Sunday, March 6, 2011

Tips sewa van (a true experience)

whassup sumer!! aku baru je lepas habis angkat barang2x dari current rumah sewa aku (st. peters) ke rumah sewa yang baru (mile end). kitorang sewa van beserta driver untuk angkut barang2x. pergh! sewa pun tetap penat gak beb sebab kitorang gak yang kena mengangkut! kitorang tu refer to 5 girls only!no boys! yang driver tu pulak hanya tolong bile kitorang kerah dia! memang jahanam tol laki ni! kalo bagi service tu, bagilah elok2x. sengal! dah la nak communicate dengan lelaki ni susah skit sebab dia tak berapa nak paham pulak english. so, tadi bagi aku ada sedikit masalah la jugak. ya! benda ni mungkin tak penting bagi rakyat malaysia sebab kat sane sewa lagi murah compared di sini (bila convert kena darab 3.blh nampak betapa banyaknye duit kitorang guna) and ade mak ayah yang tolong uruskan bila kat malaysia. tapi, bila tingal di luar negara, and u have to do everything by your own, memang agak stress la jadinya. lagi2x lau driver tu takde etika kerja. so, untuk pelajar terutamanya yang duduk di luar negara, apa yang korang patut beware bila sewa kenderaan ialah:

 deal or no deal
bila call untuk dapatkan perkhidmatan sewa ni, tanya dulu macam mana rate dia. macam tadi, driver tu charge 1 jam=25 dolar. kalau terlebih 10 atau 30 minit, contohnye, 1jam 30 minit, tanya dia brape pulak dia charge untuk extra masa tu. kalau kurang dari sejam lak, brape pulak charge dia. sume tu penting sebab bila dah abis guna perkhidmatan dia, then baru nak tanya rate, lagilah payah. boleh je laki tu free2x menipu. ini semua untuk mengelakkan salah faham yang boleh ganggu emosi korang yang penat disebabkan angkut banyak barang. siyesly!

perkhidmatan
pastu, tanya dia penghantaran barang2x tu include tolong korang angkut barang ke tak. ape yang kitorang hadapi tadi, laki tu macam sengaja je lambat. tak abis2x cakap dengan membe thru phone. asik2x call. apekah??!! kadang2x, dia buat tak tahu je. kalau angkut pun, letak sekerat jalan je bukannya terus bawak masuk dalam rumah. disebabkan perangai dia tu, aku kerah2x dia suruh angkut. asal dia tengah rilek2x skit, aku kerah dia suruh angut barang itu barang ini. bila dia tengah call, aku cakap kat dia "tadi kate nak cepat.nape call2x lak?!!". (aku cakap dalam english la kan.) bile dia dengar aku kata camtu,dia terus letak phone then tolong kitorang. sengal tol! tadi, dia jugak yang suruh kitorang cepat sebab ade hal. tapi, dia lambat2xkan waktu pulak. hurm. maybe sebab charge per hour kan. so, dia nak untung lebih.entah lah.

bantuan membe itu penting!
aku rase ini paling penting! kenapa? ye la. sebab bila ramai yang tolong angkut barang, tak ambil banyak masa and then, kuranglah bayaran yang korang patut bayar. lagi satu, dapat mengurangkan kepenatan korang! bila penat, jadi emo. tadi, time nak angkut barang dari st. peters, ex-housemate aku tolong punggah barang ke luar rumah. so, bila driver tu datang, tak ambik banyak masa sebab barang tu dah memang kat luar. boleh terus diangkut ke dalam van. kan2x??

planning babe!planning!
korang kena plan berapa orang kena get ready di rumah sewa baru and di current rumah. tadi kitorang tersilap plan la pulak! di current rumah, ada ramai membe boleh tolong sebab penghuni baru untuk current rumah tu dah ada di rumah tu. banyak lah tangan2x yang ringan kan. tapi, masalahnya ialah people yang get ready di rumah baru. ada 2 orang je. tak larat dowh nak angkat semua. walaupun driver tu tolonglah jugak angkat barang, tapi siapa yang nak angkutkan ke dalam rumah? kalau 2 orang je yang angkat, memang boleh pengsan terus la lepas 1 trip angkut barang! barang berlambak! pastu, barang bukan yang ringan2x tapi yang berat2x macam meja, kerusi, rangka katil. dasat! pesanan untuk korang! biarlah ramai orang yang get ready di dua2x tempat, which is rumah baru and current rumah.

road guide
sometimes, ade je driver yang tak tahu jalan. so, it's better you guys tahu macam mana nak ke destinasi yang korang tuju. be prepared je la dengan route map ke destinasi. at least, kalau driver tu tak tahu, korang boleh jadi road guide. hehe. ini semua untuk menjimatkan masa. tadi pulak, driver tu ada gps. so, tak perlulah aku nak risau sebab dia dah ade road guide depan dia and confirm tak sesat!yeah!
p/s: ini semua berdasarkan pengalaman aku sendiri. aku tulis terus lepas abes kemas.fresh from the brain!!! hehe. walaupun penat, tapi aku rasa macam nak kongsi dengan korang.
mood: penat. maka, tak de mood nak ambik gambar sendiri.

8 comments:

  1. amboii..terperinci gituee.thnks dear:)

    ReplyDelete
  2. hehe..betul2 penngajaran ni :D
    plus sempat plak update blog..
    camne pun..happy new home :D

    ReplyDelete
  3. wah berguna btol tips ni..
    ner tau dapat gak nak p balaja kat overseas walaupun dlm mimpi..
    heheheheeh..

    releks jgn emo!!! =)

    ReplyDelete
  4. hye dear...i dah follow u ya..nice blog..entry best...

    ReplyDelete
  5. entry nih best..bergune nih...

    ReplyDelete
  6. Heyy sis ! TY drop the comments on my blog , Do follow mine too : )
    http://xxxschubert.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. echah:hehe.tgh fresh dlm otak
    unknown:tu la pasal.rjinkn diri
    kopipnk:thank u :)
    qyqa:insyaallah dpt
    yurn:thank u dear :)
    syaff:thank u syaff :)

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork