Saturday, May 26, 2012

Kenapa Syarifah kena kahwin dengan Syed?

Nama pendek aku Ifa Athirah. Nama panjang aku Syarifah Athirah. Disebabkan nama Syarifah tu, ada “Syarifah lain” yang excited nak tahu aku ni keturunan AL-apa. Al-Attas ke. Al-Yahya macam Scha tu ke. Al-Idrus ke. Al-Hijrah ke. “Syarifah lain” tu aku kenal waktu aku dengan membe-membe aku pergi Kem BTN. Muka “Syarifah lain” ni memang Arabian sangat, tapi sekali mulut bukak je, terus confirm tahu dia orang Malaysia! Aku bagi nama dia “syarifah lain” sebab aku sendiri pun tak ingat nama dia. Ngee~. Aku ni memang short-term memori bab-bab nama ni. Tapi, kalau korang tanya yang mana satu “Syarifah lain”, memang aku dapat gred A ar dalam Ujian mengenal-pasti-wajah-orang-yang-anda-tak-kenal-tapi-baru –sekali-terjumpa.

Disebabkan muka dia terlalu Arabian nak compared dengan aku, and orang lain pun teruja nak bermesra-mesra dengan dia, entah macam mana ada manusia tanya dia pasal isu kahwin Syed-Syarifah ni. Dia pun cerita lah yang family dia which includes pakcik, makcik, atuk, nenek segala bagai memang sangat particular bab-bab kahwin ni. Family dia memang tekankan dia kena kahwin dengan Syed. Dia ada jugak cerita ada Syarifah nak kahwin dengan laki biasa, tapi pak/makcik diorang tak setuju! Siap boikot as in tak pergi majlis perkahwinan Syarifah dengan non-Syed ni. Dalam hati aku rasa panaaas je. Siap kipas-kipas muka aku kasi cool. Aku pelik! Kenapalah sesetengah Syed-Syarifah ni sangat particular pasal kahwin dengan golongan sendiri. Diorang kata untuk jaga keturunan supaya tak pupus, lagipun, Syed-Syarifah ni keturunan ahlu bait aka cucu Rasulullah.
Bagi aku, itu semua keturunan je kot. Nanti di akhirat, takde maknanya Allah nak asingkan Syed-Syarifah dengan non-Syed-Syarifah, lepas tu adili dengan cara lain-lain sebab kitorang ni keturunan cucu Rasulullah. No way man! Walaupun dari segi Islam, keturunan tu penting sebab ia akan effect bakal anak-anak kita. Kalau ancestor seseorang ada yang jadi penjenayah, memang ada possibility keturunan dia ada gene tu. aku bukan kata keturunan dia akan jadi penjenayah selamanya. Tapi, keturunan penjenayah ni teraffected dari segi lain. dari segi mentailiti, emosi etc. and it’s true, you know. So, aku okay je kalau dengar someone carik seseorang sebab dia keturunan baik. Tapi, kalau carik someone sebab dia Syed-Syarifah, itu memang bikin wa panas!

Okay. Maybe jugak golongan kuat Syed-Syarifah ni akan kata nanti bakal anak-anak kita maintain muka Arabian aka hensem and cun-cun. Aku membantah 100%! Mak aku cun jee tapi anak dia yang nama depan Syarifah ni, tak secun mak dia pun. Wuuu~. Lagi satu, banyak je Syed-Syarifah yang tak Arabian langsung. Bagi aku, muka Arabian tak semestinya cantik. Cantik itu subjektif. Lagipun, muka tu sementara je, tak kekal pun. Aku taknak guna alasan nanti tua, huduh jugak. Dah lapuk dah alasan tu. Aku nak guna alasan: amalan kita tu yang lagi penting. Kalau muka cun/kacak, tapi perangai macam haraaam jadu, minum arak, pakai seksi-seksi sampai nampak lurah…last-last kena seksa jugak di api neraka (harap-harap tak ramai yang macam ni =( ). Takde maknanya Allah nak kurangkan balasan kat kita sebab kita cucu Rasullullah. Besides, bagi aku kalau nama syed-Syarifah, tapi tak amalkan amalan seperti Rasulullah, takde gunanya nama depan ada Syed-Syarifah.

Atas tu ialah alasan aku kenapa aku tak sokong perkahwinan Syed-Syarifah ni. And kalau korang ada kawan ke, makcik ke, atau sesiapa yang nama Syed/Syarifah and diorang menyokong perkahwinan Syed-Syarifah sebab nak jaga keturunan, korang tanya sebab muasabab diorang pastu inform kat aku. kot-kot aku salah, diorang betul. mana nak tahu. aku just bagi pendapat aku je which based on tahap knowledge yang aku ada. Apa yang aku pasti, sebenarnya kita semua keturunan nabi...........
Nabi Adam =)
kalau nak tempah doodle, klik sini

18 comments:

  1. wah, hebatlah boleh mengenal-pasti-wajah-orang-yang-anda-tak-kenal-tapi-baru –sekali-terjumpa. saya nama boleh ingat, muka sometimes je boleh ingat. terbalik lah kita. :)

    ReplyDelete
  2. Teringat satu coretan yg d post ke wall FB cimon mengenai "adab" ~~ Suatu ketika Sayyidina Ibnu Abbas menuntun kendaraan Sayyidina Zaid bin Tsabit. Sayyidina Zaid berkata, “Tak usah wahai anak paman Rasulullah!” Lalu Sayyidina Ibnu Abbas menjawab, “Beginilah kami diajar untuk menghormati ulama dan pembesar kami.” Lalu Sayyidina Zaid berkata, “Tolong perlihatkan tanganmu!” Ketika Sayyidina Ibnu Abbas memperlihatkan tangannya, Sayyidina Zaid bin Tsabit segera mencium tangan Sayyidina Ibnu Abbas dan berkata, “Beginilah kami diajarkan terhadap ahli bait Rasulullah SAW.”Demikianlah Ahlussunnah diajarkan untuk menghormati ulama dan ahlul bait Rasulullah SAW.~~cimon taktau samada ianya membantu, tetapi itulah adab yg diajarkan. Namun jodoh tetap ketentuan Dia kan? Berdoa utk yg beriman dan beramal soleh adalah cita2 sume wanita solehah right? (^_^)

    ReplyDelete
  3. betul tu.. sokong sama dan pangkal nama sya x da syarifah :P

    ReplyDelete
  4. yes sangat setuju sbb sy pn syarifah juga..family sy dh bercampur ada juga umi dan ami yang tak kahwin dengan syarifah/syed ni..abah saya cakap kalau dapat kahwin dengan syed kira bonus kalau tak pun tak ada masalah..tak dinafikan masih ada golongan syed/syarifah ni yg nak ank dia orang kahwin dgn syed/syarifah juga..dlm family besar sy pn ada yg berfikiran mcm ni tpi cikit sangat..yang lain semua dah mix dah..huhu tapi pernah tak orang cakap dengan ifa,,awk ni syarifah mesti kena kahwin dgn syed kan..? sy slalu sgt org tanya mcm tu.kdang rasa geram pn ada.syed mesti lawan dia syarifah ke..? tak kan.

    ReplyDelete
  5. jodoh tu telah ditentukan oleh Allah kan...kita hanya mampu merancang dan berusaha.... pokok pangkalnya urusan jodoh dan pertemuan itu di tangan Allah ;)

    ReplyDelete
  6. mira:haha.tp ngeng bila nk ingt nama.
    cimon:saya rse saya faham mksud awk.mksudnye nak kekalkan kn?
    marniey:kalo x, nama awk syarifah marniey la.haha
    syahirah:mngkin sbb org yg tnye tu kwn dia sume kawen dgn syed2 kot.hihi
    wawa: betul tu :) itu jwpn yg trbaik utk benda2 mcm ni

    ReplyDelete
  7. Walaupon skang zaman siber..still ade yang berpemikiran begini kan..mungkin taknak name syed or sharifah tu pupus kot..

    Salam kenal ye tuan tanah..btw ur blog sgt simple and cun! :)

    ReplyDelete
  8. gimme five Ifa!!! eh gimme ten!!!

    pernah buat entri lebih kurang. Check it out if ada masa =)

    http://sophiealyahya.blogspot.com/2012/04/golongan-dan-keturunan-syed-sharifah.html

    ReplyDelete
  9. Saya bertunang n akn kahwin dgn Syarifah. Tapi kitorg xde rase kitorg lagi best dr org lain. Saya xpernah dating dgn tunang saya dan kami hanya taaruf sekali shj. Saya sendiri yg cari dia dan xder paksaan dari keluarga atau influence dari mana2 pihak. Benda ni dtg sendiri and im happy with it.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. mungkin ada orang yang terlalu taksub dengan keturunan ini, sehinggakan memutuskan hubungan keluarga. ya, mungkin itu salah.

    tapi kalau nak tau faktor kenapa orang menjaga keturunan ini adalah kerana mereka ingin menjaga keturunan rasulullah. rasanya tidak perlulah sampai tidak menyokong perkahwinan syed-sharifah, kerana hakikatnya mereka hanya ingin menjaga keberkatan ahlulbayt.

    tapi berpada-padalah, maybe ada sesetengah yang over. kita hanya mampu merancang, manusia yang menentukan kan=)

    ReplyDelete
  11. Waa, sgt setuju la. Sy pun Sharifah jugak. Famili sy mmg tak setuju sgt dgn perkahwinan ats dasar nk maintain keturunan Syed/Sharifah ni.

    Parents awl2 lg dh cakap, kalau dh jodoh, nk buat mcm mana. Takkan nk paksa anak2 dorg kahwin dgn lelaki yg ada Syed semata-mata sbb nk kekalkan keturunan Syed tu? Ini bukan zaman dulu dh.

    Cinta tak bule dipaksa ye dop? ;) Ceewah

    ReplyDelete
  12. tengah google tentang ni syed sharifah. jumpa pula blog ni.

    ReplyDelete
  13. ummm,,,sy lagi lah,,dah bercinta dgn syarifah...dah cinta sgt2,,tbe2,,,,ayah kpd syarifah"bersuare,,,cam ane pun..aq na anakku berkhwn jg gan syed,,
    cam mn prsaan korang ta kira laki or prmpn...dah syang sgt2,,tbe2 na khwin..ta bole,,,,sy memng lah,,,,oang melayu,,,xde syed,,,cme makse sy je yg ade nme syrifah..sdh...ta yah ckp lah...ase na jth jantung ne,,,dgr,,,,,kami mule...merasekan..kami dah ta de jodoh.....cdh sgt2,,,oang yg ite cinta,,tb2 kne khwin gan oang len..ummm...

    ReplyDelete
  14. hai.. assalammualaikum ..
    umie sangat setuju ngan pendapat u.. tap ada yang terlalu taksb sampai libatkan dosa pahala.. oh my..!


    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum saudari. boleh bg email saudari? saya ada benda nk bincang pasal post ini.

    abdulm989@gmail.com

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Berkawan dgn Syed nak masuk 2tahun tp abg sulungnya tentang dan mahukan dia berkahwin dgn Syarifah sehingga sanggup mencari dan meminta adiknya untuk berkenalan dgn Syarifah tersebut. Kalau korg apa korg rasa ye? Hancur luluh hati namun hanya mampu berserah pada yang Maha Esa & semoga kebahagiaan menjadi milikku aamiin ya Allah

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork