Thursday, June 30, 2011

si Ulat Bulu yang tidak memberi cooperation

whassup semua??!!
petang tadi, hati aku terdetik nak ambil gambar. so, aku angkut kamera Nikon and Canon aku, bersiap-siap, pergi ke... belakang rumah je. tak jauh pun. belakang rumah memang tempat favourite aku ambil gambar. well, aku kan suka ambil gambar berbackgroundkan alam sekitar atau pun background konon-konon studio (studio la sangat). so, belakang rumah aku tu dikira cukup lengkap la bagi fotografer yang sangat amateur macam aku ni. muehehe. kalo korang perasan, kebanyakan gambar my style aku berlatar belakangkan belakang rumah aku.
well, setelah setting sedikit kamera Nikon aku tu, aku pun tercari-cari objek untuk aku snap. and then, aku jumpa... si Ulat Bulu!!! mula-mula ulat bulu ni tengah stretching. aku try la zoom in se in..in... yang boleh. tapi, malangnya..... tak dapet lah nak oi. lens aku bukan lens macro. takpe. takpe. hasil gambarnye...
jadi macam ni je lah
si ulat yang sedang mereganggang badan kerana sakit belakang

disebabkan masih tak berpuas hati dengan hasil gambarnya, aku pun guna Canon lak (kamera automatik aku). time aku nak amik gambar, ulat bulu ni dah tukar posisi. dia tengah duduk diam-diam lak. alaa. aku nak gaya dia stretching tadi! wuuu. aku pun goyang-goyangkan pokok yang dia tengah bertenggek tu. tapi... dia tetap berdegil! dia soonyap jugak tak gerak-gerak. dia bukannya nak ambil peluang berposing depan kamera. malangnya, aku yang terhegeh-hegeh kat dia. ooowh. jual mahal ey. takpe. takpe. aku akan usahakan jugak angle yang menarik walaupun kau duduk diaam je. and....hasilnya.....
tadaa!
angle bontot ulat bulu!

sekian saja cerita merepek aku kali ini.
p/s: aku sebenarnya nak tunjuk gambar je. tapi, lebih baik aku bercerita skit. tengok gambaaar je, boring. tengok tulisaaan je, boring. tapi tengok gambar + tulisan = barulah tak boring! kan2x??

4 comments:

  1. rajin yea ifa..gambar pun cantik..best kan dpt capture pic kt umah jea..hihi..:)

    ReplyDelete
  2. cantik gambar...bontot ulat bulu...haha...

    ReplyDelete
  3. comey betul picture..tapikan serious klau jumpe live ngan ulat bulu ni confirm x pergi dekat

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork