Showing posts with label musykil. Show all posts
Showing posts with label musykil. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Need your O-P-I-N-I-O-N please

Aku pernah cakap kat diri sendiri yang… apa-apa perkataan and ayat yang keluar dari mulut atau dari entry seseorang, melambangkan tahap ilmu and jugak personality seseorang tu. Because of my own words, aku pernah terfikir apa agaknya yang orang lain boleh describe tentang aku bila baca entry aku? aku tahu yang kita ni hanyalah bloggers yang saling singgah menyinggah baca entry orang lain. tapi, setiap orang mesti ada first impression pasal perangai orang tu kan bila baca entry orang tu. so, what do you think about me? seorang yang pendiam? suka bercerita? suka buat hal? it could be anything whether positive or negative. 

so, don't forget to drop your comment! Ngee~~. rasa curious melanda di jiwa..

Tuesday, May 31, 2011

antara Followers dan Fanpage...

semalam, sedang aku berblogwalking menembusi setiap blog dari Kelantan hinggalah ke Kuala Lumpur, (nape mesti sebut Kelantan? jeng2x..), aku asyik terlihat 2 objek di setiap blog yang aku singgah. kalau ikutkan hati, aku teringinlah jugak nak singgah semua blog rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini. syok weyh kalau dapat singgah semua blog. ibaratnya korang dah tawaf 1 Malaysia la katakan. pastu, aku boleh post status kat facebook kata "weyh!aku dah tawaf 1 Malaysia dalam 1 hari!!jangan jeles...!!"
mana taknya.. bloggers Malaysia semakin ramai! ganass...seronok sangat ke ada blog?apa yang korang boleh buat sebenarnya dengan blog picisan ini? huurm. aku rasa aku macam dapat jawapannya..hehehe..

anyway, korang perasan tak 2 objek yang selalu ada dan wujud di setiap blog? aku rasa 2 spesis ini asyik muncul di kebanyakan blog...yang....agak......famous? objek tersebut ialah.... widget followers..dan...Fanpage!! perasan tak? perasan tak? 2 benda ini mesti ada mostly kat setiap blog kan? ye.ye. aku tahu memang common dah bloggers bubuh benda itu. tapi korang pernah tak usha nombor followers di widget followers dan nombor manusia yang like fanpage sesebuah blog itu? korang pernah tak bandingkan bilangan followers mereka? haa. inilah yang buat aku tertanya-tanya ni. kenapa... bilangan followers blog selalunya sangat berbeza dengan bilangan orang-klik-like-kat-fanpage?
(ini contoh fanpage)

ini yang aku musykil ini. okay, jom kita buat perbandingan.. huurm. sepanjang aku blogwalking (aku blogwalking sebab followers tak seramai korang. kalau dah ramai gila babeng followers, aku tak blogwalking dah..patutlah tak ramai-ramai followers. huhu), apa yang aku notice ada 2 jenis like. okay. aku klasifikan jenis like ini kepada Like-spesis-A dan Like-Spesis-B.
Like-Spesis-A
Like-Spesis-A mempunyai bilangan orang-klik-like-kat-fanpage lebih ramai daripada bilangan followers. contohnya, followers dia 2 ribu tapi orang-klik-like-kat-fanpage adalah seramai 5 ribu!!! ganas.. ganas..
Like-Spesis-B
spesis ini pula mempunyai bilangan followers yang lebih ramai daripada orang-klik-like-kat-fanpage.contohnya, followers ada 4 ribu tapi orang-klik-like-kat-fanpage ada 1 ribu je. ooowh. gitu
(ini contoh followers)

so, agak-agaknya antara 2 spesis like ni, mana korang lebih prefer? ataupun blog mana yang korang rasa lebih hotstuff? adakah blog bercirikan like-spesis-A? ataupun blog yang mempunyai ciri-ciri like-Spesis-B? hurmm... kalau aku, aku rasa blog Like-Spesis-A lebih hotstuff. menurut teori aku, secara logiknya, lebih ramai yang ada account facebook berbanding account blogspot. ini bermaksud orang yang ada fb tak semestinya ada blog. so, sepatutnya lebih ramai orang-klik-like-kat-fanpage daripada orang tekan butang followers kan? malahan, kalau dikaji secara lebih mendalam (takdelah mendalam mana. surface je pun), orang yang klik like kat fanpage maknanya dia nak tahu lebih banyak lagi pasal tuan blog tu kan?ibarat artis gitu.. tapi tahap blogger. ye lah. kalau fb, tuan blog tu boleh update "hey!new entry dah up! jom terjah!!", ataupun update mood seperti "bosannnya hari ni..." ataupun upload gambar aktiviti-aktiviti mereka. so, orang yang like fanpage ini sentiasa tahu uptodate lah pasal tuan blog tu! lagipun, tak semua penulis blog always tulis entry mengenai kisah hidup dia. itu je lah point aku. pendahuluan je panjang. isinya... apa kata korang lak yang bagi pendapat? ngee.

p/s: sebenarnya aku tak kisah bilangan followers dan fanpage sesuatu blog itu lain-lain. aku musykil je. ngee.
terima kasih kerana membaca!! :)
 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork