Saturday, April 14, 2012

Nasihat: Just be Cool kalau buat benda Mengarut

Aku tahu aku tak patut biarkan blog ni begitu sahaja without any updates……from me! Who else other than me??! Kalau aku tak update, nanti hari pertama korang bukak, still entry lepas. Hari kedua bukak, entry lepas. Hari ketiga bukak, entry yang lepas jugak! Masuk hari keempat, korang taknak bukak blog aku and decide tunggu seminggu. Ish. Ish. Ish. Aku tengah malas nak edit gambar la walaupun gambar asal dah cukup cantik untuk dipublished. Tapi, orang yang suka photoshop macam aku memang takkan puas hati walaupun tak touch up sikit gambar walaupun 1%. Bagi aku, photoshop tu diibaratkan macam alat penapis air kopi untuk asingkan air kopi dengan bendasing dia. Haaa. Falsafah tak?

Okay. Okay. Intro sudah. Ni baru nak masuk isi ni. Korang ingat tak aku pernah cerita yang aku selalu pergi ke tempat internship aku naik lrt? Dari lrt tu nak ke office, ada lah dalam 7 minit. One particular day which is on Friday, aku decide nak pergi jalan-jalan kat KLCC. Waktu rehat lama kan. Takkan nak terperap je dalam office. Skema betul tu. Berkat habit yang terapply waktu aku di Adelaide, aku pun bawak lah paper bag, just in case ada something yang aku nak beli. At that time, pukul 12 tengahari. Can you imagined betapa panasnya matahari time tu? fuuuh.

Automatically without any hesitant at all, aku terus sarung paper bag tu kat kepala aku semata-mata nak cover kepala aku dari kepanasan. Kreatif + seek attention tak? haha. Waktu tu, aku tak heran apa orang akan cakap bila nampak makhluk bersarung paper bag lalu di tengah panas. Wa chillex je asalkan aku dapat lindung mata aku daripada silau matahari tu. Siapa suruh tak bawak payung. The moral of the story, just be cool walaupun korang buat benda agak mengarut di mata orang. Asalkan benda tu benefit diri sendiri and tak bagi negative impact kat orang lain. 
photographed by Ckin; directed by Ifa

5 comments:

  1. skrg awk ade kt mne? Adelaide or malaysia?

    ReplyDelete
  2. awesome la pic die..ade staill..;)

    ReplyDelete
  3. myra:haha.try jgn x try
    hana:kt adelaide =)
    zamri: berkenan kt topi baru ak ke?haha. hai zamri! why u delete blog meyh? patutnya simpan sbgai knangan. ish2..
    nens c:hoho..maceeeey!

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork