Monday, December 12, 2011

Requested Entry: Study ape di Adelaide? and tajaan ke ape?

setiap kali aku bukak email yang dihantar oleh one of my readers untuk menjawab soalan dia, aku tak dapat nak jawab. aku tak tahu macam mana nak tulis kat dalam blog sebab aku direquest untuk tulis entry pasal aku! susah sangat ke nak tulis pasal diri sendiri? aku rasa senang sebab pasal diri sendiri, macam-macam boleh cerita. tapi, mungkin sebab aku tak nak readers bosan dengan entry aku yang cakap pasal aku je kot. anyway, aku akan try my best to answer all of the questions and at the same time making it as interesting as possible =)

Soalan 1: akak study ape di Adelaide? and tajaan ke ape?

waktu pertama kali aku ditanya dengan soalan "kau nak jadi ape?" dari membe aku, aku macam tak pasti aku nak ambik bidang apa. yang aku pasti, aku tak nak engineering sebab aku rasa aku tak hebat mana and aku rasa aku tak mampu. aku tak nak doctoring sebab seriously aku tak suka menghafal. kalau dipaksa ambik doktor jugak, ada rupa first sem aku fail semua subjek.ngeh3!! kalau aku kena bedah katak, ada rupa aku akan potong katak tu elok-elok supaya senang digoreng.

so, i'm thinking maybe aku patut ambik arcitecture sebab aku suka bab-bab lukis ni walaupun tanganku sudah keras. lagipun, aku amik seni visual and rekacipta as part of my SPM subject. huurm, mungkin tak menjadi masalah. aku pun carilah mengorek segala maklumat berkaitan dengan architecture. aku find out yang aku kena berkorban banyak masa bila jadi arkitek and... aku rasa aku tak setalented orang lain yang lagi awesome bab-bab melukis. banyak kali jugak aku fikir untuk ambik architecture tapi.... aku rasa aku ni jenis suka environmental, that means, macam mana aku nak lukis and reka bangunan kalau aku tak berapa berkenan kat man-made? ye dak?

so, aku try carik course yang lebih environmental and at the same time sesuai dengan tahap kemampuan aku. and then... aku discover Town Planning!! yup! aku rasa itu yang paling sesuai dengan aku! ada lukis sikit-sikit tapi tak seberat architecture. ada baca jugak tapi tak seberat law. sort of like that la. so and so, aku pun try apply town planning under JPA. waktu hari temuduga tu, aku rasa nebesss (nervous) sioot! nak kena temuduga ni, siapa tak cemas. seingat aku, ini kali pertama aku ditemuduga. waktu nak temuduga tu jugak lah aku rasa sakit perut. damn! tak boleh jadi ni. aku try menenangkan jiwa ragaku. ceeewah.

bla bla bla.. long story short, aku lepas temuduga tu, and aku kena buat South Australia Matriculation (aka SAM) di INTI Nilai. woot! woot! seriously INTI Nilai awesome!! sebab... ada swimming pool. ada mamat kacak main bola keranjang setiap malam. ada makanan yang heaven setiap kali malam tiba. bla bla bla. after setahun setengah menggelupur study untuk SAM, akhirnya aku habis buat matriks. and then, it's time to apply for University yang aku nak di Aussie. berbekalkan result yang tak hebat, aku pilih universiti yang TER requirementnya tak terlalu tinggi tahap dewa. mula-mula tu, tak tahu jugak nak study di Adelaide ke, di Melbourne ke, di Brisbane ke, di Perth ke. aku tibai je universiti mana yang aku rasa best.

untuk memastikan aku dapat belajar di Uni yang aku nak, aku kena pastikan yang course yang aku ambik tu diiktiraf di sesebuah Uni tu. nak explain panjang-panjang aku malas sebab entry ni pun dah berjela panjangnya. entah macam mana, aku found out yang course yang aku ambik tu iaitu Town Planning tak diiktiraf di semua Uni yang aku pilih. yang diiktiraf ialah course lain and Bachelor of Construction Management and Economics aka Quantity Surveying. thus, after berbincang dengan parents aku and aku baru realised yang aku sebenarnya suka subjek mathematics jugak, aku decide untuk sambung pelajaran aku dalam course Quantity Surveying.

apa perasaan aku study course ni? aku found out yang aku sesuai dengan course ni.  =) and i'm so happy and tak menyesal aku tukar course dari Town Planning ke Quantity Surveying. lagipun aku lagi senang menyerap angka-angka daripada menyerap perkataan yang berjela-jela. apa yang aku tahu, Allah lebih Mengetahui dan Dia telah merancang perkara yang lebih baik untuk hamba-Nya. sebab tu lah at last minute course Town Planning tak diiktiraf. sebab Allah dah bagi jalan untuk aku supaya aku nampak yang Quantity Surveying tu lagi sesuai.

6 comments:

  1. amboih, poning eden baco neh...kejap architecture, kejap town planning, last2 quantity survey. apa2 pun janji happy!
    *apa kata SURVEY??? tetttt... :D

    ReplyDelete
  2. jauh perjalanan tuuu. good luck in your study :)

    ReplyDelete
  3. town planning? quantity surveyor?

    kbetulan, mak saya town planning, ayah saya quantity serveyor.. haha (sje je nk citer :p)

    apepun, all the best iya!

    ReplyDelete
  4. ooh begitu ceritenyer!
    insyallah,bakal penyumbang jasa pd negara ini.amin!
    gudluck yea =)

    ReplyDelete
  5. zamri:hahaha.org dlm dilema mmg brtukar2.yeah!jnji rooock!!! *angkt tgn peace!*
    mimi:GL to u too!!
    miss xyz:haha.adkh sya kena carik bakal suami town planner?kuang2
    myra:amiin!GL to u too!!tq!

    ReplyDelete
  6. angka??? dasyat la... apa2 pon gud luck!! sy rasa org yg minat angka2 ni mmg hebat, kalau sy, mesti dah muntah dgn angka2 ni, sebab tu sy pilih Course Sejarah.(saja nak bg tau,ambik course yg org akan anggap bosan)..hehehe

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork