top: Times Square; carrot pants: Zara; leopard belt: Vintage Market; feather necklace: Diva; ring: Diva; love-printed shawl: China online shop; oxford shoes: Times Square
Style for today!!
I’m in love with this tali pinggang harimau bintang ni! Sangat suka sebab aku suka binatang kot termasuklah yang buas macam harimau (aku maksudkan harimau selain leopard). Walaupun gemuk gedempul dan besar dan makan daging mentah fresh from hutan, tapi comeeeeel je aku tengok. Secomel-comel binatang kat barang perhiasan, yang aku terfikir sekarang, boleh ke sebenarnya umat islam pakai perhiasan yang ada corak bentuk binatang? Ada sesiapa tahu tak apa hukumnya? Or maybe sesiapa boleh terangkan kat komen di bawah? Or maybe ada sesiapa boleh bagi link artikel yang menerangkan secara jelas apa hukumnya?
Sebabnya aku dengar ada sesetengah benda yang ada corak bentuk binatang hukumnya haram. Ada yang harus. dan ada jugak yang makruh. Aku nak tahu barang perhiasan yang aku pakai tu bergolek dalam kategori mana satu. Kalau haram, tak boleh lah aku nak pakai. walaupun aku ada banyak perhiasan yang ada corak binatang such as cincin gambar kucing, gambar burung hantu. Gambar rantai bentuk burung, gambar burung. Subang bentuk burung. bla bla bla... Aish. Banyak pulak binatangnya.
anyway, ada sesiapa berani pakai berwarna macam gambar di atas dan di bawah? maybe orang lain nampak aku macam orang gila, tapi ada aku kesah? ;p
Wah, color blocking! Nice...
ReplyDeleteAku x tau lak hukum pakai something yg gambar binatang. Tp kalo nk bwk solat kata org alim x bleh. Ntah la kalo outside of solat.
rujuk di artikel ni : http://en.netlog.com/pureguy63/blog/blogid=2176885
ReplyDeletetapi dlm artikel ni pon x complete sgt pasal hukum perhiasan bentuk binatang tu. tapi cuba hang relate kan dgn hukum yg letakkan perhiasan patung dlm rumah tu, lebih kurang jgk mcm kita pakai dia. seelok2 nya dielakkan.
Salam. Tak haram pakai rantai owl tu asalkan tidak mengagung-agungkan. Tetapi, makruh. Makruh tahrim yakni makruh yang menjurus kepada haram. Kerana jika ia menimbulkan fitnah maka akan jatuh hukum haram walaupun pada awalnya ianya hanyalah makruh. :) Just sharing.
ReplyDeletezamri:yeah!!dh 2 kali ko puji ak.awww!ko bile nk color blocking?hehe.
ReplyDeletenana:tu la pasal.better elakkan.o buat pameran je la o punye koleksi binatang tu.ngeh2!!
farha:betul tu..sy sokong pndpt awk.bila dh mkruh, blh jd haram.