Thursday, February 10, 2011

kepala panah boleh dimakan di Chinese New Year!

rase macam dah lama tak update buku teknologi aka blog aku ni. kadang2x rase malas nak tulis sebab banyak liku2x &halangan yang berlaku bile nak menulis. contohnya: bile nak tulis, idea untuk menulis tanpa berhenti, tarak! baru je nak menaip, kena panggil buat keje rumah. sekarang ni, idea aku sedang menular, mak aku pulak ajak makan!!adeyh..jap gi sambung lak.huhu
(baru balik dari makan)
okay!hari ni aku nak menyampaikan sebuah resepi untuk anda2x semua yang berada di rumah. untuk sesiapa yang berada di Giant, boleh terus beli Arrow Head (itupun kalo ade la). kenapa korang patut beli? sebab aku dah sediakan resepi untuk korang! & kite haruslah sentiasa mencuba. jangan dok asik nak makan kerepek ikan je.kerepek-berupa-sengkuang ni pun kena try gak! kuang3x..walaupun rupa macam sengkuang, tapi rase tak same. bak kata pepatah "rambut sama hitam, tapi hati lain2x". hehe. ade paham2x??
baik ladies & gentlemen sekalian. sebelum aku mengolah resepi kerepek Arrow Head, aku nak bagi intro sket. Arrow Head ni bila dah ditogelkan rupa die macam sengkuang. aku rase spesis ini diimport dari China. only single & available sewaktu Raya Cina je, tak silap akulah. bila musim lain, dah tak dijual. benda ini sedap dimakan dalam bentuk kerepek. siyes sedaap beb! 
okay, let's start!...
mula2x, kupas kulit spesis ini. pastikan jangan buang tongcet die!! tau tak tongcet tu ape? tongcet ni terletak di kepala dia, yang rupanya ala-ala rambut tongcet Korosuke dalam Kiteretsu tu. kalo tak boleh bayang, tengok gambar bawah ni.
 ade sebab tongcet ni tak boleh dibuang. semua yang berlaku ada sebab2xnya. sebabnya ialah tongcet itu memudahkan kerja korang sewaktu menghiris spesis ini. so, selepas membogelkan spesis ini, korang gunakanlah alat penghiris. kalo nak hiris manually guna tangan, dikhuatiri ia tak lepas syarat untuk menjadi kerepek yang rangup. contoh alat yang boleh digunakan, ialah seperti di bawah.
Arrow Head yang sedang menunggu saat ia mati di tangan alat penghiris
oh!lupe nak habaq 1 perkara! sebelum nak hiris, lebih baik korang panaskan minyak siap2x. jimat masa, jimat tenaga, jimat wang! (aku rase macam takde kaitan). bila minyak dah panas, korang boleh hiris terus spesis ini ke dalam kuali yang dah panas. kuantiti minyak  sedang2x sahaja. jangan kedekut minyak sampaikan bubuh sikit sangat, nanti tak rangup. so, goreng, goreng, goreng. tak payah nak bubuh perasa ek. tak elok untuk kesihatan. hoho. goreng macam tu je pun dah sodap eyh!.
awas! tak digalakkan untuk menghiris banyak2x dulu then baru nak masukkan dalam kuali. bile hiris banyak2x, spesis yang sudah dihiris ini akan saling bertindan sesama sendiri. ini menyebabkan pengumpulan air berlaku secara tidak sengaja. and then...
bom!!tebabooom!!! (minyak sedang terlonacat2x sambil meletup)
ini ialah contoh spesis yang dah dihiris. nipis kan?
pastikan spesis ini diangkat dan ditos bile dah kekuningan. jangan angkat lambat sangat, nanti terlebih garing sedikit macam kerepek kat bawah ini. lagi satu, kalau urat-urat kat spesis ni makin jelas semasa digoreng, itu bermakna kerepek ini rangup dibaham.
 adeyh2x. kesilapan teknikal sedikit. tapi, aku jamin rasa die sedap!!yeah!yeah!
p/s: Raya Cina dah berlalu, tapi aku baru nak buat entry yang berkaitan Raya Cina.outdated..outdated..
lagi 1, aku tak puas hati dengan 2 gambar last dalam entry ni sebab software yang aku selalu guna tu buat hal.hampeh! so, gambar kurang menarik nafsu untuk dimakan.huhu

17 comments:

  1. salam..first.. ke?
    keropok nie ader jual kt mesia ker..or home-made jer..haha..
    cm kenal jer kopok nie..ke salah kopok??

    ReplyDelete
  2. rasa cm teruja nk cuba try test buat kopok nie..tp kemalasan selalu menghalang..aper kata kita mebeli-belah saja kopok nie supaya ader keuntungan utk para peniaga??

    ReplyDelete
  3. haah.jual kt msia.rupa kopok ni mcm lg 1 jenis kopok.x ingt lak ape.hu2.uish.nk beli, boleh je!no hal2x :) skali skale bgi untung kt pniaga

    ReplyDelete
  4. rajin benor u masak nie..ape ader aper2 ke nie??hmm

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan..

    Macam sodap je benda tu..huhuuuu

    thanks sbb melawat blog saya.. dh foolow u :)

    ReplyDelete
  6. adoi sis.. buat fiqa terliur jer...
    btw,thanx 4 visit my blog ya.. fiqa follow akak.. :D

    ReplyDelete
  7. thanx dear. jenguk blog lya.. hmm sy singgah sini. hmm mmg sedap pn.. hihi
    follow me back
    http://duniacikcomel.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. cam nak try bt je kerepek ni.. ehehe

    ReplyDelete
  9. huhu....bley try neyh.....btw, cantik laa pics awk tngkap...(n_n)

    ReplyDelete
  10. rajin update blog tau baru ada bahan eja nak baca..hehe sdpnye keropok tu ..sila berikan pandangan ye http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/02/diakah-cinta-sejatiku.html

    ReplyDelete
  11. hijua:mesti ar kena rajin.name pon prmpuan.hoho
    zhrh:cnfirm sdap!thanks jugak!
    fiqa&lya:thank u!!
    yaty:haha.nasib baik bkn time bulan pose bace entry ni
    eily:silakn try
    shiqin:thank u!!trharu ade org puji cara sy tngkap gmbr
    eja:hehe.okay

    ReplyDelete
  12. bagus ifa nie..sesuai untuk dijadikan calon menantu mana2 ibu bapa nie..sejuk mata diorg..huhu

    ReplyDelete
  13. menariknya..xpnah dgr lg..mcm2 kropok dh ade skrg..kna cuba la resipi ni nnt..thx u 4 sharing (^_^)

    ReplyDelete
  14. hijua:haha.lau cmtu, stiap hari masak kopok je la.
    p.hati:uish.msti cuba!!

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork