apa khabar semua??!! sorry sebab dah lama tak update. terlalu banyak assignment yang perlu dihantar dalam masa terdekat. aku sangat-sangat risau so, aku banyak habiskan masa menyiapkan assignment. tak sempat nak spend masa untuk tulis entry. aku harap korang paham ek ;p
anyway, disebabkan aku sekarang tengah sangat-sangat teruja, aku decide nak buat quick post jap! slalunya bila tengah excited, ayat keluar laju je dari otak. tu yang syok tu. dapat buat entry kejap dalam masa pendek! ho yeah! okay, korang ingat tak untuk entry sebelum ni aku cakap pasal nak bukak kedai online? ..maybe...maybe..... impian aku dan Bruang akan tercapai tak lama lagi!!!!...yeay!!!!...sebab..... aku baru je balik dari kedai! aku baru beli stok pakaian untuk kedai baru aku dan Bruang! oh ya! sebelum aku bercakap berjela-jela, aku nak bagitahu korang yang aku dan Bruang dah dapat nama untuk kedai online kami!! dalam 2-3 hari jugaklah memerah idea nak dapatkan nama yang simple. macam-macam nama pelik-pelik keluar, tapi direject!haha. setelah mendapatkan pendapat dan khidmat golongan yang berpengalaman, iaitu, parentsku, akhirnya kitorang pilih......
inilah signature untuk kedai kitorang!! okay tak2x??
nampak macam cepat dan senang je kitorang dapat figure out nama dan signature kan? sebenarnya, setiap kesenangan ada kesusahannya. actually, aku dah order 5 helai pakaian berlainan design dan style dari supplier lain. aku order sikit sebab kitorang baru nak berjinak-jinak dengan supplier dan kitorang tak percaya 100% lagi terhadap supplier tu. kitorang takut supplier tu tak hantar barang walaupun dah dapat payment dari kitorang. aku dan Bruang pernah bincang pasal hal ni. kitorang rasa 5 helai tu sedikit sangat untuk dijual untuk pembukaan kedai kitorang ni. sedih la jugak tapi kami tetap bertekad nak bukak kedai ini walaupun aku di Adelaide dan dia pula di Malaysia. alan-alang semangat tengah berkobar, alang-alang cita-cita tengah membara, lebih baik kita laksanakan secepat mungkin kan? :) kerana dikhuatiri kalau asik postpone nak bukak kedai, at last, tak bukak! tak nak lah camtu.
lagipun, alang-alang aku di Adelaide ni, aku jumpa kedai yang jual pakaian dengan harga yang tak berapa nak murah la. tapi, cantik!! so, aku dan Bruang insist jugak dengan cita-cita kami iaitu bekalkan rakyat Malaysia terutamanya muslimah berhijab dengan pakaian yang cantik-cantik dan berpatutan. dia pun ada kata,
"rugi ke, untung ke, kite jangan stop k"
sweet kan Bruang ni..ngee. (tersenyum lebar jap). ayat dia tu buat aku lagi semangat!hehe.
okay, berhubung kepada perengan pertama tadi...Allah telah permudahkan permulaan bisnes kami berdua :) Dia beri petunjuk kat aku untuk pergi ke satu warehouse ni dan...ini menyebabkan aku beli banyak stok pakaian untuk Colorgirl!! alhamdulillah. ada lah dalam 20 helai aku beli. ada harem pants, ada dress pendek, ada tshirt sempoi dan juga.... dress maxi!!! sekarang tengah famous kan dress maxi kat malaysia? ke tak? hurrm..
disebabkan aku masih di Adelaide, so buat masa ini kedai kami akan menggunakan konsep based on preorder. maknanya, korang bayar dulu pakaian yang korang nak and then, aku akan ship kesemua stok pakaian yang aku baru beli tadi ke Malaysia. encik Bruang akan tolong membuat delivery pos laju ke rumah korang. ok tak camtu? boleh la ek. supportlah industry Malaysia..ngee.. biar lambat sikit, asalkan baju yang korang pakai nanti lain dari lain atau dipanggil unik. kan2x? haa. nanti kawan korang pun tanya "eh!mana kau beli baju ni?". tu bermaksud baju yang korang pakai tu cantik!!weee..seronoknya dapat bagi korang pakai baju-baju cantik gak!ok.full stop!.
bye korang!!! =)
p/s: aku dan Bruang decide nak buat pertandingan sempena pembukaan Colorgirl. sesape yang menang, akan dapat 1 pakaian free pilihan korang dari kedai Colorgirl. tunggu ek..
: esok aku nak amik gambar pakaian-pakaian Colorgirl
lupa nak tanya 1 soalan. korang suka MAXI DRESS tak?
kalau suka, aku nak tambah lagi stok maxi dress.
moga bisness maju.. nak tgk gak baju kat situ kot2 berkenan :)
ReplyDeletenak nak maxi dress :) klu boleh yang murah :)
ReplyDeletewahhh ! nak :D haha nnt jual kat dis blog jugak ke ?
ReplyDeleteteruja cgt2...
ReplyDeletelg besh if cantiqz n murah..=D
c0ngratez , g00d j0b!!
ape yg maxi maxi tu i nk oke? haha.. *cobe mnjd feminin! ;)*
ReplyDeletesuker! mau! mau!
ReplyDeletegoodluck ya :)
ReplyDeletemaxi dress pun ok gak, ramai yg suke. :)
ReplyDeletegud luck ye... :)
buatlah kat fb sekali tw nnt! nak maxi dresssss :D hehehe. anyway gudluck tw! cecepat bukak colorgirls tak sabaaaa :O
ReplyDeletemirah:macey2x.msti ade yg brkenan punye ;p
ReplyDeletewawa:insyaAllah brpatutan :)
munirah:nnti bukak blog lg 1 and fb page!weehu.
mellow:insyaAllah memikat hati awak.hehe
emeera:of course!hoho
cikkiah:tnggu ek2x..
sibdkrobot,nica:time kaseh :)
izyana:confirm buat kt fb gak!hoho.kna tnggu abes submission asgmnt.busy sgt skang. :( wuu
all the besh ya !
ReplyDeletewah..nak start bisnes dah
ReplyDeletecongrats2
wat la puff military jacket
memg cari gile la jacket tuh
asyek sold out aje
^_^
eh nnti dh bukak gtaw eh. ingatkan taww. nk support my fwen :)
ReplyDeleteouh:thank u ^ ^
ReplyDeletehana honey:tu la.harap2 xgagal bsnes ni.huurm.mybe bkn puff tp still blh mnarik prhatina u nk beli :)
masshie:uish.msti ar gtau..time kasey sbb support :) 1 malaysiA!HAHA