kebaya maroon: beli di Sarawak; tudung: pinjam Ashikin (jiran sebelah bilik); brooch: Ampang Park; accessories lain: takde sebab nanti nampak serabut.
ingat lagi tak cerita The Red Kebaya lakonan Vanidah Imran tu?? ala.. yang cerita dia pasal...err.. aku pun tak ingat jalan cerita dia walaupun aku tengok. lalala. takpe-takpe! yang penting sekarang, Vanidah Imran ajak aku collaborate dengan dia dalam the next movie tu. WOW!!! bahagia siot! aku bakal berlakon jadi adik angkat dia. giler ar! mentang-mentang aku pakai kebaya warna merah-merah skit, dia terus ajak berlakon. thank u kak Vee!!! saya akan berusaha sebaik mungkin!
aku tahu korang jeles dan tertanya macam mana aku dapat tawaran sebegitu. sebenarnya, as usual, aku karut je. takde maknanya nak dioffer berlakon. saja nak tarik perhatian korang supaya baca entry ni. kalau tak, mesti korang setakat nampak updated entry dari geekintherainbow kat dashboard, pastu scroll down carik entry yang lebih best untuk di open link kan? aku tahu sebab aku pun macam tu! muehehe.
anyway, nilah baju raya kebaya aku versi labuh! ho yeah! ho yeah!