Sunday, May 1, 2011

aku nak buka kedai pakaian ON9. ada sesiapa setuju?

dalam dunia ini, semua orang ada cita-cita kan? ada cita-cita besar. ada jugak cita-cita kecik. apa beza antara kedua-dua cita-cita ni? bagi aku, cita-cita besar ialah pekerjaan kita dah besar nanti. macam aku, aku ambil bachelor of construction management and economics. so, bila dah graduate nanti, aku nak kerja as Quantity Surveyor la. itu cita-cita besar aku. aku panggil dia cita-cita besar sebab kita kena belajar dan dapatkan keputusan bagus. then, barulah kita senang nak lepas interview and dapat gaji banyak apabila semakin bagus dalam sesuatu pekerjaan itu. lagipun, pekerjaan macam ini menjamin future kita sebab... kita dapat gaji tetap?..
okay, cita-cita kecik pula macam mana? bagi aku, cita-cita kecik ni selalunya lebih kepada sampingan. something yang kita nak kecapi sebab kita ada interest dalam hal itu. huurm. ayat aku ni macam nak kata aku takde interest dalam quantity surveying. well, maybe sebab aku kadang-kadang give up nak study dah... macam aku, cita-cita kecik aku ialah BUKA KEDAI PAKAIAN ONLINE yang mendapat sambutan ramai.
aku ada minat dalam benda gitu. parents aku and Bruang pun cakap yang aku ini ada otak bisnes. asyik nak berbisnes je keje. siki-sikit nak jual. ish3x.. tahun lepas, sebelum aku fly ke Adelaide, Australia, aku pernah buat bisnes kecil jual selendang. selendang chiffon dan pashmina. alhamdulillah. rezeki mencurah ke ladang gandum. tapi, bila dah fly ke sini, aku kena stop bisnes kecik tu. tak boleh nak jual dah. supplier aku di Malaysia. susah nak tukar stock. lagipun, parents aku kata utamakan study. utamakan perkara yang menjamin masa depan. huhu.
 (aku dan Bruang plan nak buat macam gambar ni. stylekan pakaian yang nak dijual)

okay.. berbalik kepada cita-cita kecik aku..di bawah ini ialah list plan aku dan Bruang dalam membuka kedai pakaian online.
kolaborasi
aku tak tahu sejak bila timbul dalam kepala otak aku ni nak buka kedai pakaian online. yang pasti, aku memang bertekad nak buka. aku pernah nyatakan hasrat aku kat parents and Bruang. parents aku setuju tapi suruh aku habiskan study dulu. si Bruang pun setuju dan dia jugak suruh aku utamakan study dulu. malahan, kami decide nak buka kedai online bersama-sama. dia memang bercita-cita nak buat bisnes sendiri. tapi,  cita-cita dia tergolong dalam cita-cita besar. aku pulak hanya cita-cita kecil. untuk nama kedai, kitorang dah fikirkan. hehe. namanya....ala. nanti aku bagitau bila kami betul-betul jadi buka kedai online. kalau tak jadi, tinggal kenangan je la. muehehe.

konsep kedai
aku dan Bruang decide together nak buka kedai online. kitorang ingatkan nak cater pakaian lebih kepada para muslimah. apa yang aku sedar, sekarang banyak baju cantik-cantik tapi tak kesemua style pakaian sesuai untuk dipakai oleh perempuan berhijab. ada jugak style pakaian yang sedikit menyusahkan muslimah seperti lengan 3 suku sebab kita kena pakai handsock ataupun inner lengan panjang. dengan cuaca di Malaysia yang panas dan menyebabkan kita senang berpeluh, aku teringin nak jual kat korang style pakaian yang berlengan panjang. supaya korang tak perlu susah-susah pakai hand sock. tak perlu pakai banyak-banyak lapis kan.. kan2x??tapi, ada probability jugak aku tak ikut konsep ini. ngee. ikut keadaanlah yer.

pencarian stok pakaian
aku ada jugak termimpi-mimpi, tercari-cari stok pakaian yang agak murah tapi lawa. aku carik stok pakaian di Malaysia dan di negara lain. di Malaysia, aku tak jumpa style pakaian yang menarik di hati. actually, ada beberapa design je yang menarik tapi aku kena ambil setiap design tu semua siza dari s ke xxl. nanti ambil banyak-banyak, takut tak laku. nanti aku jugak tanggung kerugian. so, aku try carik pakaian di negara lain pulak. and aku jumpe pakaian yang cantik-cantik!! tapi, murah-murah pun ada side effectnya. iaitu international shipping yang agak mahal sedikit. huhu. untuk pengetahuan korang, aku carik stok yang murah supaya aku boleh dapat untung tapi dalam masa yang sama dapat jual kepada korang semua dengan harga yang affordable. betul tak2x?? tapi, ada tak semua murah. ada yang mahal skit. camne ni? patutlah ada jugak orang jual pakaian sampai Rm100 ke atas kan? mesti sebab kos yang tinggi. sebab tu, aku nak cuba carik pakaian yang berkos sedikit rendah supaya dapat dijual kepada korang dengan harga yang affordable. huhu. bagi korang, berapakah harga maksimum pakaian yang korang boleh terima? bawah RM50? bawah RM 60?...

inspirasi
di samping jual pakaian, aku naklah jugak bagi inspirasi fashion kat korang. selalunya kedai pakaian online akan peragakan pakaian yang dia nak jual kan? aku akan buat benda yang sama jugak. cuma, aku akan style kan pakaian yang nak dijual tu bersama seluar,tudung dan aksesori yang matching. aku bukan nak kata fashion style aku cantik-cantik. tapi, just nak bagi inspirasi. kalau korang rasa style aku lawa and nak ikut, ikut je lah. kalau korang rasa tak lawa style aku tu, just buat style korang sendiri. :)

p/s: aku sangat perlukan pendapat korang. korang suka style pakaian yang camne? tshirt bercorak? blouse? kemeja? harem pants? bla.bla..bla.. nak letak sekali link gambar baju yang korang suka pun boleh. sangat dialu-alukan. :)

28 comments:

  1. good luck dear:) akak pun mmg da niat nk wat butik online juga tp xde masa lg skrg nih..he3..
    style yg adik nk wat tuh mmg best dan sesuai dgn masa skrg:)

    ReplyDelete
  2. gud luck,,,nano suke tshirt je dgn jeans,,heheh

    ReplyDelete
  3. syarifah kan ritu kite kate awk tiru cita2 sye..hehehe..ingt x kite komen ritu..kite bru nk mule nie..kite nye idea modern vintage je..kite ske idea awk gak..tol2 susah nk cri bju yg kena ngn muslimah n trendy..huhu..nk share page kite kt snie..bru lgi mule..

    https://www.facebook.com/VeryVintageWardrobe

    ReplyDelete
  4. haish kakak cantik~
    sile laa~
    bole kite bershopping selalu..
    hikhik

    ReplyDelete
  5. follow sini..xjmpe shoutmix plak..^_^

    ReplyDelete
  6. Tadi tanya harga yang affordable eh? Below RM40 boleh la.. Hikhik.. Suka baju lengan panjang. Especially white colour..

    ReplyDelete
  7. setuju ! nak harem pants ,, dress .. long maxi skirt! harga bwh 50 ..

    ReplyDelete
  8. wah2... bunyinye best2... hhihi gud luck ya sis

    ReplyDelete
  9. jual pakaian ikut trend semasa tapi harganya student mampu beli ;)

    ReplyDelete
  10. kadang2 bila dah grad, kerja lain dari course yang kita amik kot.
    dulu aku grad mekanikal, sekarang jual shisha aja. xde pun repair2 machine.haha

    ReplyDelete
  11. wahhh okay sangat aa tu akak. boleh shopping sini :-)
    em harga tu kan bawah 40 okay la kak. saya student lagi so x de duit nak beli mahal2 haha.
    akak jual la tshirt lengan panjang yang design stailo mailo, skirt panjang pun ok gak hehe

    ReplyDelete
  12. bagus jugak buat kedai on9, dah jadi trends dah shopping on9 nih. harga pun berpatutan.

    Latest Entri :
    Pandangan : Nak Cepat Dapat Duit Melalui Blog?

    ReplyDelete
  13. thank u sgt2 to sume sbb bgi pndgn.pndgn korng sgt dihargai!!kpd sesape blum beri pndpt, silalah2x..hohoho

    ReplyDelete
  14. hye ifa..akak, kak nor dr airecca collection. klau u minat bisnes mmg bagus. Jika minat juga u bole buka fb akak Norizah Ali Airecca yg bole dipkai semua golongan dan situasi. Jika nk bisnes tanpa modal pun bole sbb kita ada dropship.

    ReplyDelete
  15. ygyg2, jgn lupe masukkan skirt! heee

    ReplyDelete
  16. waaa...nice one larh..
    all da best! :D

    ReplyDelete
  17. wow.. kalo g sane nnt ade diskaun? hehe

    ReplyDelete
  18. pastikan baju cantik dan harga berpatutan yea :)
    akak mesti beli nnt.

    ReplyDelete
  19. amira:okay.time kaseh akk for the info :) aprreciate it
    diana:time kaseh akk for the encouragement!!thnk u jugak sbb promote blog saya!!! ^_^
    shoeshe:=)
    cikkiah:almk!x jumpe lg skirt yg lawa!
    mawar&aien:thank u :)
    hamzah:dtg sini ke mksud kamu?
    fatien:yeay!
    nikrsmwti:insyaAllah brpatutan :) beli tau!hehe

    ReplyDelete
  20. i like your style..da follow huhuhu

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork