Sunday, May 12, 2013

Tahukah Anda: Tonsil Infection?



*sedang makan bubur lalu hati ni terpanggil untuk share info
mengenai tonsil infection yang sedap aku alami sekarang. ”

Aku assume ramai lagi yang tak tahu pasal tonsil bengkak atau infection. Sebabnya bila aku tanya rakan sekeliling, semua buat muka noob aka tak tahu. Menurut hypothesis ifa athirah, jikalau rakan-rakan ifa tidak tahu, maka ada kemungkinan tinggi ramai lagi yang tidak tahu mengenai sakit tonsil. Berdasarkan hypothesis itu, aku dengan berbesar hatinya nak cerita kat korang mengenai sakit tonsil based on pengalaman aku sendiri. Sebab utamanya ialah kami mungkin nampak normal, sihat lagi kuat. Malangnya luaran kami tak mencerminkan dalaman kami. Dalaman…. terseksa wa cakap lu! Seumpama orang putus cinta. Muka rock tapi hati tergores lagi merobek. Haha. Tapi, dalam kes ini yang merobeknya ialah tekak aku.

Untuk pengetahuan korang dan berdasarkan pengalaman hidup aku.. ceewahh… bunyi macam aku ni dah tua sangat je. Okay. Ada dua jenis sakit tonsil. Satu nama dia tonsil bengkak. Satu lagi tonsil infection, which is ada beberapa tompokan putih pada tonsil itu. Kalau tonsil bengkak, itu kes normal. Paling-paling pun, aku hanya demam dan tekak aku tak sakit pun. Tapi, kalau dapat tonsil infection, itu kes luar biasa because it is freaking painful and pertama kali aku faced sakit ni. Tonsil infection telah menyebabkan aku jadi seorang yang pendiam dan pemalas. Semuanya gara-gara symptom tonsil infection iaitu rasa jaw sakit dan bengkak, gigi sakit seolah-olah macam nak tumbuh gigi baru, tekak sakit especially bila telan air liur dan minum air, urat leher sakit, kepala bengong, mata terasa panas dan demam.    


Selain itu, tonsil infection menyebabkan orang sekeliling anggap aku sedang menghadapi regime diet yang strict gara-gara makanan aku setiap hari hanyalah bubur dan sup sahaja. Padahal tekak ni tak mampu nak telan nasik apetah lagi makanan pedas. Rasa macam ada beberapa jarum dalam tekak. Asal telan je, jarum tu cucuk- cucuk tekak aku. Asal makan je, aku end up, tangan asik menekup dahi dan muka berkerut menahan kesakitan.  Masalahnya, aku akan terbuat posisi sama bila minum air. Padahal air sejuk je. Tak pedas pun. Tapi, effect air tu lalu kat tekak ni membuatkan kepala aku bengong lagi bengang jadinya. Haha.  


The worst feeling bila aku tak mampu nak fokus pun buat kerja sekolah gara-gara menahan kesakitan. Sediih la gua macam ni. Sebagai pesakit tonsil infection, aku kena banyakkan berehat dan memang aku banyak berehat aka tidur. Kalau aku sedar, aku tak larat nak tahan rasa sakit. Nak fokus study pun tak boleh. On the other hand, bila aku tidur, aku tak rasa sakit. Tapi, aku memang tak study la waktu tidur. End up, aku tak buat apa-apa. Huwwaaaaa T_T Apa pun, aku still bersyukur sebab tonsil infection tu kena pada sebelah tonsil je. Bukan dua-dua belah. Kalau terkena dua-dua belah, serius, aku akan menangis setiap hari sebab rasa sakit dia akan jadi dua kali ganda. And then ada probability aku jadi kering sebab tak makan sangat. Peergh. 

Maka, tamatlah info aku pasal tonsil infection. Kalau ada terdengar rakan-rakan korang terkena, maka, faham-faham je lah kondisi diorang macam mana ye. Perit gaban wooooo!   

10 comments:

  1. terima kasih atas info..baru tahu beza tonsil bengkak dgn tonsil infection...

    ReplyDelete
  2. member pernah kena tonsil infection. bila tengok dia nak ckp atau makan , kesian je tengok macam sakit sangat.. I know what do you feel..:)

    ReplyDelete
  3. Sabar la ek. Moga cepat sembuh, dpt study dan makan secara normal. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. saya pun pernah gak kena tonsil. tp rasanye tonsil biasa je kot... sakit mmg sakit sgt. tp boleh tahan lagi. dan bile kena tonsil ni, bole buat alasan nak makan aiskrim byk2. sbb doc sendri suggest suruh mkn aiskrim vanilla. hihihi. adik kwn sy dulu sampai muka biru bile kena tonsil. maybe bengkak teruk sgt, x dpt nk bernafas. ada kwn lg sorg pun, dia kena operate sbb tonsil juga.. huhu

    ReplyDelete
  5. huiih gile sakit panahan tonsil ni an.
    Sabar yee ifa,Kuatkan hati yee.
    =)

    ReplyDelete
  6. Duniawrnawrni: hehe.sy pn bru tahu
    syafiqah:kaan? huhu.tp skang dh smbuh fully! :)
    cimon:aamin..dh normal dh skang.hehe
    pearl:fuyo..tu lg truk bunyinye.smpai biru muke.ngeri!! ahaha.x kena tonsil pn bole mkn aiskrim byk2. :p
    busyra: thanks
    myra:kna kuatkan smgt gak.bahaha.kalo x nido je keje

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum.... ya sya ingat....saya dh dapat hadiah dari pink Enuf tu... :)...
    -yummycoklet.blogspot.com-

    ReplyDelete
  8. Assalam apa ygawk rasa sama ngan akk rasa....mmg mcm jarum menyucuk dalan tekak bila menelan...nak kata berdenyut bukan berdenyut....makan plak mmg yg soft je mcm baby...tupun untung dapat telan...menangis ooo

    ReplyDelete
  9. Baru kena bnda ni TT. Lama tak bnda ni nak heal.

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork