Wednesday, July 25, 2012

Tragedi Si Kucing Trauma

2 minggu lepas...
Petang tadi aku bukak bilik terbiar aka konon-konon-bilik-stor.  Bukak-bukak je, benda first yang aku nampak depan mata aku ialah beberapa ketul capsule besar berwarna coklat gelap terletak elook je di bahagian corner bilik. Ya Allah. Nayalah aku camni. Aku tengok natang capsule tu aku dah agak dah apa aku patut buat lepas tu. Tahik kucing! Sah-sah la kena basuh. Kau ingat kucing tu nak tolong bersihkan? Takdenye. Dia bagi free gifts ade lah… iaitu air kuning aka air kencing. Peergh. Gifts wey. Bukan gift. Ni gifts ada huruf s, maknanya lebih dari 1 hadiah dia kasi. Lagi dua sudut bilik tu dia hias dengan setasik air kencing. Nayaaaa. Tapi aku takdelah rasa marah sangat. Kucing kot bukannya manusia yang berakal berak dalam bilik tu. Redha je la. 


Lepas aku mengenang nasib aku yang kena buang segala tahik dan kencing, aku terfikir. macam mana najis ni ada dalam bilik? Aku pelik. Padahal tingkap tutup, tak pernah bukak. Pintu pun dah lama tutup. aku start la curious. Ceeyh. Tiba-tiba rasa macam detective conan. Aku terbayang aku pakai kot detective siap dengan magnifying glass. Alaah. Tipikal image seorang detektif. Faham-faham je la. Aku pun start observe keadaan sekeliling dalam bilik tu. huurm. From my observation, dinding nampak kesan kaki kucing. Nampak macam kucing tu struggle nak keluar tapi tak boleh sebab tingkap tutup. lantai dalam bilik tu banyak kesan tapak kaki kucing. Tapi nampak macam tapak kaki anak kucing. Uish! Takkan ada anak kucing sekali dalam bilik ni? Pelik... Lepas tu ada kesan titisan darah. eh. Pelik giler ni weyh. Tengok atas kat siling, ada lubang and beberapa cebisan siling jatuh atas lantai. Mengikut naluri Detective Conan aku, ada possibility kucing terjatuh and then beranak dalam bilik tu.
gambar mak kucing tak sempat nak tangkap. 

Selepas observe kena siasat keadaan sekeliling. Carik punya carik, rupa-rupanya ada mak kucing and 2 ekor anak kucing dalam bilik tu. terkejut aku padahal teori aku dah hampir tepat pasal kucing beranak dalam bilik tu. Waktu bertentang mata dengan mak kucing tu (cewaah. Bertentang mata. Bunyi macam jatuh cinta pulak. huehue), aku rasa first time aku nampak mak kucing tu takut dan macam trauma? Dalam seumur hidup, ini first time aku jumpa air muka kucing macam tu. selalunya aku nampak muka kucing yang bajet cute, yang excited nak kejar tuan dia dan yang takut dengan manusia. Tu je la. ni muka kucing yang trauma, memang epic! Anak dia pulak takut giler dengan aku sebab tak pernah nampak manusia semenjak dia lahir. Asal dekat je dengan anak kucing tu, dia start buat bunyi nak halau aku supaya jangan dekat. Bla bla bla. Itu kucing punya hal, ayah aku dah uruskan.

Berbalik kepada teori aku, lepas habis mencuci bilik tu, aku cakap pasal kucing tu dengan mak ayah aku. Lepas bincang, aku dapat buat satu konklusi yang lagi dekat dengan situasi mak kucing tu. ada possibility mak kucing yang tengah mengandung tu tengah bergaduh, lepas tu entah macam mana mak kucing terhempap atas siling lepas tu terpecah siling tu, maka terjatuhlah mak kucing yang tengah sarat mengandung tu atas lantai. Disebabkan perut mak kucing dah terhempap kuat, ada possibility mak kucing punye air ketuban pecah. Kucing mengandung ada air ketuban ke? aku balun saja ayat. So, titisan darah tu mungkin disebabkan mak kucing bergerak ke kawasan yang lebih selamat untuk bersalin 2 anak dia yang belum betul-betul bersedia nak keluar daripada perut mak dia. Last-last anak-anak dan mak dia sekali telah selamat walaupun aku rasa mungkin mak kucing tu ada problem dengan perut dia.  


Apa-apa pun, aku dengan parents kesian giler dekat kucing tu. trauma giler weyh muka dia. Agaknya dah berapa lama dia terperap dalam bilik tu? macam mana dia nak makan? Confirm dia berpuasa bebebebbeerapa hari. macam mana dnegan perut dia? Boleh beranak lagi ke? apa sebenarnya yang terjadi kat mak kucing tu sampaikan siling rumah terpecah? Whatever it is, semoga mak kucing dan anak-anaknya sihat walafiat.

8 comments:

  1. Ala siannya meow tu dah brapa lama terperangkap tu?

    ReplyDelete
  2. bce mcm ngeri je bunyi dia tapi shian gak kt kuceng tu..

    ReplyDelete
  3. kesiannye kt dia..huhuhu
    sy mmg sensitif ckit kalau dgr kucing sakit..kesian

    ReplyDelete
  4. hi ifa. chui hear :)
    nice wrting :)
    meh singgah blog chui

    ReplyDelete
  5. fya:maybe dlm sminggu kot.huhu
    sibdkrobot:ngeri tapi comey.hehe
    hanani:saya pun! ske giler kot kt kucing
    cimon:serius?atau series?confuseeee.hoho
    chui:thank u chui :) nice to meet u!

    ReplyDelete
  6. huh..ingt gmbo paling bawah tu gambo kucing yg di jumpai..hehe...

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork