Monday, March 19, 2012

The Poser & Duck's Evil Laugh

Hajatnya nak post pasal Gilles Street Market yang aku pergi semalam. Tapi…. Rilek lu!

So, today after kelas yang dari pagi ke petang (biul kepala aku. Budak engineers jangan bising ey. Budak QS dah biasa kelas selalunya sehari 1 kelas. Ngiahaha!),  aku decide to continue my journey to Botan Garden! “Asik-asik Botanical Garden. Haritu dah post pasal Botanical Garden”. Aku tahu korang fikir camtu. Chillex… pergi bersebab wey. Assignment first untuk course photography aku tak siap-siap lagi doowh (kena habiskan filem esok pagi sebab tu kamera pinjam. Huhu). dah la pakai filem 36 keping (memang wajib beli 36 keping punyer). Aku pergi Botan Garden pun sebab nak habiskan lagi 10 keping lagi and garden tu memang dekat uni aku. awesome kan? Uni aku memang awesome. Dekat dengan tempat shopping. Dekat dengan hospital. Kalau tiba-tiba tercekik buah ke, bolehlah klasmate aku dukung aku bawak pergi hospital (nampak sangat aku ni gatal). Okay, sambung balik! Dekat dengan torrens river. Dekat dengan Botan garden! Yezzzaaaa.

So, here I am in Botan Garden. Jalan-jalan sambil mata mencari elemen nombor. Dah la jalan bawak dua beg! Sioot betul la. 1 beg untuk lecture note dan sekian-sekian. Lagi 1 beg pulak isi 2 kamera! Dslr untuk testing gambar black and white and pentax film kamera untuk assignment (ko faham kan kenapa aku bawak . On the way jalan, aku tersempak dengan sekor burung ni. Serius cute wey! Aku tak tahu nama dia tapi dia warna warni yang ada hijau, biru, merah dan sebagainya. Dah lama aku teringin nak amik gambar burung ni tapi setiap kali nak amik tak bawak kamera. Ko gile nak bawak kamera kemana jua anda berada? Makin terbantut ketinggian aku nanti.huhu.
" ko pehal curik-curik amik gambar aku??!", berkata burung itu.

Yang peliknya kan, burung ni langsung tak lari waktu aku amik gambar dia padahal guna lens 50mm kot. Aku tak tahulah sama ada dia tak heran tengok manusia sebab syok sangat tengah kopek buah kat pokok besar tu. or maybe jugak sebab burung ni memang suka kamera. Dia tahu muka dia yang comel tu akan masuk dalam blog geekintherainbow. Wa tak tahu. Tapi, yang pasti memang dekat giler aku dengan burung tu. kalau burung tu tak gerak, rasanya aku dah boleh picit dia! Geram wey!!comey sangat!! So, actually aku tulis berjela-jela ni sebenarnya nak bagitahu aku dapat tangkap gambar burung dengan dekat. Tu je -_- fullstop!

Tapi, rilek lu! Ade lagi 1 perkara berlaku waktu aku jalan kat Botan Garden tu. time tu dah 6 lebih, baru nak masuk ke arah kegelapan. Tengah on the way nak keluar dari Botan Garden, tiba-tiba aku dengar satu suara tengah gelak jahat! Dah la sorang-sorang wey. First time dengar, seraaam. Tapi, second and third time dengar, lebih kepada bunyi Donald Duck tengah gelak jahat! Hahaha! Serius tak boleh belah! Aku nak imitate pun bukan korang boleh dengar. Baying-bayang sendiri la. Aku rasa suara itik. Tapi suara itik tu lebih kepada Donald Duck bersuara garau skit. aku terfikir pulak. Orang buat kartun yang gelak jahat tu, amik inspirasi daripada itik suara garau ni ke? Huurm.
such a poser!

5 comments:

  1. burung tu mesti dh biasa org ambil gambar dia sbb tu dia xlari..hihi..

    ReplyDelete
  2. lovey dovey:thanks :)
    asikin izas:tu la pasal. coool dia jeee

    ReplyDelete
  3. cantik bokeh effect tu. terbaek la! =)

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork