Monday, August 6, 2012

Bazaar Ramadhan Adelaide 2012


Waktu aku tengah lipat kain solat sebab baru lepas habis solat di uni, pandangan aku terpana sebab ternampak satu poster yang berwarna-warni ni. Terpana bukannya sebab design poster tu. tapi, sebab perkataan-perkataan yang sangat familiar tertulis atas poster tu. pendek je perkataan tu tapi bagi impak dan memberi effect pada emosi aku. Wohooo. Poster tu starts with letter B and end with letter N. dia 2 patah perkataan. Perkataan pertama ada dua suku. Perkataan kedua pulak ada 3 suku. Acaner? Boleh agak tak pebenda? ……It is Bazaaar Ramadhan!!! Peeergh! Mulalah kepala otak aku ni tercari-cari terbayang-terbayang makanan kat Bazaar Ramadhan though I already expected that Bazaar Ramadhan kat Adelaide ni not as huge and variety macam kat Malaysia. What do you expect? Yang jual pun pelajar-pelajar Malaysia je. Bilangan Malaysians kat sini bukannya sebanyak macam kat Malaysia. And dalam banyak-banyak student kat Adelaide ni, korang ingat semua orang nak bukak gerai? Jangan haraplah especially dari orang macam aku. Ngee. Kalau orang mintak tolong and ada geng okay la. tapi, kalau aku yang jadi orang pertama yang cadangkan bukak gerai kat bazaar ni, memang ranap la wey. Dengan tak boleh nak merasa untuk juadah yang dijual, ada rupa juadah yang aku buat tu sama ada tawar bebenor atau masing’ pekak (loghat ganu).


Whatever it is, aku bertekad pergi Bazaar Ramadhan tu! aku tak kira, sedap ke, tak sedap ke, bubur tak cukup masak ke, harga mahal sikit ke, rasa gitu-gitu je ke, bazaar ni memang kena pergi. Semuanya sebab tahap kempunan aku. Jangan main-main wey dengan tahap kempunan orang berpuasa di bulan puasa. Kalau tak tercapai, memang kena buat sendiri yang ada possibility outcomenya boleh jadi the best, sedang-sedang atau tak jadi. Kalau the best tu takpe. Tapi, kalau tak jadi, peeergh, berdarah air mata kena telan habiskan juadah yang tak menjadi tu. tragedi Oktobeeerr~~ Apa yang penting, aku dapat hilangkan kempunan aku. Aku dengar ada roti john, cendol, bubur lambuk free, kuih cara berlauk, kek batik, mee bandung, kue teow kungfu, keropok lekor, roti pita, taufufa, sate, nasi ayam percik, nasi ayam dara, kuih seri muka, etc, etc. huurm. Sooo many things to buy. Teheee.

So, the day arrived! Aku and geng bazaar aku keluar awal dari rumah supaya kitorang boleh sampai on time. Benda-benda macam ni kena on time. Naya doowh kalau habis. Nak tunggu hujung tahun baru hilang kempunan…itu kes merana tu. gerai first yang kitorang sampai ada jual taufufa, cendol dengan mee bandung. Tanpa berfikir panjang, aku kebas tiga-tiga jenis! Cendol memang benda wajib dibeli. Taufufa pun wajib walaupun aku tengok rupa taufufa tu dah hancur tahap gaban. Takpe-takpe. Mee bandung? Itu pun wajib walaupun mula-mula aku fikir dua kali nak beli sebab dah beli kue toew kungfu. Ngee. Tapi, sebab takut kempunan, aku beli jugak! Muahaha. Utamakan kempunan, elakkan kelaparan. Disebabkan masing-masing ada 4 juadah di tangan, aku pun keluarkan… “Plastik Ajaaaib!!” (intonasi macam Doraemon) dari beg kecik aku. Semua benda sumbat sampai penuh satu plastik. segan pun ada, tapi… tak jadi nak segan sebab kempunan harus diutamakan. Hoho. After sumbat-ing all the juadaah, kitorang teruskan mencari mangsa. Boleh kata kesemua juadah yang dijual ialah makanan yang patut dibeli sebab aku rasa makanan-makanan tu penting di waktu puasa. Aku rasa lah (orang yang 3 tahun tak pergi bazaar memang akan cakap macam tu).

Selepas berpuas hati dengan hasil tangkapan kitorang, kitorang pun balik dengan perasaan girang gembira. Seronok wooo bawak balik 1 plastik ajaib yang penuh dengan makanan sambil tangan pulak penuh sebab pegang cendol punyer pasal. Rasa macam orang jakun first time jumpa bazaar. Sampai rumah je, kitorang terus susun makanan atas meja sebab bersemangat nak berbuka dengan pelbagai juadah tu. Walaupun memang juadah yang kitorang beli banyaaaaak, tapi kitorang yakin kitorang dapat habiskan gara-gara kempunan. The result…. makanan habis. Perut buaya dooowh. Tapi, bila dah kenyang sangat perut tu, jalan ke masjid pun dah macam rupa nenek bongkok tiga. Kenyang giler weyh perut aku. Tak larat nak tegakkan badan sebab perut overload. Naya pun nayalah. Rezeki depan mata. Alhamdulillah…
p/s: pictures credit to FB friend

6 comments:

  1. wah...kat sana pun ade bazaar...cm best je..

    ReplyDelete
  2. Wahh seronoknya pergi bazar ya. Baguslah student Malaysia buka bazar. At least dapat gak makan makanan Malaysia di sana kan.

    Owh follow blog kamu. =)

    ReplyDelete
  3. huhu,takde la rindu sgt kt bazar kt m'sia kan =)

    ReplyDelete
  4. kelakarlah entry nh.

    Hik3 (^_^)

    ReplyDelete
  5. hanani:bazaar sekali seumur hidup je tu :)
    zigu:sehari je ^_^
    nurhuda:kan3??macey!!
    myra:boleh la.wlaupun rse tak seawesome malaysia :)
    cimon:haha.kelakar ey?ingtkn thap normal je.ngee

    ReplyDelete
  6. giler cool header tuuuu~~~
    suka!!!!
    *lari topik jap

    p/s: da letak blog ni kat bloglist!
    ^^

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork