. the best combination eveeer!! 
to fashion lovers out there, 
keep calm & keep on Mix & Match =)

Monday, July 30, 2012

How to become an Unrecognised Fashion Consultant

Sewaktu aku berjimba selama dua minggu di Malaysia baru-baru ni, all-time-favourite client  aku (Luqman – only true reader tahu who is this person. hoho) calling-calling  aku mengatakan dia nak shopping baju (aka  dan sebagainya tapi tak tahu nak pilih mana satu yang sesuai. Conclusionnye, client aku dalam dilema la. Aku pun ON je lah walaupun service aku ni tak dibayar dan hanyalah free of charge.  Duit naik ktm dan lrt kena bayar sendiri. Duit menggunakan sense of fashion aku pun tak payah dibayar. Duit menggunakan masa aku pun free, bak kata pepatah, time is money, dude! Untung ke client aku je. Tapi, disebabkan dia je satu-satunya client yang meletakkan kepercayaan sepenuhnya ke atas sense of fashion aku yang tak semenggah dan low budget ni, aku terima tawaran dia untuk tolong consult walhal aku sendiri pun mengalami masalah nak pakai baju apa setiap kali nak keluar rumah. bajet la outfit aku sentiasa awesome. tapi, takpe! aku selalu dengar quote yang mengatakan style fashion designer/consultant tak se-awesome style yang depa sendiri reka untuk orang lain. it's soooo true. dalam konteks ni, aku ialah wannabe consultant and Luqman is le client. hehe

So, kitorang aka aku and le CLIENT decided to jalan-jalan di Mid Valley. Before the awaiting day arrived, aku as the Consultant kena buat preparation. No need to research kedai apa yang ada kat situ because aku akan menggunakan ilmu yang dipanggil “On Spot”. Tak payah nak browse through online items kat dalam Mid yang gedabak tu. Aku guna system “Redah Ajerrr”. Haha. Which means, kedai mana satu yang aku masuk, kedai tu yang aku akan geledah sampai jumpa barang sesuai. Selain ilmu “On Spot”, aku akan guna ilmu “Scanning” yang aku selalu guna bila shopping di Times Square. Yup! Ilmu Scanning ni ialah hasil inovatif aku sendiri di mana shopaholics boleh browse through semua barang dalam Mall tanpa mengambil masa banyak kat setiap kedai. Tapi, system ni exclude masa untuk try-try pakaian la.

So, how to use this Scanning knowledge? dia ada dua cara. cara 1st ialah observe dari luar kedai. This means sekali imbas dari luar, ada barang yang korang nampak cantik tak? kalau takde, boleh belah dari kedai tu because there is huge probability that kedai tu memang tak berapa menarik or ayat yang lebih sesuai ialah tak kena dengan taste korang. tapi, kalau nampak macam ada barang yang menarik, silakan masuk. bila masuk, guna cara kedua pulak which is lalu semua section dalam kedai tu dan tengok sekali imbas. kalau sekali imbas takde yang menarik, memang korang ter-Love at first sight je la waktu scanning kedai tu dari luar. kalau on the way mengimbas barang-barang dalam kedai tu ada yang macam nampak menarik, baru lah korang start to flip through barang-barang yang tergantung dalam kedai tu. This means ada huge probability ada item menarik korang akan beli kat kedai tu. tapi, ada possibility tak beli jugak disebabkan harga, etc.


Awesome tak ilmu/system yang aku guna ni? hehe (gelak gatal sambil usap-usap dagu and angkat-angkat kening menunjukkan muka nakal). As free-of-charge consultant, i do think it is not necessary to research catalogue dalam sesuatu mall tu sebab apa-apa pun, korang still need kelulusan le client untuk sesuatu design tu. bak kata pepatah, customer always right. hoho. Whatever it is, yang penting, the consultant (if le girl) kena ada proper sense of fashion terhadap lelaki. Who says aku as le girl tak boleh grooming le boy? Boleh meeyh. Cuma sama ada laki yang aku grooming tu jadi le pondan atau le metroseksual atau le normal-yang-bergaya-sedang-sedang-aje bila pakai outfit yang aku cadangkan. muehehe.

So, the day arrived. First tempat yang kitorang jejak ialah Jusco. Hahaha. Pergi Mid tapi singgah Jusco je? Idea siapa tu? Aku lah! Siapa lagi. When you hire a low-cost Fashion consultant, ni makan dia! (bak kata Nabil). Le consultant akan bawak ke kedai yang affordable je sebab bayaran free kan and lagipun aku mampu jejak kedai affordable je. Nak jejak ke kedai yang lebih upgrade tu, rasa lemah je otot-otot kaki aku ni sebab terketar-ketar tengok harga. Anyway, le client kata dia nak t-shirt cartoon so, dia tunjuklah 1-2 t-shirt kat situ yang menarik bagi dia. Aku terus reject dengan penuh tata susila mengatakan, “eerrr. Macam kureng sikit je. Aku rasa design yang lagi simple and not too childish lagi sesuai.” Aku pun browse through t-shirts kat situ and aku discover 1 design yang betul-betul kena dengan taste aku dan jugak le client. Le client pergi try fitting baju and the result is.. coolness… Kebetulan le client pakai seluar coklat dengan sneakers warna kelabu. Memey ngam sangatlah dengan t-shirt tu (refer gambar atas).

And then kitorang continued our quest searching for another item sampailah terjejak Romp. Aku ternampak varsity jaket yang awesome kat ROMP ni. bahagian badan warna hitam, bahagian lengan warna putih. combination warna dia dah biasa tengok tapi yang buatkan varsity jacket tu luar biasa ialah bahagian badan dia. Ada texture macam jahitan kat baju sejuk yang kembung-kembung tu. tapi jaket ni tak kembung lah. pattern je sama. kalau tak faham, buat-buat faham ey. aisey. aku terlupa nak ambik gambar time tu. Tengah syok sendiri sangat advise orang lain sampai terlupa. haha. Anyway, aku ingatkan nak suruh le client beli tapi jaket tu free size, which means tak muat untuk saiz badan dia yang tough tu. otot besar sangat. Ish ish. Tu la musibahnya beli baju harga sedang-sedang. tak banyak saiz meyh. bla bla bla. cerita pun habis....
cilok dari Lookbook. malas nak polyvore sendiri.

p/s: Don't trust 100% ilmu dalam entry ni. only applicable untuk aku je. haha

Tuesday, March 15, 2011

Ape yang korang takkan buat di Malaysia tapi buat di Adelaide (versi rumah)

1.       Tidur di atas tilam yang dah dipakai oleh orang lain (2nd-hand)
      Sebagai pelajar, amalan berjimat cermat memang sudah tertanam dalam hati kitorang sama ada secara naturally atau terpaksa. Terpaksa sebab nak simpan duit untuk kegunaan lain. Bila aku kata aku beli tilam 2nd hand, mesti korang akan kata “eeew! Tak geli ke guna tilam dah dipakai?. Tuan katil tu dah buat macam2x  atas katil tu.” “Erk!no komen”! Tapi antara beli tilam baru yang paling murah berharga 69 dolar (ikut harga Malaysia RM 207) dan paling murah bermaksud paling nipis. Ataupun beli tilam 2nd hand yang tebal tapi masih berkualiti, lebih kurang harga 30 dolar. (kalau duit Malaysia, berharga RM90). Kalau aku, of course ar aku ambik 2nd hand babe! Lagipun korang alas tilam tu dengan cadar dan juga lagi 1 alas. Ape benda tah namenya.  Should be no problem with infections. Kalau tak yakin , boleh je beli 2nd hand dari senior melayu kat situ. Takut orang kecoh kata korang guna tilam 2nd hand? Jangan riso! Majoriti membe2x aku guna tilam 2nd hand! Hanya below 10% yang guna katil dan tilam baru. Itupun sebab tak tahu kat mana nak cari yang 2nd hand. (jangan percaya sangat statistik ni. Ini anggaran aku sendiri je.J )
   betapa tebalnya tilam ni. comel kan bear cinonet tu?hehe    
       2.       Guna meja bertukang sebagai meja makan
Sepanjang hidup aku, aku guna meja makan untuk makan. Kalau bukan makan kat meja, aku             makan berhidang, alas lantai dengan kain. Tapi, since duduk di Adelaide, kekreatifan dalam diri aku dan membe2x aku terdevelop secara sendirinya…sebab… kitorang guna meja bertukang untuk makan! Ngee. Kreatif tak kitorang?! Meja bertukang pun ok ape! Besar dan paling penting…free!! hehe.  Sebenarnya, landlord kitorang simpan meja bertukang itu kat garaj. Since, dia tak pakai kitorang pun cilok ar guna sebagai meja makan. Buat ape nak beli meja makan yang proper? Lagipun kita setakat guna meja untuk letak lauk2x, letak pinggan untuk makan dan guna untuk letak tangan. (korang paham kan point last tu? Sesetengah orang makan guna tangan kan suka tongkat tangan kat sisi meja.kan2x??). lagi satu, meja makan kat sini mahal2x sebab lawa L huhu.

inilah meja bertukang aka meja makan yang diwar-warkan oleh aku
3.    Beli surat khabar untuk tengok garage sale
Selalunya aku guna surat khabar untuk lap tingkap, guna sebagai alas, pergunakan surat khabar untuk dapat duit (jual kat cina naik lori pepagi untuk recycle). Paling penting, aku guna untuk kutip tahik kucing sebab rumput kat rumah aku sensitif bab2 kena tahik ni. Eeew! Tapi di Adelaide, aku guna surat khabar untuk carik garage sale!! Tak pernah lagi seumur hidup aku di Malaysia, aku carik garage sale dalam surat khabar. Tapi, ada ke garage sale dalam newspaper Malaysia? Entah lah. Aku tak pernah usha lagi bahagian iklan. So, ape gunanya garage sale ni? Sebab nak carik barang 2nd hand yang murah la contohnya macam almari, ironing board, katil, meja study dan sebagainya. Siyesly murah! Tak suka 2nd hand?! Pergi ar beli yang baru tapi jangan nyesal lau duit dalam bank korang cepat habis. ngeh3x. pada pendapat aku, jangan terlalu berpegang pada prinsip “barang kualiti mesti ah harga mahal”. Tapi berpeganglah pada prinsip “barang 2nd hand pun ada yang berkualiti tapi harganya jauh lebih murah!”.

4.       Guna dan beli barangan termasuk stok makanan jenama supermarket tu!
Kalau di Malaysia, tak pernah lagi aku pandang barang jenama Giant. Siyesly! Aku bukan nak kata “aku tak mainlah barang2x jenama supermarket”, tapi aku just nak kata yang aku selalu beli jenama lain, macam Alagappas (serbuk cili), Cactus (mineral water) dan Ayam Brand (ikan sardin dalam tin). Tapi, since di Adelaide beli barang jenama supermarket tu adalah kemestian! Dan kewajipan yang membawa keuntungan berganda-ganda kat kitorang! Hehehe. Kat sini ade supermarket Coles dan Woolworths. So, supermarket ni ada jugak barang jenama dia sendiri, contohnya macam bawah ni.
 pertama kali dalam hidup aku beli barangan jenama supermarket sebanyak ini

Maka, ada apa dengan jenama supermarket? Ada untunglah! Barang Coles dan Woolworth lebih murah nak dibandingkan brand lain. Lagipun, bagi aku brand supermarket ni kualitinya lebih kurang je dengan brand lain. Cuma, bila sesuatu brand tu dah popular, pengguna akan lebih tend to buy brand yang famous tu. Tapi! Ade tapi ye tuan2x dan puan2x. ada certain barang Coles or Wollies (singkatan untuk Woolworth) ni memang haprak rasa dia, contohnya serbuk cili! Eeehe! Pahit dol! Membe aku guna untuk buat sambal ikan bilis, and the result is...kurang memberangsangkan..memang salah serbuk cili tu! confirm! Hoho! Korang kena sedar, sekarang ni semua harga barang nak naik. Mana yang korang boleh beli murah lagi dan boleh terima rasanya (untuk barang makanan), belilah yang tu. J since belajar di oversea, aku rasa aku makin kedekut bertempat sebab banyak beli barangan jenama Coles dan Wollies.
p/s: aku rasa entry kali ni terlalu banyak tips dan nasihat. Betulkah? Atau banyak nonsense? Hurm… 

Sunday, March 6, 2011

Tips sewa van (a true experience)

whassup sumer!! aku baru je lepas habis angkat barang2x dari current rumah sewa aku (st. peters) ke rumah sewa yang baru (mile end). kitorang sewa van beserta driver untuk angkut barang2x. pergh! sewa pun tetap penat gak beb sebab kitorang gak yang kena mengangkut! kitorang tu refer to 5 girls only!no boys! yang driver tu pulak hanya tolong bile kitorang kerah dia! memang jahanam tol laki ni! kalo bagi service tu, bagilah elok2x. sengal! dah la nak communicate dengan lelaki ni susah skit sebab dia tak berapa nak paham pulak english. so, tadi bagi aku ada sedikit masalah la jugak. ya! benda ni mungkin tak penting bagi rakyat malaysia sebab kat sane sewa lagi murah compared di sini (bila convert kena darab 3.blh nampak betapa banyaknye duit kitorang guna) and ade mak ayah yang tolong uruskan bila kat malaysia. tapi, bila tingal di luar negara, and u have to do everything by your own, memang agak stress la jadinya. lagi2x lau driver tu takde etika kerja. so, untuk pelajar terutamanya yang duduk di luar negara, apa yang korang patut beware bila sewa kenderaan ialah:

 deal or no deal
bila call untuk dapatkan perkhidmatan sewa ni, tanya dulu macam mana rate dia. macam tadi, driver tu charge 1 jam=25 dolar. kalau terlebih 10 atau 30 minit, contohnye, 1jam 30 minit, tanya dia brape pulak dia charge untuk extra masa tu. kalau kurang dari sejam lak, brape pulak charge dia. sume tu penting sebab bila dah abis guna perkhidmatan dia, then baru nak tanya rate, lagilah payah. boleh je laki tu free2x menipu. ini semua untuk mengelakkan salah faham yang boleh ganggu emosi korang yang penat disebabkan angkut banyak barang. siyesly!

perkhidmatan
pastu, tanya dia penghantaran barang2x tu include tolong korang angkut barang ke tak. ape yang kitorang hadapi tadi, laki tu macam sengaja je lambat. tak abis2x cakap dengan membe thru phone. asik2x call. apekah??!! kadang2x, dia buat tak tahu je. kalau angkut pun, letak sekerat jalan je bukannya terus bawak masuk dalam rumah. disebabkan perangai dia tu, aku kerah2x dia suruh angkut. asal dia tengah rilek2x skit, aku kerah dia suruh angut barang itu barang ini. bila dia tengah call, aku cakap kat dia "tadi kate nak cepat.nape call2x lak?!!". (aku cakap dalam english la kan.) bile dia dengar aku kata camtu,dia terus letak phone then tolong kitorang. sengal tol! tadi, dia jugak yang suruh kitorang cepat sebab ade hal. tapi, dia lambat2xkan waktu pulak. hurm. maybe sebab charge per hour kan. so, dia nak untung lebih.entah lah.

bantuan membe itu penting!
aku rase ini paling penting! kenapa? ye la. sebab bila ramai yang tolong angkut barang, tak ambil banyak masa and then, kuranglah bayaran yang korang patut bayar. lagi satu, dapat mengurangkan kepenatan korang! bila penat, jadi emo. tadi, time nak angkut barang dari st. peters, ex-housemate aku tolong punggah barang ke luar rumah. so, bila driver tu datang, tak ambik banyak masa sebab barang tu dah memang kat luar. boleh terus diangkut ke dalam van. kan2x??

planning babe!planning!
korang kena plan berapa orang kena get ready di rumah sewa baru and di current rumah. tadi kitorang tersilap plan la pulak! di current rumah, ada ramai membe boleh tolong sebab penghuni baru untuk current rumah tu dah ada di rumah tu. banyak lah tangan2x yang ringan kan. tapi, masalahnya ialah people yang get ready di rumah baru. ada 2 orang je. tak larat dowh nak angkat semua. walaupun driver tu tolonglah jugak angkat barang, tapi siapa yang nak angkutkan ke dalam rumah? kalau 2 orang je yang angkat, memang boleh pengsan terus la lepas 1 trip angkut barang! barang berlambak! pastu, barang bukan yang ringan2x tapi yang berat2x macam meja, kerusi, rangka katil. dasat! pesanan untuk korang! biarlah ramai orang yang get ready di dua2x tempat, which is rumah baru and current rumah.

road guide
sometimes, ade je driver yang tak tahu jalan. so, it's better you guys tahu macam mana nak ke destinasi yang korang tuju. be prepared je la dengan route map ke destinasi. at least, kalau driver tu tak tahu, korang boleh jadi road guide. hehe. ini semua untuk menjimatkan masa. tadi pulak, driver tu ada gps. so, tak perlulah aku nak risau sebab dia dah ade road guide depan dia and confirm tak sesat!yeah!
p/s: ini semua berdasarkan pengalaman aku sendiri. aku tulis terus lepas abes kemas.fresh from the brain!!! hehe. walaupun penat, tapi aku rasa macam nak kongsi dengan korang.
mood: penat. maka, tak de mood nak ambik gambar sendiri.

Monday, December 27, 2010

Sunglasses tak Baik utk Mata?

sape kate sunglasses hanya untuk membanteras sinar matahari yang super shining kat mata kita?sape kate sunglasses hanya untuk tunjukkan yang kite super cool and stylo mylo bile kite pakai die and letak atas kepala? sape kate sunglasses hanya untuk dijadikan part of perhiasan atas meja make up sebab segan nak pakai? sape kate kite perlu beli sunglasses mahal untuk dapatkan extra protection dari si sunshine? sape kate kite guna sunglasses hanya untuk sangkut kat kolar baju?
oh tidak..tidak...nehi2x..ade lagi 1 faedah sunglasses yang korang akan tahu hanya selepas aku bgtau korang!!!damn!berbelit ayat aku macam belit selendang.agaga.ok!for your information, sunglasses ni sooo sooo sooo berguna untuk pemandu2x tegar yang sedang drive meredah hujan nan lebat!see!korang x caye??kalau tak caya, pergilah drive sekarang sambil pakai sunglasses (make sure hujan lebat time tu)!! tak percaya jugak??!
tengok bawah ni!
*
*
*
*
*
*
tengok tu!!jauh dol beza pakai sunglasses dengan tak pakai time driving meredah air2x langit.!!ape aku nak habaq mai kat sini, bila korang pakai sunglasses, korang akan nampak lagi clear jalan depan bebola mata korang tu.mesti korang kata "hek eleh.sebab tu je.siot!".
oh tidak..aku belum habes membebel lagi.haha.
ok.bile air hujan turun-turun...air bergelombang...korang takkan nampak dengan clean&clearnya jalan depan korang tu!line2x putih yang ade atas jalan tu pun, korang nampak macam cair2x je.hehe.even kalau lebat sangat air, kereta2x yang bertepi-tepian, berpinggir-pinggiran & berdepanan di hadapan korang pun, korang tak brape nampak, especially yang berwarna putih. nampak macam samar2x je.
"eh!ni hantu ke..kereta ke?.."
see?!dan ini boleh membawa kepada kemalangan yang diingini.hehe.maka, trylah pakai sunglasses.insyaAllah dengan bantuan Super Sunglasses, korang akan lebih jelas tengok jalan-jalan raya dan seterusnya menjadi kaya (sewel jap). after wearing SuperSunglasses, korang akan nampak line putih jalan tu dengan extra putihnye & confirm korang nampak dengan jelasnya keretak-keretak (cars)
mengalahkan Superman!!jeng3x!!
tengok!mak aku pun pakai sunglasses untuk keselamatan bersama.aku lak hanya jadi penumpang je kat sebelah. lesen tak ada lagi.hohoho~~ (apsal mak aku macam dah rupa kena wax ni?hehe.edit punye pasal.sorry umi!!)

p/s:tips ni aku dapat dari bapak aku!weee.bapak aku pulak dapat tips ni dari polis trafik.so, lepas ni, janganlah ananda sekalian pelik tengok pemandu2x tegar pakai sunglasses time hujan membasahi bumi dengan lajunya..pergh!ayat!

Monday, December 20, 2010

oh Sneakers!

hari itu aku pergi Times Square hanya, semata-mata, bertujuan untuk cari sneakers! dah lame aku teringin nak pakai sneakers and aku tahu kat Times Square memang banyak kasut lawa.ape lagi!serang TS ar!muahaha!!
bile dah sampai TS tu, aku dok usha la kasut sneakers je kat setiap kedai kasut yang ade kat situ. dari satu floor ke satu floor, dari satu kedai ke satu kedai yang lain...
rupe-rupanya!!!...
jeng.jeng.jeng.
same je sneakers dia!kentut tol!aku ingatkan banyak la design2x sneakers yang ade.rupa-rupanya kebanyakan kedai jual design sneakers yang sama, cuma ade certain kedai je yang lain skit design die.tapi design yang lain tu lah aku tak mampu beli, bcoz of harga die pricey!hihi
ceit!how dare u tipu i
eh!lupa lak aku yang baju2x yang dijual kat TS pun lebih kurang je sebenarnya.hurm.yang membezakan hanyalah lokasi kedai and harga.ok!sambung balik topik sneakers aku!
at last!aku beli sneakers Playboy!yang membuatkan aku tertarik kat kasut tu ialah disebabkan design tepi dia and style ikat tali kasut yang didisplay kat kedai kasut tu!cun seyh!macam style anyaman bakul tu!aku mintak la tolong orang kedai tu buatkan gak macam anyaman tu kat kasut aku
malangnye..
dia tak reti!oh tidaaaaaak!si tukang ikat tali kasut tu dah berhenti kerja.disebabkan aku extra suke dengan design anyaman tu, balik dari TS tu, aku terus carik kat internet camne nak ikat style gitu....and......aku jumpe!!
the result is...
tadaaaa!!!!~
inilah hasil titik peluh aku sendiri.ngee~ naseb baik menjadi tapi tak sepower hasil anyaman si tukang ikat tali kasut tu.adeyh!mula2x aku ikat kasut belah kanan (dalam gambar) tu dulu.then, aku trylah pulak ikat tali kasut tu macam tone warna kasut belah kiri pulak.bile dah siap, tetiba kemalasan melanda pada diri aku.huhu.teruuus aku biar je belah kiri dengan kanan lain tone!wa3x!!!layaaaan je la... ^.^
...hurm (sedang mentafsir fikiran readers)...aku tahu korang mesti nak try jugak kan?!!acecey..malu tapi mahu kan?!so, kat sini aku sertakan sekali cara ikatan lain kot2x la ade orang nak try anyam sendiri gak!tapi make sure, ade 2 tali kasut tau!kalau ada 1 je, aku tak tahulah menjadi ke tak anyaman korang!sekian,time kaseh!kaseh diterima!
p/s:apsal aku rase tak ramai yang suke sneakers?ke salah tanggapan aku?hurm..

Wednesday, December 15, 2010

Camne nak pakai Shawl Subang Berlubang?

Wey!wey!korang!aku nak share something ni!tadi aku sajelah search2x pasal camne nak pakai shawl subang tu. Ye lah wey.semalam dah la aku excited nak pakai benda alah tu kan.tak pasal2 je aku membeli (bukan terbeli.memang nak beli) 5 helai siap dengan beli inner sekali. pergh!Punyelah tengah seronok nak try2x pakai knon nak tiru orang lain lah.entah sesuai ke tak dengan muke aku ni, tu lain kira beb!haha.ni sume pasal terikut2x dengan gurl melayu lain.mane taknye.aku tengok depa pakai cun je!jeles siot!hua2x.
So, balik rumah je aku terus ar try pakai.belit sane.belit sini.tapi, apehal lah aku rase macam serabai mamai sikit,adeyh.haa!kan tak pasal2 aku terus search camne nak pakai shawl subang berlubang tu hari ni!tengah aku searching,bukaking link....tup!sekali aku jumpe 1 website ni!Radiusite name die!die ade anjurkan contest camne nak pakai shawl ar.walawey!!punye seronok aku!sebab ade few tutorials from participants pasal how to wear the subang2.hehe.maybe dah ramai tahu pasal mende alah ni, tapi, bcos aku baru jumpe, ak share ar!tak kira ar aku ketinggalan ke tak.betol x2x?betol3x!!(nada upin upin)
Dari observation aku, aku nampak ar ade yg idea belit sendiri & ade gak yang ulang tayang balik.tapi, tak kesah ar!aku suke je!!sebab... tutorial die guna gambar.so, tak perlulah aku nak free2 je membazir gig tnet aku untuk bukak youtube tengok camne orang pakai &tak perlulah aku nak kena tunggu video tu habes loading.untuk info korang, kebanyakan hijabies yang buat tutorial mule2 akan cakap banyak.adeyh.payah ar wei camni.aku ni dah la pemalas sikit nak pasang telinga dengar ape tips2x die nak bagi.yang penting,teknik nak belit.yeah!.hoho
yang ni ade lagi site aku jumpe, Bukan Belog Jiwang.ade 3 tutorial die bagi.tengoklah! sesape ade jumpe tutorial kat site lain, boleh la contribute gak kat comment :)
p/s:kalau nak tahu, tnet kat Aussie ade on peak &off peak.so, limited nak pakai.kalo kat Malaysia, korang redaaah je brape lame nak gune tnet pun.huhu. that’s why bile kat sane kami terlatih untuk menjadi seorang yang berjimat-cermat dalam menggunakan segala benda.hehee~
 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork