Saturday, August 13, 2011

Makanan halal/haram & Starbucks haram???

korang perasan tak zaman sekarang ni makin ramai yang concern tentang sesuatu food/beverages itu halal atau tidak? asal dapat ura-ura or gosip panas dari member-member yang mengatakan that specific food/beverages haram, cepat je masing-masing menjalankan tanggunggajawab dengan cara menyebarkan berita tersebut kepada member-member yang lain pulak. bak kata pepatah dalam surat khabar, di petik dari dialog cartoon, cara terbaik nak sebar maklumat ialah through spreading rumors. laju macam air sioooot.

well, aku suka bila dengar makin ramai yang concern. maknanya takdelah ikut sedap tekak je makan semua makanan yang ada di atas bumi ni. so, dari segi concern, aku bagi rating 4 stars ar! (suke hati aku je bagi rating) tapi... yang kurang berkenannya ialah tang sebar maklumat tu. asal dengar je orang lain kata makanan tu haram, terus post status kat facebook mengatakan jgn makan "makanan haram" yang digembar-gemburkan tu dan sila sebarkan maklumat ini. ataupun,terus log in blogger dan update entry bertajuk "#%$@^ haram!!. ataupun, terus sebar kat membe-membe yang berada di radius 1metre berdekatan mengenai makanan "haram' tu.
aku tengok kambing oren tu macam sedang tersenyum.
adoi... janganlah macam tu. sepatutnya, kalau dapat apa-apa rumors tentang haramnya sesuatu makanan itu, seeloknya tanyalah pihak yang sepatutnya dulu seperti jakim. pleaseeeeeee sangat-sangat don't randomly sebar maklumat yang tak betul, and then tak pasal-pasal je orang ramai cuak nak makan kat kedai yang difitnah tu. segala maklumat yang kita dengar dari telinga orang lain, tak semestinya 100% betul. ada je kemungkinan bahawa ada pihak nak menjatuhkan reputasi sesebuah kedai tu dengan cara menyebarkan rumors yang makanan di kedai itu haram, ada dna babi. kesianlah kat kedai yang difitnah tu. apa-apa khabar buruk tentang sesuatu kedai tu, sedikit sebanyak dapat meng"effect" periuk nasi (aka rezeki) mereka.
babi comel yang haram dimakan
contohnya, cuba bayangkan kita di tempat pekedai tu. nak naik sehingga ke tahap famous itu punyelah 1 hal. habis segala titik peluh di badan, memerah keringat siang malam, untuk memajukan bisnes. and then, one day, tiba-tiba dengar khabar angin pasal kedai kita jual makanan haram. damn! remuk seyh hati time tu! tak terbayang apa jadi lepas ni. mesti semua orang (specifically yang agama islam) tak nak datang dah kat kedai. haaa. lebih kurang camtulah.err. aku mungkin exaggerate skit tentang contoh yg aku bagi. ngee~~

anyway, baru-baru ni ada khabar angin pasal starbuck tu kan?huurm. better korang klik sini dan baca sendiri.

sekian.
p/s: panjang pulak entry kali ni. luahan punyer pasal. muehehe.

15 comments:

  1. haha, "babi comel yg haram dimakan" :p

    Btw, header awak cunlahh!

    ReplyDelete
  2. Huhu, tau xpe. kita stop minum ice blended frappucino once ada rumors tu. dah la benda tu addicted gila. cuma starbucks asal israel ekk?

    ReplyDelete
  3. dah tak minum starbuck dah.hehe

    ReplyDelete
  4. ntah le x penah msuk starbuck pon...mahal satu hal..

    suke tengok kambing oren kt atas...huhu

    ReplyDelete
  5. awe I can't really understand but. I love starbucks ^^

    Can I invite you to join my GIVEAWAY-Korean BB creams , thank you ^^

    ReplyDelete
  6. jiji:iiyup.
    fasya:thank u!haha..kecik2 dia comel la skit
    nazira:sy pn x psti asal mane.hehe
    miss a:oowh.
    ungu:haha.ske sbb dia snyum kambing ke?keh2
    lina:hi lina.not in the mood of joining contest,but i will help to promote ur contest :)

    ReplyDelete
  7. tu lah..adtoi~..ske2 jer sebar rumors cemtu kan..kita ni sebagai pengguna kena cari dari sumber yg pasti..ishk3..fitnah tu kan dosa besar..

    ReplyDelete
  8. ok picture tue xleh blah..hihi

    aah..xleh le suka2 je repost sume nie..selidik dulu la..

    ReplyDelete
  9. tehee. betul tu. tapi kan umi saya cakap kalau ada tanda halal tu, makan je. kalau benda tu haram dorang-2 tu yg tanggung dosa kita. Hm, entah lah. minta-2 Allah jauh kan dpd benda-2 yg tak baik ni :)

    ReplyDelete
  10. kite mmg perangai cmtu..dgr je trus sbar..aku pun terikot2 takut

    ReplyDelete
  11. mungkin niat nak bagitau sesuatu perkara baik kat orang lain..hehe..tp tak kaji selidik dulu..tak bagus~

    ReplyDelete
  12. papepun.. kalo yang kita pasti haram benda tu, sudah semestinya wajib dijauhi..


    bagi sesuatu yang kita syubhah atau ragu, lebih2 kita elakkan kerana makanan yang syubhah boleh menggelapkan hati..


    dan kalo kita yakin x ada apa keraguan pada makanan tu dan x ada bukti2 yang sahih untuk menyokong sesuatu kenyataan sama ada haram atau halal.. makanlah dengan yakin..


    =)

    ReplyDelete
  13. lynn:haah..fitnah tu yg x elok
    cik ct:ye ke?hehe
    tie:tu la psl ..main sebar je
    sofia:tu la.just kena hati2 lebih skit
    cik anita:haah.ade pros and cons dia :)
    ieqa:btul tu blh gelapkn hati.yg pnting,mane yg x pasti,x yah mkn.byk lg mknan lain :)

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork