*sedang makan bubur lalu hati ni terpanggil untuk share info
mengenai tonsil infection yang sedap aku alami sekarang. ”
Aku assume ramai lagi yang tak tahu pasal tonsil bengkak
atau infection. Sebabnya bila aku tanya rakan sekeliling, semua buat muka noob
aka tak tahu. Menurut hypothesis ifa athirah, jikalau rakan-rakan ifa tidak
tahu, maka ada kemungkinan tinggi ramai lagi yang tidak tahu mengenai sakit tonsil.
Berdasarkan hypothesis itu, aku dengan berbesar hatinya nak cerita kat korang mengenai
sakit tonsil based on pengalaman aku sendiri. Sebab utamanya ialah kami mungkin
nampak normal, sihat lagi kuat. Malangnya luaran kami tak mencerminkan dalaman
kami. Dalaman…. terseksa wa cakap lu! Seumpama orang putus cinta. Muka rock
tapi hati tergores lagi merobek. Haha. Tapi, dalam kes ini yang merobeknya
ialah tekak aku.
Untuk pengetahuan korang dan berdasarkan pengalaman hidup
aku.. ceewahh… bunyi macam aku ni dah tua sangat je. Okay. Ada dua jenis sakit
tonsil. Satu nama dia tonsil bengkak. Satu lagi tonsil infection, which is ada
beberapa tompokan putih pada tonsil itu. Kalau tonsil bengkak, itu kes normal. Paling-paling
pun, aku hanya demam dan tekak aku tak sakit pun. Tapi, kalau dapat tonsil
infection, itu kes luar biasa because it is freaking painful and pertama kali
aku faced sakit ni. Tonsil infection telah menyebabkan aku jadi seorang yang
pendiam dan pemalas. Semuanya gara-gara symptom tonsil infection iaitu rasa jaw
sakit dan bengkak, gigi sakit seolah-olah macam nak tumbuh gigi baru, tekak
sakit especially bila telan air liur dan minum air, urat leher sakit, kepala
bengong, mata terasa panas dan demam.
Selain itu, tonsil infection menyebabkan orang sekeliling anggap
aku sedang menghadapi regime diet yang strict gara-gara makanan aku setiap hari
hanyalah bubur dan sup sahaja. Padahal tekak ni tak mampu nak telan nasik
apetah lagi makanan pedas. Rasa macam ada beberapa jarum dalam tekak. Asal telan
je, jarum tu cucuk- cucuk tekak aku. Asal makan je, aku end up, tangan asik
menekup dahi dan muka berkerut menahan kesakitan. Masalahnya, aku akan terbuat posisi sama bila
minum air. Padahal air sejuk je. Tak pedas pun. Tapi, effect air tu lalu kat
tekak ni membuatkan kepala aku bengong lagi bengang jadinya. Haha.
The worst feeling bila aku tak mampu nak fokus pun buat
kerja sekolah gara-gara menahan kesakitan. Sediih la gua macam ni. Sebagai
pesakit tonsil infection, aku kena banyakkan berehat dan memang aku banyak
berehat aka tidur. Kalau aku sedar, aku tak larat nak tahan rasa sakit. Nak fokus
study pun tak boleh. On the other hand, bila aku tidur, aku tak rasa sakit. Tapi,
aku memang tak study la waktu tidur. End up, aku tak buat apa-apa. Huwwaaaaa T_T
Apa pun, aku still bersyukur sebab tonsil infection tu kena pada sebelah tonsil
je. Bukan dua-dua belah. Kalau terkena dua-dua belah, serius, aku akan menangis
setiap hari sebab rasa sakit dia akan jadi dua kali ganda. And then ada
probability aku jadi kering sebab tak makan sangat. Peergh.
Maka, tamatlah info aku pasal tonsil infection. Kalau ada
terdengar rakan-rakan korang terkena, maka, faham-faham je lah kondisi diorang
macam mana ye. Perit gaban wooooo!






