Tuesday, October 25, 2011

Daniel, si kasut berbunga

hai! nama saya.... err. takde nama lah. tapi, saya ialah sejenis kasut sneakers yang berbunga-bunga. tapi! saya tak jiwang tau. luaran je nampak jiwang dan lembut bagai marshmellow tapi hati saya keras hehe. saya tinggal di Forever New. tempat tinggal saya ni dikelilingi oleh awek-awek cun tapi paling berkenan di hati ialah Amelia (blouse bercorak leopard). saya sukaaa sangat kat dia sebab dia nampak comel-comel garang gitu! corak leopard la katakan.grrrr!

pada suatu hari, saya nampak Amelia diculik oleh gadis minah saleh. "woi minah saleh! kenapa awak culik Amelia dari saya?? wuu." betapa sedihnya hati ni apabila dapat tahu Amelia telah pergi meninggalkan saya. tapi, takpe! saya masih ada kembar Amelia. ihik.ihik. untuk pengetahuan awak, Amelia ni banyak kembar. huurm. tolak Amelia yang telah pergi, ada lagi 6 helai kembar Amelia yang available di Forever New ni! hehe.
mula-mula saya ingatkan saya boleh bahagia dengan 6 helai Amelia tapi... bahagia itu sebentar sahaja. sehari demi sehari, semakin ramai yang membeli kembar-kembar Amelia. last-last, Amelia dah sold out.

sekali lagi, cinta saya diuji. kesemua Amelia dah pergi bersama tuan lesbian baru mereka! saya pelik. kenapa mereka laku sangat dan kenapa saya masih tidak laku-laku? adakah minah saleh tidak berminat dengan jejaka berbunga seperti saya? saya rasa saya ada rupa dan sesiapa yang pakai saya mesti rasa selesa dan hati berbunga-berbunga. huurm. mungkin mereka lebih suka Maimunah, si minah high heels tu kot. tapi.. saya yakin yang saya boleh laku walaupun harga diri saya sudah turun dari aud 40 ke aud 15. dengan penuh kepercayaan, saya menunggu mana-mana minah salleh yang sudi membeli dan menjaga saya.

tunggu punya tunggu, pada suatu hari, tiba-tiba ada seorang gadis pendek ni datang ke arah saya. dia asyik membelek-belek badan saya yang berbunga. saya berasa cemas sebab pertama kali saya dipegang sebegitu rupa, lalu saya pun menjerit sekuat hati "woi! haramlah pegang-pegang bukan muhrim! astaghfirullah!". malangnya, gadis pendek itu tak dengar jeritan saya. sambil dia membelek saya, saya pun ambil kesempatan ushaaa je muka dia. dalam hati saya berkata "huurm. ada potensi budak kecik ni nak beli aku! muka macam excited je. minah saleh aku tak dapat pikat, gadis melayu pun jadilah!layaaan~~". saya pun berdoa dengan penuh harapan supaya aku dibeli oleh budak ini walaupun harga diri saya telah jatuh menjunam. akhirnya, doa saya terjawab! budak itu membawa saya ke kaunter. akhirnya, saya ada tuan! yeay! bye awek-awek cun Forever New! so loong sucker!!

p/s: sebenarnya aku nak bagitahu yang aku beli kasut corak bunga. tu je. dah!bye!

18 comments:

  1. teringat karangan sekolah rendah dulu

    ReplyDelete
  2. hehe..nice entry....kelakar...=)

    ReplyDelete
  3. comeinye amelia .eh, amelia ek name die ?huhu ^^

    ReplyDelete
  4. hehe,cumey je.nice blog :)
    just follow u,follow me back if xkeberatan :)

    ReplyDelete
  5. sirabun:comey je kite sume time skolah2 dlu.lol
    asnie::)
    hayati:yg kasut tu daniel.yg bju tu amelia ;p
    irna:WOW!irna komen blog titew ar.aww!
    adah:tuan kasut pn comel.ahaks
    nabila:no worries.i'll follow u back :)
    nikisa,ainaa:mestilah.hehe
    liza:of course.hahaha

    ReplyDelete
  6. mseti harmonis berkawan, kerana hidup tak lama

    ReplyDelete
  7. ~serius suka entry nie..hehe terhibur gitu..cantik :p

    ReplyDelete
  8. cantek owh kasut tu ^^ eerr,pgil ika je, :) hehe

    ReplyDelete
  9. fiqra:thanks! ^_&
    BiB:thank u :)
    ika:i try to remeber that.tkut pnggil pjg gak.ahaha

    ReplyDelete
  10. haha,it's ok :) nice to know u.hehe

    ReplyDelete
  11. comel la kasut tu. macam tak percaya plk kalo takde sape nak beli.

    ReplyDelete
  12. ika:me too!(aha.mcm dh ingt je nama awk)
    pradise gal:tu la psl.sbb minah salleh lg ske high heels kot :)

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork