pada suatu ketika dahulu, pendekatan aku telah membawa kepada kejauhan. aku dijauhi dan tak diterima sepenuhnya. aku cuba dekati tapi nampaknya mereka memang tidak mahukan aku. mungkin aku tersalah arah dan bukan mereka yang patut aku dekati tetapi, mereka yang lain. dan mungkin juga pemikiran dan persepsi yang lain. disebabkan itu, aku mula menjauhkan diri tetapi ada yang mula mendekatiku. aku hargai malangnya, waktu mereka tiba terawal beberapa jam. sikap aku waktu itu sedang berubah-berubah dan kedatangan mereka telah aku hampakan dengan tindak balas aku yang tak sengaja dan tak disedari.
aku mula menjauhkan diri atas alasan sikap yang tak disedari itu telah aku sedari akhirnya. kerana aku takut ada yang disakiti oleh aku dan aku malu dengan diri sendiri. aku mula hilang kepercayaan dan menyimpan segalanya dalam hati buat masa yang lama. kadang kala terkeluar juga isinya, tapi isi dikeluarkan kepada mereka yang kurang dikenali dan tidak faham apa isi yang aku sampaikan. tujuan untuk menyebar bukanlah matlamat aku. tapi aku hanya mengurangkan beban di dalam kotak yang penuh bersarang dan sudah lama tidak dibuka.
kemudian, setelah beberapa lama, aku mula membina kembali kepercayaan. kesakitan yang pernah aku buat secara tak sengaja sebelum ini, masih segar dalam kotak memori dan aku jadikan sebagai pengajaran. aku menyambung kehidupan dengan gaya yang berlainan dan pasti tidak akan mengulangi tindakan dahulu. tapi bila kepercayaan semakin meninggi, aku nampak kisah aku yang dahulu berulang kembali. aku cuba untuk dekati tetapi nampaknya aku tetap dijauhi. kenapa perlu begitu? mungkin aku harus berada di atas dasar sahaja kerana bila aku cuba selam, aku ditolak kembali ke atas. aku mungkin tertelan sedikit air, tetapi tidak sepenuhnya. nampaknya, aku sepatutnya bermain di tepian pantai dan mungkin itu yang terbaik untukku. atau mungkin aku asik tersalah memilih......
yang benar,
Ifa Athirah
2 years ago
CiNta???
ReplyDeletemuehehhe...lokman ada
ReplyDeleteizzudin:ade lar. tak tepat!
ReplyDeletejijiyu:tgklah ank murid sape