Saturday, July 27, 2013

AINALISTA: Custom Made Shawl



Mahukan shawl yang lain dari yang lain?
Nak buat sendiri tapi mesin jahit tiada di rumah?
Nak tudung yang betul-betul matching dengan baju raya tahun ni?
Maka…… belilah shawl Ainalista! Blog FB Woot! Woot!

Ceritanya begini. Aku nak beli shawl online sebabnya misi aku sekarang ialah mencari tudung kosong yang warna dia selain daripada aku ada sekarang. Contohnya, aku dah ada tudung warna unggu cair. So, aku nak carik tudung warna ungu yang gelap sikit daripada ungu cair tu. fussy tak? Aku dah lama dah tau -___- . 

Dah la aku ni particular sikit. Tudung taknak yang bila pakai tu banyak rongga udara antara muncung tudung dengan dahi aku. Tak nak kain keras-keras sangat. Tak nak yang jarang-jarang sangat. Nak yang jahitan tepi dia warna lain daripada warna tudung tu. nak warna macam ni, tak nak macam tu. bla bla bla. Pergh. Perangai tak boleh nak gelabah lagi. Padahal, pakai tudung secantik mana pun, muka macam tu la jugak. Takdelah pulak muka tiba-tiba jadi macam Anne Hathaway bila pakai tudung cantik. Mihmih.
  yang ni aku request combination tudung oren + jahitan tepi warna pink terang

So, carik punyer carik, aku jumpe 1 kedai tudung ni, bernama “Ainalista” babeh! Dia jual custom made shawl. Kiranya, kita boleh request spesifik warna yang kita nak. Jahitan tepi yang kita nak untuk di bahagian kepala. Spesifik warna benang yang kita nak untuk jahitan tepi. Kelebaran dan panjang shawl yang kita nak. Awesome kan? Gua ape lagi. Terus request 3 helai! And it turns out, aku memang puas hati dengan kualiti tudung dia especially material kain dia dan warna yang available. Serius tak tipu. Kalau aku tak puas hati, aku just promote je tudung tu. tapi tak tulis perkatan “puas hati”. Hehe. Nampak tak permainannya di situ?

Okayyy. tahu tak kenapa aku particular dengan warna tudung? Sebabnya… tak semua warna tudung sesuai dengan kulit muka. Kalau warna yang kena dengan kulit, muka kita nampak berseri-seri gituww. Aww. Tapi, kalau warna tudung tak kena dengan kulit, muka kita nampak malap dan pucat. Heh?! Sooo.. warna yang tak diingini perlu dielakkan supaya aku tak down bila tengok muke sendiri yang tak berapa cun ni. Ahaks. Besides, aku ni jenis tak suke nak bermake up sangat sebab untuk kesenangan mengambil wudhu’. So, kalau warna sesuai, aku pakai bedak sikit-sikit pun, muka tak nampak teruk sangat. Ngee~






 aku request combination tudung biru cair + benang tepi warna hitam
make up by Irna

NOTE: jangan lupa follow Ainalista supaya lain kali senang nak order shawl ikut pilihan hati! :D 
 p/s: kalau korang nak tahu jenis warna yang sesuai dengan kulit, sila request di komen entry ni ye. hoho

21 comments:

  1. susah jgk nak cri kdai custom made ni,,lg2 shawl. good info ! thank you

    ReplyDelete
  2. comelnya awak pakai shawl. orang comel pakai apa comel je nampak!!! :)

    ReplyDelete
  3. omonomonom sgat2 cantik...kaler tu ssuai dgn kulit awk :)

    ReplyDelete
  4. wow, jarang yang jual custom made ni, selalu yg ready made je :D

    ReplyDelete
  5. singgah sambil follow sini jugak #1786 :)

    ReplyDelete
  6. cantik , lawa ...sesuai dgn bentuk muka...:)

    ReplyDelete
  7. erm... off topik kejap. nak cakap, header sangat cantikkkk :)

    ReplyDelete
  8. assalmualaikum ira...

    salam perkenalan dari akak
    sume tudung2 tu comel termasuk tuan nye...

    ReplyDelete
  9. Chantek...bleh larr rietta try...rietta suka shawl yg lebar, tpi xterlalu pjg....mls nk blit byk kali...

    ReplyDelete
  10. Thank you semuaaaaaaaaaaaa :D
    hohohohoho

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork