Wednesday, April 20, 2011

sahaja aku berniat nak melabuhkan tudung....

hai semua!!!sihat??
seperti yang korang tahu or tak tahu (aku tak sure korang tahu atau tak), aku suka uploadkan style pemakaian aku. sebabnya....aku nak jugak bagi inspiration kat readers cara pemakaian aku. kalau korang tengok my style sebelum ini, mostly aku tidak menutup dada dengan sempurnanya. so, bermula dari beberapa hari yang lepas, aku berniat nak menutup dada aka melabuhkan tudung aku. aku decide macam ni, mestilah ada sebabnya kan..
sebab aku nak melabuhkan tudung ialah....
1. kerana Allah
sebenarnya sebelum ini dah beberapa kali aku berfikir nak labuhkan tudung. tapi, niat aku itu tak memberi impak yang dasat terhadap diri aku untuk bertindak sedemikian rupa. maka, aku berlanjutan pakai tudung singkat aka menyingkap tabir dada. tapi, entah sejak bila aku terfikir yang aku patut tutup dada sebab itu suatu kemestian. Allah memang dah perintahkan girls islam ini supaya menutup aurat dengan sempurna. aku ni pulak sentiasa pastikan lengan tertutup, tapi dada? terbukak? huuu. lagipun, bila fikir balik, kita hidup tak lama atas dunia ini. bila-bila masa je, nyawa aku boleh ditarik sebelum aku sempat kahwin.. err. ada aura gatal di situ ye.hoho. lagipun, sampai bila korang nak menyingkap tabir dada? macam mana di akhirat nanti? korang sanggup tak nak menanggung segala seksaan gara-gara perbuatan membuka dada? guulp! rasa macam nak nangis pun ada setiap kali fikir macam mana lah aku di akhirat nanti.. takuuut = (
aku tahu yang girls ni memang sukakan fashion and same with me. menutup dada tak bermakna pemakaian korang tu tak stylo =) yang penting, kena ada gaya. aku pun bukannya perfect sangat dalam menutup aurat. tapi, kita sama-sama cuba slowly ubah gaya pemakaian kita ke arah lebih modest. boleh? =)

2. pemerhatian dari mata silau aku sendiri (aku tulis silau sebab aku silau cahaya)
rata-rata aku tengok ramai girls berhijab pakai tudung singkat. termasuklah aku. bila aku usha gambar-gambar girls berhijab masa kini, ternampaklah benjolan di dada mereka. aku rasa macam tak kena pulak pakai tudung macam tu. bila tengok paras atas bahu, nampak sopan. tapi, bila tengok paras bawah bahu pulak, ada benjolan di dada. apa yang terlintas di hati aku time tu ialah
"macam ada yang tak kena je".
sebelum ini, aku tengok gambar girl bertudung singkat, aku rasa biasa2x je. sampaikan aku terfikir 
"smart la jugak buat style singkat macam tu. boleh buat macam-macam gaya pulak tu".
tapi, aku tak tahu sejak bila pandangan aku berubah. aku kata pandangan aku berubah sebab, bila aku usha gambar girls berhijab yang menutup dada dengan cara labuhkan tudung or pakai jaket, terlintas pulak dalam hati aku                 "nampak sweet &stylo la jugak ek".
aku nampak girls berhijab labuh itu lebih best daripada yang singkat-singkat. so, apa yang aku dapat simpulkan dari pemerhatian aku ni ialah, bila kita bertudung, melabuhkan tudung sebenarnya lebih elok untuk diri sendiri di dunia dan di akhirat. tetiba aku rasa berfashion dengan melabuhkan tudung itu lebih cool and trendy u'olls!!

3. aku lebih prefer lain daripada yang lain
mungkin sebab dah ramai yang bertudung singkat, membuatkan aku jadi bosan untuk bertudung singkat gak. pelik kan aku ni. aku suka jadi lain dari yang lain. bila ramai yang bertudung singkat, aku lagi rasa nak melabuhkan tudung. aku pun tak paham dengan diri sendiri tapi apa yang aku perasan, aku suka benda, accessories or pakaian yang unik aka pelik! maybe disebabkan minat aku terhadap benda unik&aku suka jadi lain dari yang lain,.. menyebabkan aku nak bertudung menutup dada. huurm. bila fikir balik, okay jugak ada perangai macam ini. kuikuikui.
 top green:Factorie; top purple: Factorie; shawl:mai dari Madinah(mak saudara bagi); skinnie pink terang: Valleygirl; sarung tangan:Soxworld; rantai:Portmans; sneakers Playboy: Times Square
close up rantai and hand sock tengkorak.ngee. aku suka tengkorak (antara minat pelik aku). call me a freak if u want to.i don't care.hoho

p/s: aku akan berusaha sedaya mungkin dan pastikan untuk sentiasa menutup dada. insyaAllah...kalo nampak aku tak tutup seeloknya, tegur tau! anyway, i'm still imperfect.....

41 comments:

  1. its nice to look diff n b diff~keep it up babe!!!

    ReplyDelete
  2. canteqqq ~ mcm org nye ! hehe. btw tengs ye. entri ni mcm mengajak linda untuk berubah jugak. bertudung labuh menutup dada (;

    ReplyDelete
  3. bila tengok orang akak pakai skinnie pink yu lawa je. tapi apsal bila ika pakai kene kutuk? badan kita same je tau. aihh.

    duduk dengan family memang susah nak bergaya sikit.

    ReplyDelete
  4. hai kazen! sy ske entry kamu yg ni :P

    ReplyDelete
  5. its good dear;)
    asyik pun suka pakai tdg yg labuh2 ni..he3..sbb kdg2 segan nampk bentuk.........he3..

    ReplyDelete
  6. anda lawaa :D btw, im follow u sys !

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Bgus ade niat baik macam tu. Bukan baik sje malah dituntut pon kan? Tnniah diatas perubahan anda. =)

    ReplyDelete
  8. cantik. ok style ni. lepas ni pilih skirt pulak. sopan pon sopan. insyaAllah.

    ReplyDelete
  9. loving this entry :D

    ReplyDelete
  10. Love your outfit :)

    ReplyDelete
  11. hi, thanks for visiting my blog.. follow me yeah!! i folowed u hahaha

    ReplyDelete
  12. ctnlady:thanks babe~
    hslinda:yeay.entry ni pengaruhi awk.hoho
    ieka:npe kena kutuk?cuba try upload 1 gmbr u pkai skinnie kt entry. nk tgk :)
    aziera,i.seeker,nerd,47!k@#:thanks!
    anita:harap2 mkin ke arah bgus :)
    mary:xde skirt :(
    jaja:thank u,nada!! ^_^
    sheryln:okay sherlyn :)

    ReplyDelete
  13. ifa, hang buang chatbox eh? weh MAS ade sale till 5th may. return from adelaide 990. brisbane 993. travel period 20th april-8 dec 2011, 15th jan- 15th march 2012.interested?

    ReplyDelete
  14. cntik sgt ;)ajar fara wat shawl cmtu leh?

    ReplyDelete
  15. miec::)
    senah:dh lame xde.hoho.
    fatin:thank u!!
    farah:almk..sogan saya nk wat tutorial.hoho

    ReplyDelete
  16. ohh nice color blocking here ^^ suke2 skg makin cantik lah anda..hehe neway, sy pon SUKE BOKEH gak!

    ReplyDelete
  17. salam...sgt2 bmint ngn tjuk entri ini..keep it up dear..:) bgoz sgt2 nk brubah...pastikan istiqamah ye dear..:)

    ReplyDelete
  18. http://synergistichatidoktormuda.blogspot.com/

    Alhamdulillah satu usaha yg baik. Semoga Allah memberikan kekuatan pd awk :)

    Jom jalan2 ke blog sy jugak ok?

    ReplyDelete
  19. Betul-betul, pakai tudung labuh lagi secure, tak payah risau orang dok tengok ke ape, hehehe..

    pssst: oh, hand sock skull sgt cantik, purple lagi. Pernah masuk kedai i-socks ke? Hee :)

    ReplyDelete
  20. sizzlings:haha.macey!eh!same lak kite suke bokeh!
    aidab:thank u !! :)
    yuslizar:orite!sofar, istiqamah :)
    kamaryeah:thank u!!
    t.m.d:ok :)
    linteddy:arigatok!haip! :)
    myzaluna:yeay!awk je yg notice handsock sull tu!!i-sock?ape tu?kedai byk sock cntik ek? :)

    ReplyDelete
  21. daring.
    leh pakai suar yg kaler nyer lebih kearah len.yela selain kaler jeans kan.
    proud of u.
    stylo pun tetap menutup aurat.
    keep go on k..
    nnty ka lebih bnyk gaya remaja dari awk.:)

    ReplyDelete
  22. pwncess:wow!proud of me? (malu2x).saya suka bgi inspiration kt org trmasuk awk!ngee
    masshie:ehem2.ni msti dh lama x mlawat blog ni.byk komen hang.kih2x.

    ReplyDelete
  23. Congrats ifa ^^. kita pun dah try pakai tudung tutup dada. Hehe. rasa selesaaaa n tak risau apa dah :)

    ReplyDelete
  24. ana:kliklah fb like.hoho
    cikff: :D
    nazira:congrats to u too!tp sy pn pkai x ckup labuh tu.xpe.skit2.sluar pn still ketat tu ;)

    ReplyDelete
  25. Seriously , I suka gilababeng cara you dressing ! superb :D you pandai match2 kan colour ! teruskan :)

    ReplyDelete
  26. nazira:yup.slowly
    biela:hipe!thnk u!
    p.momoy:skang dh byk tutup bntot. :)

    ReplyDelete
  27. sy pun rasa macam tu. dan baru mula step by step utk berubah jadi lebih baik. tudung lebih labuh lebih manis kan.. ;)

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork