tadi, aku dan housemate aku pergi beraya di rumah membe kitorang yang terletak di city. kalau di city tu maknanya memang parking penuh di tepi jalan sebab hari ini ialah hari friday night diorang. kalau umat islam, hari jumaat ialah hari kaum lelaki pergi solat jumaat secara berjemaah. tapi, kalau di Adelaide, ialah hari kaum lelaki pergi kelab malam secara berjemaah dan ber"mesra" bersama gadis-gadis saleh.
disebabkan parking penuh, kitorang pun decide park kat satu tempat yang berdekatan jugaklah dengan kawasan apartmen membe kitorang tu. mula-mula sedikit teragak tapi disebabkan dah terdesak takde parking sangat, kitorang pun park je lah kat kawasan tu. aku rasa no harm kot nak park situ. lagipun mereka solat waktu hujung minggu je. sejurus keluar dari kereta, kitorang cepat-cepat blah dari kawasan tu. dah la kawasan tu memang di tepi jalan, so memang pemandu-pemandu dalam kereta boleh nampak clear la sesiapa yang keluar dari kawasan tu.
so, sewaktu kitorang baru sampai di rumah membe kitorang, salah satu tetamu kat situ bertanya kat mana kitorang park kereta sebab parking full seyh. aku dah gelak-gelak tersengih sebab tak tahu nak bagitahu ke tak. aku pun tanya shikin (salah 1 housemate aku), "
weyh, nak gitau ke?"
shikin pun terus menjawab soalan tetamu tu "
err. kitorang park kat kawasan dalam gereja.hehe"
muehehe. macam tak percaya je tapi itulah kebenarannya. aku bukan nak berlagak, okaay??. tapi, itupun dikira kawasan parking. apa salahnya. sharing is caring kan? kalau sesiapa yang terlalu rigid bab-bab camni, mesti tak suka dengan entry ni, confirm punyerrr~.
nampak tak kat belakang tu ada kereta?tu lah kereta kitorang yang sedang berlepak dalam kawasan gereja tu.