Sepanjang hidup aku sebagai seorang pelajar yang… nak kata
tak cemerlang, nanti orang kata aku makan duit rakyat. JPA hantar jauh-jauh
tapi result haram. Haha. Tapi kalau aku tulis “sepanjang hidup aku sebagai
seorang pelajar cemerlang”, nanti orang kata aku bajet bagus. Mentang-mentang
study oversea. Tapi, bukan aku mintak semua nih. Whoa, literally aku mintak aka
apply untuk study oversea. Untung-untung dapat tawaran, rejeki jangan ditolak
sihh. Jikalau ditolakin, kok rugi ngak? (ak cakap bahasa Indonesia ni. kalau
tak paham, ada 2 maksud. Antara korang tak cukup mahir bahasa jiran atau… aku
yang salah cakap. Hehehe. Okay, back to
the main point….
Sepanjang hidup aku sebagai pelajar, situasi membuat
assignment last minit itu memang wujud bagaikan jika tiada gigi tercabut, maka
tiadalah gigi yang tumbuh. Menurut konteks aku sendiri, ini bermaksud kalau
namanya pelajar, maka penyakit buat assignment last minit tu memang ada. Genius
kan peribahasa aku? Patut bubuh dalam Kamus peribahasa edisi 2013 tu. mihmih. Sooo,
baru-baru ni aku terbuat lambat 1 assignment ni aka start super-last-minit
sebabnya aku start buat 2 hari awal dari due date submission. Tahap lambat aku
tak boleh lawan dengan manusia yang super-duper-last-minit aka start buat
sehari dari due date. Ada beza okay. Bezanya ialah tahap stress diri dan tahap
cincai boncai assignment lagi teruk bila di fasa super-duper-last-minit. It’s no
joke man. It happened. *wink wink*
Soooo, sepanjang aku buat assignment last minit tu, aku tersedar
2 SURVIVAL KIT yang kena ada waktu mempulunkan diri buat assignment last minit
iaitu:
a)
Berkorban nikmat aka masa, makanan, bla bla bla.
Bila masa amat diperlukan, takde
masa dah nak kata “menyesal start buat lambat?” Yang penting sekarang moto aku
sepanjang 2 hari itu ialah “No Pain No Gain”. Nak nangis sebab menyesal start
lambat? Pergi mampuih air mata. Air matamu hanya akan menambah gangguan pandangan
mataku terhadap laptop (note: aku SILAU. Waa~). so here I am. waktu sehari
sebelum submission date, I’m “burning the midnight oil” kat uni hokey. Langsung tak tido. Betol la kata orang.
Tidur tak lena. Mandi tak basah. Memang betol tak basah sebab aku tak mandi
langsung sampai ke tengahari esoknya. Naseb la sesiapa yang stay up di uni
terbau badan busuk aku. Tak pasal-pasal mata terbeliak bila bau . Terus segar diorang
nak sambung buat homework. Hehehe. Makan pun tak lena wey. Tengok je la makanan
dinner, supper dan breakfast aku = 1 yiros wrap bahagi 3! Sadiss. Kalau setiap
hari gini, boleh kering macam cili kering aku jadinye. But, what to do. In
consequences of my action, ini yang aku kena korbankan. Wohooo.
b)
The importance of WILLPOWER
Waktu aku sedang buat assignment
tu, aku baru tersedar 1 benda which is aku langung tak rasa ngantuk. Rasa
nak keep going on buat yang terbaik sebelum hantar assignment tu ade lah. Aku
tengok kawan aku yang lain pulak waktu tu, mata tak boleh nak 1.5 centimetre lagi
je nak tertutup. Dah la memang sepet. Kantoi membe aku budak cina. Haha.#thisisnotracism
#thisiswhatwecalledgurawjerrdenganmembe #hashtagfanatics. Hihi. Okay, sambung
balik. Mula-mula, aku sebenarnya pelik kenapa aku tak rasa mengantuk langsung.
padahal aku langsung tak minum minuman energetic macam Redbull. Tapi, kat sini
minuman dia lagi cool dari Redbull sebab nama minuman tu ialah Mother dengan
Monster. Cool kan nama dia? Ko hado? :D Lagi satu yang aku peliknya ialah,
kalau sebelum ni, aku akan ada tendency nak tidur kejap and then bangun sambung
balik buat keje walaupun assignment tu kena hantar esoknya.
Fikir punye fikir ruparenya aku
dah terSET mind aku untuk buat sungguh-sungguh. Sebelum start buat assignment
di Uni, otak aku cakap camni kat aku… “ifa, ko kena buat betul-betul dan
sungguh-sungguh. Ini last semester ko. Lepas ni dah tak belajar. Rugi lah kalau
sebab result final year hancus, habes rosak/affected results ko sebelum ni”.
Peeeergh. Lepas kata-kata tu lalu kat kepala hotak aku, mata aku jadi lebih
cerooh (nada T’ganu bermaksud cerah). Aku terus tekun sambung buat assignment
tu. sampai je waktu pagi lebih kurang pukul 7, ikutkan hati aku ingatkan nak
submit dah sebab malas nak tengok dah. Tapi, disebabkan WILLPOWER aku masih
terlekat kat kepala, aku decide untuk sambung buat assignment betulkan apa yang
patut sampai aku cukup berpuas hati. Dalam pukul 10.30 pagi, baru aku hantar.
p/s: siapa faham lawak cartoon ni? Haha
Note: This entry untuk bagi boost kepada students yang
terstart buat assignment on last minute.
But, don't do it often unless you're a genius (i wish) T_T
rindu zaman belajar.
ReplyDeletebukan student lah kalau tidak last-minute. Hahaha. This entry good untuk others :) thumbs up !!
pernah juga siapkan assignment last minute.. hehe..
ReplyDeletex namanya student kalau xda habbit ne..majoriti mcm tuh :P
ReplyDeletekebanyakan student memang macam tu..sy dulu pun macam tu hehehe
ReplyDelete