Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Tahukah Anda: Cara Merawat Tonsil Infection



entry ini sambungan daripada

Sedang bergayut dengan bapak di telefon, tiba-tiba bapak aku bagi cadangan, “updatelah pasal cara nak merawat tonsil. Ni lid tengok banyak cakap pasal fashion jee. Kena lagi informative ni”. Setelah mendengar proposal dari ayah aku, aku dalam keadaan muka yang sangat cool dan sedang bersila di atas kerusi, menjawab “rileeeek lid. Teknik kena ada. Cara nak rawat tu faya buat untuk next entry. Nanti tulis panjang-panjang bukan orang baca sangat pun. Rugi..rugi..“

Maka, entry kali ni aku listkan regime yang aku amalkan untuk mendapatkan kembali tonsil aku yang normal dalam masa seminggu sekurang-kurangnye! Bunyi dah macam cara nak kuruskan badan kan. Nampak same tapi tak serupo. Hoho. So, antara regimenya ialah:

1.       Makanan yang lembut
Disebabkan tonsil aku, aku terpaksa shopping makanan khas untuk tonsil! Ngade-ngade tau kau ni tonsil. Makanan nak demand betol. Makanan normal tak nak. Ni nak makanan yang lembut-lembut je semua. Ala-ala makanan baby gitu. Besides, waktu membeli tu, aku kena bayang yang aku ni baby. Tapi, baby versi dah baligh la. Hehe. So, sebagai baby, apa yang aku boleh makan?

Dengan menggunakan prinsip “aku baby”, aku telah membeli makanan yang aku rasa tak sakit sangat bila nak telan. Such as pancake, telur (untuk buat telur 3 suku), campbell soup atau apa-apa sup yang takde benda keras dalam dia, bubur instant, roti sandwich (tak sama macam roti 4 segi tu), yoghurt and instant mashed potato. Generally, tekaan taste tonsil aku terhadap makanan lembut memang betul.

Korang mesti terfikir “bubur pun nak beli instant?? Bapak malasnye minah ni”. Chilleeex. Korang kena faham. Bila tengah sakit, masak apa-apa pun confirm tak sedap. Haritu aku dah try masak sendiri. Hangit siooot. Haha. Tak larat punyer pasal. So, kalau nak buat bubur sendiri, lebih baiklah mintak tolong orang rumah masakkan ye. Trust me. Kalau masak sendiri, ke tong je la ghupenya. Tak pon, untuk sedapkan hati, simpan bubur dalam fridge lama-lama. Bila keluarkan dari fridge, tengok bubur macam dah tak elok. See. Ada alasan munasabah nak buang kan. Ekeke~
     pancake letak butter&honey, mashed potato and telur 3 suku masak
 
2.       Air yang lembut
Air pun kena memilih. Jangan nak gatal-gatal sangat minum air rasa pelik-pelik termasuk jugak air yang masam-masam. Macam haritu waktu shopping untuk tonsil, ada stall kecik kat dalam pasaraya tu. Kiranya dia tengah promote air smoothie la lebih kurang. Dah nampak ada tester, takkan tak nak rasa kan. Rezeki datang jangan ditolak babe. Aku fikir mungkin tonsil aku boleh collaborate dengan perisa smoothie yang dipromote tu. aku try la perisa blackberry. Sekali smoothie tu pass by tonsil aku, peeergh… Nauzubillah! Serius derita. Menyesal gua minum -_-.

So, kalau nak minum tu, biar air yang rasa soft macam susu ke. Air kosong boleh la walaupun still rasa sakit jugak. Actually, untuk air aku ada beli pisang sebab nak buat smoothie. Berbalik kepada prinsip “aku baby”, smoothie pisang okay jugak sebab rasa dia soft dan tak masam. Kebetulan tak boleh telan sangat makanan termasuk nasik, smoothie macam ni elok untuk kasi kenyang la.  Tapi, aku minum smoothie ni waktu tonsil aku nak baik sikit. Tak sempat try waktu tonsil infection tengah hardcore.
 untuk buat banana smoothie, aku bubuh skim milk yang sejuk, 1 sudu serbuk cocoa (versi pahit),
 1 sudu nutella, 1 sudu peanut butter jam, 3 pisang (ni untuk betul-betul rasa kenyang). 
tak bubuh ais sebab gua mahu pureee

3.       Ubat herba dan antibiotic
Nama pun sakit, ubat kenalah makan kan. Obviously bila aku sakit tonsil, confirm dapat antibiotic. Before this, kalau tonsil bengkak, aku dapat antibiotic yang wajib dihabiskan untuk 2 minggu tak silap aku. Tapi, tonsil infection yang aku kena kali ini, ubat antibiotic dia sampai sebulan?! Peergh! Caya lu tonsil! Memang nak kenakan aku kaw kaw ni. Haha.

in clockwise direction: ubat antibiotics, vitamin echinacea,
 paracetamol (demam) and gula-gula herbs Ricola

Untuk pengetahuan korang yang tak pernah dapat antibiotic, antibiotic ni wajib dihabiskan. Kalau tak habis, ada high possibility yang aku akan dapat lagi tonsil infection and it’s gonna be worse berbanding tonsil infection yang aku kena sekarang. Tak nak woo. Tobat aku. Tapi, antibiotic ni bukanlah dapat soothe kan sakit tonsil aku dengan cepat. So, aku buat sedikit research ubat lain yang aku boleh makan untuk mencepatkan penyembuhan. Apa yang aku discover ada few herbs yang membantu percepatkan soothe tonsil ni. Antaranya ialah goldenseal, Echinacea purpurea dan cat’s claw.

So, aku pun carik herbs tu di bahagian vitamins. So far, aku jumpe banyak vitamins yang mengandungi Echinacea purpurea. Yang guna herbs lain, kawe dok nampok pulop deh. Seriously this herbs memang membantu. Kalau aku hanya makan antibiotics je, tonsil aku masih rasa painful lahabau. Tapi, kalau aku makan antibiotics dengan herbs ni, tonsil tu rasa lega sikit. Tak teruk sangat pedihnya. insyaAllah, within a week, tonsil aku cepat reda. wohoo!
    yang atas ni gula-gula herbs. aku makan waktu tengah saja-saja sebabnya 
kalau biarkan mulut takde pape, rasa sakit tonsil tu lagi terasa. yang bawah pulak ialah 
vitamins yang ada herb echinacea which is elok untuk upper respiratory system
 
4.       Permbersihan katil
Yang ini memang penting. Nampak macam takde kaitan nak compared dengan point lain, tapi sebenarnya ada. Bila kena tonsil infection, aku ada tendency kena demam. Dia saling memerlukan la. Ada tonsil, mesti ada demam. So, after korang rasa demam dah nak baik, selalunya dalam masa 3 hari, maka tukarlah cadar anda. Macam aku, aku tukar cadar baru. Lepas tu, selimut yang aku pkai tu, aku spray febreeze and then jemur bawah matahari. Biar jahanam segala bakteria kat selimut tu. Muahaha.
 kalau perasan corak kat lengan baju tu, aku pakai baju tidur lagi. 
bughuk ghupenya anak dara tak mandi lagi walaupun hari dah terik.ekeke~

Setelah mengikuti amalam-amalan yang aku amalkan, insyaAllah tonsil infection akan cepat reda and insyaAllah reda dalam masa seminggu. Sekurang-kurangnya, after seminggu korang dapat makan nasik walaupun maybe rasa sakit tu ada lagi sikit. hehe. Semoga membantu =D

p/s: semua gambar guna Samsung Note 2.

Monday, February 13, 2012

ya Rasulullah, berilah salam

*kalau rajin bacalah sampai habis. insyaAllah korang boleh benefit something dari entry ni ^_^

Sementara menunggu ishyak masuk, tv alhijrah dibukak. Aku tak ingat apa nama rancangan tu tapi it’s sort of combination sedikit rancangan Teksi Tunai and more to islamic. Ni first time aku tengok rancangan ni. Kau tahu-tahulah je lah bila syaithan (sebut shai-thoooon) menghasut kau, ingat senang ke nak melawan kalau kita leka? Damn! I hate u setan! So, how come aku bukak tv alhijrah pulak? Itu kerja ayah aku. Alhamdulillah.. at least bila ayah aku pegang remote, takdelah aku control tv and terautomatically terus tekan next program. aku tahu aku bukannya bagus sangat but I’m trying to be a more and more better person! ^_^

Back to the topic. Rancangan ni konsepnya simple je, untuk episode kali ni la. aku tak pasti untuk episode lain macam mana tapi aku jamin the next episode gonna be more interesting. Episode kali ni, dia nak tahu the first thing yang passenger akan sebut bila naik teksi. kalau korang, ape korang akan cakap? Say “whatssss up pakcik! Pakcik ada whatsapp?”. Atau korang akan cakap “wangsa maju? (tanya driver teksi tu diorang boleh hantar ke tempat tu atau tak”. Atau korang bagi salam?

From the survey, it turns out 2 out of 5 person saje yang bagi salam bila masuk je teksi! Yang selebihnya, masuk macam tu je. So, what’s the point rancangan ni nak tahu kita bagi salam ke tak? apa yang host ni buat kat passenger yang tak bagi salam ni? Yeah..yeah.. host ni tahan teksi tu pastu tanya passenger tu,  “awak bagi salam tak?”. And then, this passenger say, “bagi salam ar!”. This host pun katalah, “awak sure ke bagi salam? Sebab kamera ni jadi bukti.” (depa pasang kamera tersorok dalam teksi tu). Kau boleh bayangkan macam mana rupa orang yang dah kantoi cakap tipu? Muka senyum macam kerang busuk la. J

Host tu sambung lagi tanya, “agaknye kan, kalau Rasulullah ada pada zaman sekarang, lu rasa apa baginda akan cakap bila masuk teksi?”. Passenger ni jawablah, “bagi salam….”. host tu tanya lagi!!, “apsal ek orang susah nak bagi salam?”. Si passenger ni pun reply, “sebab busy la bro. banyak kerja. Sampai terlupa dan tak teringat nak bagi salam”. Maka, apa host tu cakap bila dapat feedback macam ni? Host tu pun katalah dengan nada yang penuh hemah,  “Rasulullah masih boleh bagi salam setiap kali jumpe orang walaupun baginda busy giler dan menanggung tanggungjawab lagi besar sebagai pemimpin. Sedangkan kita yang busy tak seberapa ni and kerja busy tahap makan gaji boleh lupa nak bagi salam..”. (cara host tu cakap lebih berhemah la and dia cakap bahasa arab. Ni aku tibai bahasa melayu pure pasar kasi korang faham maksud yang aku nak sampaikan.hoho ). Passenger tu sedar and aku boleh nampak dia betul-betul sedar and the best thing dia boleh terima dengan hati yang terbuka. Bukan senang wey sekarang nak jumpa orang yang berhati terbuka. Many people are soo egoistic and they think diorang je betul. Orang lain salah.

So, daripada rancangan ni, korang bayangkanlah.. perkara sekecik bagi salam ni pun, kita jarang dan tak selalu buat, apatah lagi sunnah Rasulullah yang lain. selalunya macam tu lah, lagi senang nak buat pahala lagi malas nak buat. haish.. Aku yakin rancangan ni bagus because caranya yang simple and the most important thing, cara host tu sampaikan dakwah kepada passenger yang tak bagi salam ni. Dia tak condemn. Dia tak cakap nak kata dia lai bagus daripada passenger tu. Tapi dia guna hujah yang sesuai dan kaitkan dengan Rasulullah. Cuba kalau dia tak kaitkan dengan Rasulullah. Aku tak rasa sesetengah orang ambik port and kisah sebab mungkin diorang tak ingat pun pasal Rasulullah! Wallahua'lam.. But, that's the truth pada zaman sekarang ni. Walaupun host tu sampaikan cara baik, tapi ada jugak yang egoistik tak nak terima kenyataan yang dia salah. huuurmm

Sunday, November 20, 2011

macam mana aku overcome takut kat kucing

aku ingat lagi waktu aku kecik-kecik dulu aku sangat takut dengan kucing. dengan serangga tak takut tapi kucing takut. mungkin sebab serangga kecik je kot sampai boleh genggam dalam tangan.

walaupun nampak comel montel fluffy, tapi disebabkan kuku diorang, gigi taring diorang kot yang buatkan aku takut. or maybe sebab depa suka gigit dan cakar-cakar bila nak main. waaaa! takut dowh. ada sekali tu, Chokie (kucing aku. dah Rest In Peace dah tapi tak tahu kat mana) nak main-main dengan aku. kau tahu-tahu je lah kan kucing waktu kecik memang suka main terkam-terkam tu. mula-mula, dia dah start tunduk, tonggeng bontot pastu goyang-goyang bontot.
 "aaah sudah! ada petanda nak terkam pastu lompat macam orang gila le tewww"
(kalau korang ada kucing kecik, mesti korang boleh bayang kejadian ni). aku cuak aku terus lompat atas sofa!!!pastu aku jerit-jerit panggil ayah aku!
"lid!lid!! tengok Chokie ni.huwwwaaa!!!kentut ar ko Chokie!!"

bila dah lama-lama hidup,makan, minum dengan Chokie, takut kat kucing tu hilang dengan sendirinya. aku dah berani nak main cakar-cakar dengan dia. wa tak heran la dengan gigi taring lu! aku siap boleh gantung Chokie macam kambing bakar. alah. yang pegang kedua-dua tangan and kaki dia, pastu bagi dia hanging. haaa. boleh bayang? disebabkan takut kat kucing dah hilang, aku jadi sangat berani kat kucing. semua kucing yang aku jumpa aku nak pegang dan usap. disebabkan berani sangat sebab waktu kucing tengah bergaduh pun aku nak join, itu menyebabkan kucing terbiar pun lari bila nampak aku. wuuuu. kesian. kesian.

tapi, sekarang aku tak seobses macam waktu kecik dulu. i'm referring to "nak pegang semua kucing yang aku nampak". but seriously aku suka giler kat kucing. terlalu comel rasa nak picit-picit je. ngee~

that's it for today! bye!

Thursday, June 2, 2011

MUST READ. topic HOT terkini di Malaysia

sekarang ini tengah famous rakyat Malaysia tak kiralah yang ada blog, atau tiada blog bercakap pasal seorang budak tu yang menjadi topic trending di Twitter. aku malas nak cerita pasal budak itu. dah memang ramai sangat yang menyebar berkenaan isu itu. masing-masing menggunakan medium seperti twitter, blogspot, facebook dan sebagainya untuk sebarkan perkara buruk atau baik mengenai budak tu. siap ada yang buat fanpage "kami benci....." bab-bab fanpage ini, memang cepat je ada orang yang create dan like. tapi, bab-bab solat di awal waktu, ramai tak yang buat? (apehal aku sinis sangat ni?ehehe. sorry. joking ^ ^ )

okay-okay. sebenarnya aku memang tak pernah buat entry mengikut trending semasa. kisah prince william kahwin ke. orang simbah asid ke. tak pernah lagi la aku buat topik pasal mende-mende hot tu. tapi, kali ini aku rasa nak buat entry berkaitan topik yang tengah HOT sekarang. aku taknak cakap pasal budak itu. tapi, aku nak berdiscuss pasal orang yang menyebarkan cerita tentang budak itu.

say no to SYAITAN! jangan biarkan SYAITAN mempengaruhi perlakuan anda

hurm. memang dah ramai sangat yang dah buat entry pasal budak tu. ada yang mengutuk, ada yang memberi nasihat. kalau mengutuk, siap pampangkan besar punya gambar budak itu. ada jugak yang sertakan link blog budak tu. tapi pernah ke orang yang buat entry mengutuk budak tu terfikir yang membuka pekung dada orang lain pun boleh membawa kepada dosa? ye aku tahu yang budak itu buka dada sendiri (errr. bunyi lain pulak. buka pekung dada ye kawan2x). dia yang dengan bangganya mengaku sendiri perkara yang dia buat tu. tapi, apa yang dia tulis, yang membacanya mestilah followers dia, itupun tak semua yang menjadi followers dia baca setiap entry dia. dia takde lah pulak tweet mengatakan "yes.i've lost my..." (kot2x ada, aku tak pasti pulak tu). tapi, bila orang yang mengutuk terang-terang pasal budak ini, dia dah membuatkan lebih ramai tahu pasal pengakuan budak itu. lebih ramai dapat tahu perlakuan buruk budak tu. bukankah ini juga membawa kepada....?

kenapa orang yang menyebarkan perkara buruk pasal budak (budak ini sendiri yang dah mengaku terang-terangan) ini tak berurusan straight to the point ke budak tu? hurm. maybe dia tak tunjuk email dia so kita tak dapat nak contact dia. maybe boleh try cari dia di facebok dan send message kat dia. ataupun bagi nasihat kat wall post dia? perlu ke kita post entry pasal budak tu, mengutuk-ngutuk siap dengan print screen sekali entry dia tu, pastu kita nasihat dia "dik. lebih baik u delete entry u tu" (hurm.buka pekung di dada lepas tu nasihat. +dosa+pahala=zero) korang pasti ke dia akan datang membaca entry nasihat korang tu? dah la ramai sangat yang dah buat entry mengutuk pasal budak ini. ada probability dia terbukak blog korang? macam mana pulak kalau dia dah delete entry tu dan di blog korang masih lagi ada entry buruk pasal budak itu? bukankah itu membuka pekung dada budak itu dan membawa kepada dosa? and, for your information, yes. budak tu dah delete entry hot dia tu. so, lepas ni cukup-cukup lah ek. tak payah mengutuk dah. takde sesiapa pun di dunia ini yang suka orang menegur mereka secara kasar, kesat dan caci-mencaci.
itu je lah aku nak tulis setakat ini. malas dah tulis panjang-panjang. aku harap sesiapa yang pernah buat entry buruk pasal budak itu, sila delete ye :) time kasey :)

p/s: this is my personal opinion. and correct me if i'm wrong.

Friday, May 20, 2011

1 cara menghilangkan mood negative dalam diri (cara GeekintheRainboW)

hai semua!! hari ini just nak buat quick update on my new entry. aku kena update selalu. kalau tak, readers aku lari. huhu. walaupun followers aku sentiasa berada di blog aku, tapi yang membacanya bukan semua orang. wuuu. kasihan saya (padan muka kat diri sendiri!!)
Okay.. sebenarnya tadi aku sibuk mencari maklumat untuk assignment aku (berapa banyak assignment daa). nak buat macam mana babe. exam mid year dah nak dekat. ada lagi 2 assignment perlu dihantar. semalam, sehari suntuk jugak aku cari maklumat untuk assignment aku ini. hari ini pun aku sambung cari lagi. ya Allah. rasa macam nak muntah je. bila lah nak habis assignment ni. adeyh2x. 

tepat pada pukul 4 petang tadi, sewaktu cuaca seakan-akan sedikit redup, mood aku telah bertukar dari semangat nak siapkan assginment ke mood kebosanan. tetiba je aku rasa macam tu. nak kata datang bulan, aku baru je lepas (kantoi sudah.). adakah aku bosan sebab asik terperap je dalam rumah? huurm. ada possibility la jugak. dah lama tak exercise gara-gara berjiwa kental siapkan assignment. so, back to the story, aku decide pergi ke belakang rumah. konon-konon nak cuci mata usha pemandangan pokok favourite aku. tapi, lain pulak jadinya. tetiba aku nampak pokok favourite aku tu mengalami keluruhan rambut (aka daun) yang dashyat.
"ting3x!!"
tetiba dapat idea nak ambil gambar necklace-necklace yang aku baru beli untuk dijadikan giveaway Colorgirl. 

so, bermulalah sesi photoshoot dengan necklace-necklace aku. serius aku rasa happy. aku tak tahu kenapa. maybe sebab aku rasa semangat nak dapatkan gambar yang cantik sampaikan lupa sekejap perihal assignment aku. bila fikir-fikir balik, aku rasa salah 1 cara nak hilangkan mood negative ialah dengan buat benda yang aku minat. bila minat, korang akan tenggelam sebentar dalam dunia korang sendiri. korang hanya berfikir dan tumpu kepada benda yang korang minat tu. macam aku, aku sangat suka fotografi. bila aku sedang tangkap gambar, aku rasa happy. aku berpuas hati sebab dapat tangkap angle yang cantik. kalaulah korang perhati kelakuan aku time aku amik gambar, ada possibility korang akan ingat aku gila. sebabnya, aku mesti akan tersenyum sorang-sorang bila berjaya dapat tangkap gambar cantik. tetapi aku akan bermasam muka bila tak berjaya tangkap gambar seperti yang aku nak. so, this is my way untuk kurangkan stress dalam diri. :)

dalam banyak-banyak necklace yang aku tangkap gambar tadi, ini yang paling aku suka. aku beli semata-mata untuk date dengan si Bruang. aku dah plan nak pakai baju tema sweet-sweet lembut-lembut gitu. awww.

p/s: time buat entry ni, otak aku bercampur paur nak decide buat entry pasal apa. the result is = entry meraban!!!huh!

Wednesday, May 18, 2011

Always Lend Your Hand

hai semua!!apa khabar??dah lama tak nampak korang semua (berbisik dalam hati : ye la.aku dah lama giler tak update. memanglah tak nampak followers aku). muehehe. okay. hari ini aku nak bercerita kepada korang kisah benar yang bertajuk.... Tolong-Menolong. (dah macam kisah benar dalam tv3 lak tapi versi sikap positif. bukannya kes curi kereta, tipu awek dan mintak tolong along. hoho)
huurm. macam ni. dalam hidup ini, kita tak boleh hidup sorang-sorang. kita perlukan membe untuk bersuka ria, berduka dan mengshare cerita-cerita gosip. kita perlukan ibu bapa untuk membimbing kita ke arah jalan yang lurus lagi benar. kita perlukan teman hidup untuk membiakkan keturunan kita. (err.. macam tak kena tempat je ayat last tu. lantak ah..contoh je. ngee)
kadang-kadang bila kita susah, orang sekeliling yang akan tolong kita, sama ada kawan, orang asing, ibu bapa atau pakwe korang sendiri. apa yang menyebabkan depa semua ini nak tolong korang? depa tolong sebab korang kesusahan. sebab depa ikhlas nak tolong. samalah jugak dengan kita.
kita pun kena mempunyai sikap ikhlas nak tolong orang. contohnya......(ini bukan contoh. ini kisah benar)

pada suatu hari, di waktu petang, sedang seorang budak (aku) mengGoogling, tetiba ada bunyi
"haaaaa....ayam goreng!!!! (bunyi upin ipn)"
budak itu terkejut lantas membuka mesej. budak itu dapati membe sekelas dia memerlukan pertolongan fulus. membe sekelas itu berkata kad banknya sudah ditelan ATM machine dan dia memerlukan duit untuk membeli stok makanan rumah. budak itu pun terus setuju meminjamkan duit sebab bagi dia adalah penting untuk tolong orang yang dalam kesusahan. beberapa hari kemudian, budak itu membuat assignment. keesokan harinya, assignment tersebut perlu dihantar tetapi budak itu still tak siap lagi assignment. (padan muka! siapa suruh buat last minute). so, budak ini pun mintak tolong membe sekelas dia yang pinjam fulus tu. tadaa!! membe sekelas budak itu siap bagi jawapan penuh untuk assignment. itu. budak itu pun berjaya menyiapkan assignment dan sempat menghantar 10 minit sebelum submission ditutup. sekian, terima kasih..
haaa. tengok tu! tengok tu! penting kan tolong orang. bila korang dalam kesusahan, orang yang korang pernah tolong berwilling untuk tolong korang. 

tapi, korang kenalah berpada-pada dan berhati-hati. nak tolong pun kena memilih. maksud aku, kalau korang (especially perempuan) tengah drive sorang-sorang, tetiba ada kereta rosak tepi jalan. korang tak payah berhenti. tak payah tolong orang tu. korang terusssss je. sebab, dunia sekarang ni, macam2x boleh berlaku. ada possibility yang orang mempunyai kereta rosak itu nak cari mangsa untuk dirompak. aku tahu niat korang baik nak tolong. tapi, kena utamakan keselmatan diri jugak. ala. takpe. korang berniat baik pun dikira pahala. hehe.
sekian, time kasih.

p/s: entry meraban sikit. dah lama tak tulis entry. ngee~
nway, aku terharu!!!! sebab, walaupun tak update blog gara-gara terlalu banyak assignment, tapi masih ada orang sudi follow blog busuk ni. haip! arigatok!!!
 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork