Saturday, June 11, 2011

Minggu Study Week (pendapat korang?)

start dari isnin akan datang ni, bermulah minggu study week di Uni aku. study week itu ialah minggu untuk pelajar-pelajar termasuk aku, mengulangkaji pelajaran dan minggu di mana tiada kelas pun. lepas seminggu, aku kena hadapi examination. cuak pun ada. aku bukannya hebat macam orang lain. aku rasa ramai pembaca di blog aku ni tahu yang aku study di Adelaide, tapi itu tak bermakna aku ni seorang student yang pandai. aku rasa rezeki aku murah sampaikan aku jejak kaki di Adelaide. thank u Allah :)

aku tak tahulah aku nak update atau tak sepanjang 2 minggu akan datang ini. sekarang mood tengah nak usha buku pelajaran je. so, mood untuk menulis blog tu, tersimpan, terpendam jauh dalam hati. waaah! ayat berpuitis lak. korang okay ke kalo aku tak update lama? tapi, kalau aku tak update, mesti drop terus readers aku. sedihnya camtu. bukannya senang bila statistic orang yang melawat ke blog kita, merundum jatuh. macam haritu. ada sekali tu aku lama tak update. bila lama tak update =statistic sangat jatuh. and then, bila aku update entry baru tak ramai yang terjah blog seperti dulu. jenuh la jugak aku cuba meningkatkan balik statistic seperti sedia kala. buat masa sekarang, statistic kembali normal.
 elok ke duduk atas buku?huurm.
bab-bab nak update entry tu, aku tengok mood aku dulu lah. kalau aku takde mood sangat, aku try upload gambar je. daripada wordless wednesday, aku jadikan wordless week.haa. amik kau! 2 minggu dalam blog ni penuh dengan gambaar je.

anyway, nak tanya korang ni. apa yang korang suka tentang blog aku? apa yang menyebabkan korang tertarik nak baca blog aku? ce cite. ce cite. ngee~

9 comments:

  1. aku tak tau popn ko study sane..aku tau pakwe ko study sini je..heheh..

    mentang2 le ko seorang fotografer masyhur..nak tarok gambor je ek..tarok le kata2 seketol due weyh

    ReplyDelete
  2. bestkan law ader folower tetap huhu

    ReplyDelete
  3. mggu study week mmg sgt membantu..almklum lau tak mmg x serius la nk study..huhu

    ReplyDelete
  4. minggu ni je saya belajar berabis...kalo tak, kurang guna istilah dating dengan buku...=p

    ReplyDelete
  5. study study !! hhee :D

    http://inibelogaque.blogspot.com/2011/06/blog-post.html

    ReplyDelete
  6. study week? ahh, selagi bergelar pelajar pasti hari2 belajar=_=
    haha, tak tahan tgk membaca smpai duduk ats rak buku ye:))

    ReplyDelete
  7. jijiyu:ahaha.mashyur la sgt.amatuer je ye.
    tyntha:hai lana@@ :)
    myra c:tu ar pasal.susah gak nk tarik follower sbnrnye :)
    teha:rehat kejap pstu smbung blik.hehe
    wani:yeah!hidup exam!
    fifiey:xpe2.think i can do it!hehe.

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork