Sunday, September 11, 2011

Malaysia Carnival di Adelaide-TEASER~

hari ini ada event terbesar bagi Malaysian yang study di Adelaide sebab hari ni ada Malaysian Carnival!!! woohoooo!!  pagi-pagi lagi (tak pagi sangat lah. tapi still waktu pagi) aku bangun dan kejut kawan aku untuk bersiap ke MC! semangat siot. event setahun sekali je. dah la Malaysian Carnival (saya tekankan.. MALAYSIAN). takkanlah tak nak pergi pulak. macam-macam jenis makanan Malaysia ada kat sini. ada yang sedap giler dan ada yang tak sedap giler T_T tapi, takpe! i still praise for the good efforts of tukang-tukang masak and yang menjual tu. hehe.

selain makan-makan (perlu dibayar ye.takde yang free. kalau nak murah pun, tunggu time event dah nak habis.nanti depa buat promotion murah-murahan), ada jugak persembahan tarian, dikir barat and nyanyian by our Malaysians!! tarian-tarian macam itu is a must untuk tengok. and sebab itu jugak aku beriya sangat semangat nak pergi Malaysian Carnival. tinggal di Malaysia selama 20 tahun pun sangat susah untuk nampak tarian-tarian tradisional di depan mata (tengok tv tak kira haa), apatah lagi di luar negara. so, there's no shuffling. no break dance. no tarian korea. itu semua modern. tarian yang ada di MC ialah yang tradisional sahaja. barulah gempak. barulah lebih rasa Malaysia and lebih homey. malangnya, aku tak dapat tengok semua persembahan sebab sampai lambat sikit and pergi beratur beli makanan.

since aku tak jadi apa-apa crew dalam MC (tahun lepas dah jadi volunteer, tahun ni jadi pelawat je lah), aku and membe-membe datang sebagai pelawat je la. since ramai orang and macam-macam aktiviti berlaku di MC, waktu-waktu macam ini lah aku kena ambil peluang untuk tajamkan skill ambik gambar. and, end up, terlalu banyak gambar dalam kamera aku! damn! sekarang aku tengah bingung memikirkan macam mana nak tunjuk semua gambar kat korang! mungkin kena combine beberapa gambar kot.

 Kamal and No'in, part of the dancers

ini baru 1 gambar aku tunjuk. banyak lagi gambar yang perlu dishare. so, mungkin aku akan update gambar mengikut part. maybe ada part Dancers, Kids, Irna, Jejaka Ciku, Chef Wan (seriously Chef Wan ada di Malaysia Carnival!!), etc.. so, there'll be lot of entry about Malaysia Carnival. kalau korang rasa boring, itu korang punye pasal.

p/s: annoying betul bila menulis tapi asik stuck sebab tak tahu nak tulis ape. i want the old me back!!

13 comments:

  1. kak NOIN !!!!!! tehee, lama tak jumpa dia :)

    ReplyDelete
  2. lorh kalo cenggitu ghupe dancer..aku boring la ek

    ReplyDelete
  3. wahh...bestnyaa ! err...satu uni dgn Amir Said ke ? yg owner blog oh Malaysia tu

    ReplyDelete
  4. haha best kan kalau dok oversea pastu ada some event psl malaysia. haritu sy gi brisbane kejap. btw selamat study! :))

    ReplyDelete
  5. alolo bestnyau .nty nk continue studies kat adelaide gak ah ..theheee :)

    ReplyDelete
  6. suka tgk pic kat atas.best nya duk oveasea :)

    ReplyDelete
  7. sofia:aik!kenal dia ey?
    amirul:dancer tu je yg stylo!hoho
    jiji:ko boring ke?
    syahbinar:err.x tahu sama uni ke tak.tp kenal la dia :) (bru carik kt google.hehe)
    soly,syieda:menarik punyer!!hehe
    ihsan:aisey.mlas nk upload.haha
    meaw:nan ti ye.nk edit2 dlu
    shahirah:slmt study jugak!! :)
    hayati:joom!
    izzar,rsmawati:yes!

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork