Thursday, January 19, 2012

Ragam Mak aku

kalau korang kan, korang lebih rapat dengan ayah atau mak? antara mereka berdua, siapa yang lagi garang?
kalau aku, aku rapat dengan.... dua-dua kot. ikut timing dan benefit. Ngee~~ dari form 1 sampai lah sekarang aku asik berjauhan je dengan mak bapak aku. jauh-jauh pun tapi dekat di hati. ceeewah. mana taknya. dari form 1 sampai form 5 aku tinggal di asrama. semua kerja kena buat sendiri.

ade sekali tu, waktu form 1, mak bapak aku datang menjenguk anak mereka yang kecik ni. waktu tu aku tak tahu kot yang mereka datang dari Kuala Lumpur ke Pasir Salak semata-mata nak jenguk anak kecik diorang yang baru masuk asrama ni. mak aku pun bila dah sampai ke asrama, terus menuju ke bilik aku. dia masuk bilik, tengok kiri tengok kanan, takde aku. so, mak aku pun menuju ke toilet. and.. tadaaaa! aku tengah basuh baju waktu tu. muka aku tengah penuh kesungguhan menyental baju-baju sekolah. waktu tengok tu, mak aku kata dia kesiaan sangat tengok aku. kecik-kecik dah kena basuh baju sendiri. mak aku pun tolong aku basuh baju. aku pun usha je la mak aku membasuh baju dari tepi. dah mak aku tak bagi aku basuh. aiyooo. sweet kan mak aku?

dari segi bab memasak, mak aku selalu suruh aku tumbuk bawang. mula-mulah tu okaylah nak tumbuk. tapi kalau dah setiap hari tumbuk, aku pun cakap la kat mak aku,
"umi ni... asik suruh faira tumbuk bawang je. ajarlah faira masak ke. 
bawang ni masuk blender je senang."
nanti mak aku reply,
"uiish. lain bawang tumbuk dengan bawang blend. sebelum ajar masak,
 faira kena perfect dari segi tumbuk bawang dulu"
aiyooo. lingkuplah aku macam ni. asik tumbuk bawang setiap hari. bila mak aku nak menurun resepi mihun goreng dia ni? huuurm. tapi kan, disebabkan aku selalu membebel kat mak aku sebab tak ajar aku masak, lepas tu, mesti mak aku ajar aku memasak. hehe. and setiap kali call aku, mesti nak bagitahu resepi mee mamak la. daging masak kicap sambal la. hahaha. macam-macam lah mak aku ni.

untuk pengetahuan korang, mak aku ni jenis tak suka suasana bising-bising, nanti mak aku mulalah bising ( pantun dua kerat la pulak). contohnya! setiap kali aku balik rumah, aku mesti nak turned on radio waktu tengah kemas rumah. bukak agak kuatlah jugak sebab nanti bila aku vacuum rumah, aku tak dengar lagu tu. kalau macam tu, mak aku okay lagi sebab mak aku selalunya tengah masak waktu tu, di.... dapur. bila dalam kereta, aku suka turned on radio jugak! boringlah sunyiii je dalam kereta. bila dah lama-lama lagu berkumandang dalam kereta tu, mak aku pun cakap,
"bisinglah. faira tak rasa bising ke?"
aku pun reply,
"mana de bising. duduk dalam kereta senyaaap je.nanti ngantuk kalau tak bukak radio"
lepas tu, entah macam mana, mak aku tutup radio dalam kereta. aku muram je la sebab boring takde lagu. and beberapa minit kemudian, aku dah tertidur kat belakang. ngee~~ takde lagu wa pun buat lagu "kroooh..krooooh"
setiap kali balik rumah, akulah orang yang suka bagi teka-teki. ayah aku suka teka. selagi tak dapat jawapan, ayah aku takkan give up. tapi, kalau aku tanya teka teki kat mak aku, mula-mula dia rajin lah teka. tapi, bila teka dua kali dah salah, mak aku terus give up, suruh aku bagitahu jawapan. nanti aku pun jawab
"umi ni.. baru teka dua kali dah give up. tak thrill la"
mak aku pun akan reply,
"alaa. faira kan tahu umi tak suka berfikir belit-belit ni. lagipun teka-teki faira selalu mengarut"
wuuuu. mak aku kata teki-teki aku mengarut! tapi memang ye pun. ngee~. sebab tu ayah aku je yang suka melayan teka-teki aku dan membalas balik dengan soalan teka-teki yang lain.

 p/s: I Love my mum =)

4 comments:

  1. hehehe, kelakarnya, ragam mak dan anak hehe

    ReplyDelete
  2. farahin:kami mmg mak dan anak yg kelaka.hahaha
    yunzatie:saya pn sama!ni kbtulan balik cuti :)
    yasmin:awww.ni mesti ade kenangan manis ni

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork