Monday, January 2, 2012

Diari seekor tupai

p/s: this is a true story about a little squirrel who accidently entered into my house! Tapi, tulis dari perspektif tupai la.

31 December 2011   
Pada suatu pagi yang indah, sedang hamba berlompat dari satu pokok ke pokok yang lain, hamba terjumpa sepohon pokok bunga yang sungguh cantik dan meliar. Seingat hamba dan hasil dari curi-curi dengar perbualan antara ahli tuan rumah ni, pokok bunga ini datang dari Perak. Wah! Sungguh jauh perjalananmu wahai bunga cantik. Pokok bunga ini tinggi menjalar sampai ke atap rumah. Rasa curious dalam diri hamba ini melompat-lompat ingin tahu apakah yang terdapat di penghujung atap rumah ini. Adakah mungkin ada buah-buahan yang lagi sedap di atas rumah ini? huurm..

Hamba pun memberanikan diri menjelajah atap rumah ini. berjalan-jalan dengan riang ria nya. Setibanya hamba di atap rumah ni, hamba rasa bagaikan kaca terhempas ke batu. Yang hamba sangkakan pokok buah rupa-rupanya tiada di depan mata. huurm. Dengan penuh rasa sedih dan hampa bagaikan air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam, nampaknya terpaksalah hamba turun kembali ke tanah. Hamba pun menoleh ke belakang.

Tetapi, sebaik sahaja hamba menoleh ke bawah, hamba rasa seram sejuk!! Tangan hamba ini tiba-tiba menggigil tak tentu hala. Nak kata hamba ada penyakit parkinson, itu tidak mungkin! Hamba masih muda bergetah lagi! Tinggiiiinya rumah ini!! Rupa-rupanya hamba ni gayat binatangnya!! Alamak! Apa hamba perlu lakukan??! Tidaaaaaaak!! Nampaknya hamba terpaksa mencari jalan keluar alternatif. Hamba pun meneruskan perjalanan. Masa berlalu dengan pantas, matahari pun sudah mula menunjukkan diri. Berpeluh-peluh bulu ketiak hamba dibuatnya. Banyak selok belok yang terpaksa hamba lalui. Sudah lah gelap. Haish.

Walaupun hati berdebar-debar dek takut mati keseorang di atas atap ni, berkat instinct dan semangat yang kuat, hamba meneruskan perjalanan dan akhirnya hamba ternampak satu cahaya! Walaupun bercahaya, tapi ada bau busuk datang dari arah cahaya itu. Hamba pun menutup hidung dek tidak tahan dengan bau busuk itu dan mendekati cahaya itu. Hamba pun menjenguk lubang cahaya itu dan hamba dapati ada manusia di dalam lubang itu! Terkejut hamba sebab nampak manusia bogel buat pertama kali dalam hidup! masyaAllah!! Bukan saja bogel, bahkan manusia itu sedang melabur. 

nampak tingkap itu?dari situlah hamba terjatuh ke bawah.

Disebabkan terkejut bagaikan terkena renjatan elektrik, hamba terpengsan beberapa saat dan hamba berasakan diri ini melayang ditolak angin. Rupa-rupanya hamba terjatuh! Nasib baik hamba jatuh ke dalam kolam. Jikalau hamba jatuh ke lantai, masuk ICU lah hamba nampaknya. Fuuuh. Selamaaat… sebenarnya air kolam itu sungguh dalam bagi tupai kecil macam hamba ini. tetapi, berkat hasil pembelajaran hamba dalam kelas swimming, hamba berjaya berenang berenang di muara. Cuak jugak hamba waktu itu! Menngelupur hamba berlarian di dalam bilik yang basah itu untuk mencari jalan keluar. Ditambah lagi dengan suara manusia bogel itu yang menjerit mintak tolong sebab terkejut dengan hamba yang tiba-tiba jatuh dari langit, membuatkan hamba lebih cemas dan ketakutan!


inilah kolam kecil yang hamba perkatakan itu.

Nak panjat dinding itu, hamba tak mampu. Terlalu tinggi dan licin! Kemahiran hamba hanyalah melompat. Hamba cuba mencari alternatif lain! Aha! Hamba nampak jalan keluar! Ada lubang! Hamba terus meluru ke arah lubang itu.” Paaaang!!” Aduh! Sakitnya kepala hamba! Rupa-rupanya hamba berhalusinasi! Yang hamba sangkakan lubang rupa-rupanya pintu putih! ceit! hamba tertipu!

Untuk memendekkan diari ini, hamba telah diselamatkan oleh tuan rumah itu sendiri. Hamba ingatkan hamba dikejar oleh manusia bogel itu untuk ditangkap untuk dijadikan binatang peliharaan atau mungkin diseksa. Rupa-rupanya hamba telah dilepaskan kembali ke taman setelah hamba telah dikurung sebentar di dalam 2 bijik baldi. Fuuuuh.. disebabkan hamba masih berbau pupuk jerangau, ini merupakan pengalaman adventure pertama hamba lalui. Pengalaman pahit ini menjadi penutup buat tahun 2011 hamba. Sekian.

4 comments:

  1. Cerita comel di awal tahun baru. Happy new year!

    ReplyDelete
  2. tupai oh tupai, siapakah makhluk berbogel yg tangkap tupai tu yer...btw...happy new year..

    ReplyDelete
  3. hahaha..very da nakal citer ni..boleh jd cerita jgak..;)

    ReplyDelete
  4. keyha:happy new year gak!! :)
    zyash:hehe.itu rahsia..nnti segan pulak mkhluk brbogel tu
    nens c:hasil kuat imaginasi,jadilah cerita tupai.hehe

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork