Saturday, September 15, 2012

why Cats are deserved to be taken care of compared to Rabbits


Ada sekali tu, tengah aku scroll down news feed facebook aku, and then aku ternampak seekor rabbit yang sangat comel, mata sepet, gebu, bertelinga labuh dan berwarna kelabu. Baca description aku bagi pun korang dah boleh assume kecomelan dia kan? Disebabkan terhypnotized dengan kecomelan rabbit tu, aku teringin giler nak bela rabbit yang criteria macam tu jugak! Aku dah kira-kira, after grad je terus angkut seekor rabbit.

Ada beberapa kali jugak la otak aku ni asyik berikir pasal future-rabbit-peliharaan aku, memikirkan aku patut ambik ke tak. kalau nak yang comel, duit keluar pun comel. waduuh. gi mana ni. last-last aku tak jadi ambik rabbit tu gara-gara tengok news feed dari page "Kucing Terbiar Anjing Jalanan" yang sentiasa updated and penuh dengan gambar kucing yang kena buang. kena buang + free gifts dari orang bersikap bangang yang suka nak buli kucing tu sampaikan ada yang patah tangan. badan kena simbah air panas. dan jugak dari orang yang bersikap tak bertanggungjawab sebab buang kucing. sedih dooowh. rasa nak bela je semua tapi tak mampu la pulak. kalau orang suruh aku pilih antara volunteer untuk manusia atau binatang, ada probability besar aku terus pilih volunteer untuk binatang tanpa fikir banyak.

























                                                1. baru lepas pembedahan 2. disodok racun oleh manusia bersikap siey 3.diberi makan

Back to the topic, since aku asyik nampak kucing/anjing malang kat news feed aku..... aku rasa lebih baik 
aku adopt kucing terbiar ni daripada beli binatang untuk bela binatang (aka rabbit). Main point is, kucing terbiar takde orang nak jaga and rabbit pulak walaupun kita tak beli, orang yang jual tu still jaga sampai dia gemuk gedempol. Kucing terbiar macam mana pulak? camtu je la. kalau takde yang kesian, depa nak makan ape? depa pun macam manusia jugak. kalau terbiar je, makanan pun main balun je. tulang ikan pun telan. penyakit pun senang kena. bajetlah kucing tu tahu nak pergi klinik. last-last, tunggu masa nak mati je tapi dalam keadaan sakit. kesiannya =( Disebabkan tu, aku paling tak  boleh belah sekali bila ada manusia bersikap sial mengada-ngada torture kucing/anjing ni. Kalau aku diberi kuasa, aku akan penggal tangan orang tu kalau dia penggal tangan kucing. Kalau dia simbah asid kat kucing, aku simbah jugak asid kat dia lepas tu aku lempar durian kat muka dia. padan muka!. Biar balasan setimpal. Nama je manusia ada akal. Tapi, perangai lebih bodoh daripada binatang yang tak berakal. Seriously I’m really really pissed off! Kat binatang pun tak reti nak buat baik, apatah lagi kat manusia yang sama bangsa.

Aku tak kisah kalau orang tak suka binatang/kucing, asalkan dia tak buat jahat kat depa. Why on earth you must buli cats?anjing? Diorang binatang je wey. Tak.de.a.kal. kalau suruh pilih antara htc dgn iphone, depa tak tahu pun mana satu yang lagi best. Gilo punyer orang. Lagi satu, I can definitely say some of them are muslims. What the heaven nama muslim perangai tak macam muslim langsung? Kan kita dah diajar untuk mengasihani kat binatang walaupun binatang tu babi comel. Nak bagi alasan tak diajar? Guna common sense la wey. 

I’m sorry to readers cause you guys kena baca pulak entry amukan ni. bengang betul aku dengan manusia-manusia yang tak berguna ni. tak berguna sebab tindas binatang tak berdosa. Padahal manusia banyak dosa, ada hati nak buli binatang tak berdosa. What the fuuu? Anyway, kalau sesiapa nak bela binatang, moh la kita adopt kucing/anjing ni! Mesti diorang happy ade orang nak jaga diorang ^_^. nak donate duit pun boleh.

p/s: what do you guys think about kucing terbiar? anjing jalanan?

8 comments:

  1. Kita sebagai khalifah di muka bumi yg ada akal fikiran ni kne lah menjaga haiwan-haiwan tu kan.. Dah la comel pulak tu ^^ . Dayana pn tak faham betul manusia yg tak berhati perut dgn binatang ni.

    ReplyDelete
  2. Thn lepas aku rescue sekor stray kitten yg jatuh longkang. bawak balik rumah cuci2 sket n kasi mkn. nxt day tgk dia mcm sakit, mata injured - aku terus bwk gi vet. vet kata kena hold seminggu sbb mcm teruk. d next week vet call, kucing tu dah mati. huhu..mmg sedih. tp walaupun aku kena byr RM100 pd vet (tho not my kitten) at least rasa satisfied sbb dpt tolong makhluk Allah yg unfortunate.
    sekian cerpen yg ringkas... =)

    ReplyDelete
  3. Kalo xnak bela, ade makanan lebeyy, bg laa kat depa.

    ReplyDelete
  4. Err err tak suka kucing sbb sometyme rasa geli. But to be honest, tak pernah r wat jahat camtu skali kat kucing tu. Even tak suka, still ada rasa simpati kut. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Tulaa... pelik dekat sesetengah manusia yang buat kejam dekat binatang :( Binatang pun takde perangai macam tu.

    ReplyDelete
  6. dayana:saya lgi x paham.haha
    zamri:aku bru nk tgur ko tulis cerpen ke.tp ko dh cukup dlu plak.haiyaa.waah.good job zamri!wohooo
    cimon:jgn bgi tulang ikan sudah.hehe
    liyaa:kan.x kesah je geli aslkn x buat jahat.
    reena:kiranya salahlah peribahasa manusia berperangai binatang?haha

    ReplyDelete
  7. why cats deserved la ifot. mana ada are huhuhuhuhuhu.

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork