Sunday, April 17, 2011

kita patut belajar dari OKU..

hai semua!! sejak kebelakangan aku ini, aku rasa macam malas je nak update. nak kata takde idea, tak jugak. maybe, mood tengah nak shopping online, so malas nak tulis-tulis. hehe. hurmm. sebenarnya aku baru balik dari inspection kereta 2nd-hand tadi. so, sekarang, tengah makan "spud" sambil usha facebook. loser gila kan makan depan laptop?agaga. anyway, kat facebook, aku jumpa 1 video yang aku nak share dengan korang. video yang membuatkan aku dan jugak korang berfikir sebagai umat islam yang mempunyai anggota badan yang cukup.
 klik untuk ke video (tak dapat nak upload. jenuh aku try)

okay. mula-mula apa yang korang terfikir bila aku cakap "orang cacat" atau "orang kurang upaya (OKU)"?? kalau aku, apa yang aku terfikir ialah OKU yang minta sedekah dekat dengan jejantas. rumah khas untuk orang OKU. Kedai dobi OKU (ada di Midvalley). aku just pernah terfikir kesusahan yang diorang terpaksa hadapi setiap hari. ketabahan diorang di dunia yang fana ini. tapi, aku tak pernah terfikir kepayahan yang diorang have to face bila nak bersiap untuk mengadap Allah seperti, ambil wudhuk dan sewaktu menunaikan solat. bukanlah kesusahan yang aku nak kata sebenarnya, tapi lebih kepada ujian yang Allah bagi untuk OKU ni.
apa yang aku nampak walaupun diorang ni tak cukup anggota badan, tapi diorang tetap berusaha menunaikan ibadah kepada Allah. aku rasa sangat rendah diri kalau nak dibandingkan dengan OKU ni. aku, sebagai umat islam yang cukup anggota badan ni pun agak kerap sengaja melambatkan waktu nak tunaikan solat. padahal kaki ada untuk bergerak ke toilet. tangan ada untuk ambil wudhuk.  mata pun ada untuk bagi direction kat aku arah ke toilet. tapi, kenapa antara kita semua, masih ada yang melambatkan waktu. masih ada yang tak tunaikan solat. masih liat nak bangun solat subuh. masih ramai yang suka habiskan masa dengan melagha. masih ramai yang minum arak? etc..(kalau listkan, confirm berjela-jela kertas)
banyak rupanya dosa yang kita buat walaupun cukup anggota badan kan? aku tak habis-habis cakap pasal melambatkan waktu. aku bukan nak kata yang semua OKU solat di awal waktu..bukan.. apa yang aku maksudkan, masih ramai manusia yang mempunyai anggota badan yang cukup, tapi solat pun tak cukup 5 waktu.. kalau tertinggal salah 1 waktu, buat bodoh je. tak rasa berdosa langsung.
cuba tengok OKU dalam video ini. walaupun cacat, tapi berusaha dan sedaya upaya ke masjid. jalan tanpa tangan memang perit. bayangkanlah kalau kita tetiba takde tangan. mahu meraung terpekik terlolong setiap malam. nak buat homework pun susah. nak taip msg pun susah. nak pakai baju? jenuh kan.. tapi, kalau itu yang terjadi kat kita, kita kena redha lah ye. semuanya ada hikmah. okay. berbalik kepada OKU itu. aku tak pernah terfikir macam mana OKU ini ambil wudhuk. tapi, since tengok video ini membuatkan aku terfikir. tabah siot diorang ini. baguuus2x.. =) cuba bayngkan macam mana diorang nak bukak muka surat seterusnya dalm al-quran? pastu, cuba tengok OKU ni solat pulak. bayangkan solat takde tangan. tak payah bayangkan pun takpe. tengok je video ni. hebat lah diorang ni. aku tabik spring dengan orang OKU!! wa caya sama lu!! ho yeah!! walaupun korang ni OKU, aku tahu korang redha dengan apa yang terjadi kat korang and korang tabah hadapi dugaan setiap hari and tabah menunaikan ibadah kerana Allah =)
korang janganlah bayangkan kat Malaysia je. kat Malaysia, maybe ada sesetengah sedara mara OKU tu tolong OKU in daily life. tapi, macam mana pulak dengan OKU di negara-negara lain? contohnya di negara miskin...(fikir sendiri ye ape maksudkan.hoho) kesimpulannya, come on semua, kita ramai-ramai perbaiki kesalahan mana yang salah, satu persatu, slowly. if u think u can, u can! OKU boleh buat, apatah lagi kita! chaiyok2x!!!

23 comments:

  1. ye laa.... tersama la pulak. Tp akak mmg peminat color coklat tegar. Hehe... :)

    ReplyDelete
  2. ye laa.... tersama la pulak. Tp akak mmg peminat color coklat tegar. Hehe... :)

    ReplyDelete
  3. betapa cekal nye hati seorang OKU nih. x kira ape pun, tetap berusaha utk berjaya.

    ReplyDelete
  4. err..kita yang sempurna fizikal ni pun entahla kan..uhuh.

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang kita tak nampak apa yang kita ada kan. :)

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang dyeowg bersyukur dgn ape yg dyeowg ade..org yg sihat ni plak sia-sia kan kesempurnaan ke jalan yg laen kn..

    ReplyDelete
  7. lama fyza tak dtg sini, maaf ye, busy sikit..seyesla, mmg fyza terharu tengok vid nih..betul kata encik muhamad hanif, kita yang sempurna nih pun, belum tentu lagi terbaek macam tu =)

    ReplyDelete
  8. OKU pon tunaikan kewajipan..
    so kite y sihat walafiat xd alsan unyuk tunaikan kewajipan kite...

    ReplyDelete
  9. bsyukurla dgn ape yg kte ade:)

    ReplyDelete
  10. kita yang sehat ada banyak itu ....penyakit alasan....kiki

    ReplyDelete
  11. bila baca ni, betul2 mengusik jiwa.

    betapa kerdil nya diri ini..

    astagfirullah.... :)

    ReplyDelete
  12. sobs sobss terasa baca entry niii..
    alhamdulillah syukur dgn apa yg ada.
    nice entry! :)

    ReplyDelete
  13. patut sgt..sbb diorg much much much better than us yang cukup sifat..sungguh memalukan..diorang manusia yang sgt bersyukur..penuh kesedaran..

    http://sigadisrebenbesar.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. yana:sy bru je tukar bground.x dikira tegar ar.hoho
    nana: :)
    memel,aina,faten:btol2x.
    hanif:tu ar pasal
    hafidzah:hi fiza!! :)
    wuny,a.k.d,qilah:btul2x..
    onitsuka: haha.bagusss
    shikio:adkh ini brmksud penulisan sy mngusik jiwa awk?hehe
    cheno:thank u!!! :)
    prncess nbila:btul tu2
    eclipse:thank u ^_^

    ReplyDelete
  15. amilia:nges x berlagu?hehe
    tgnd:thanks :)

    ReplyDelete
  16. jgn perlekeh mereka... kita perlu bangga dgn kmampuan mereka.. sesungguhnya kita patot malu dgn kmampuan mereka krn ada antra kita tidak mampu melakukan seperti mereka walaupon kita insan yg sempurna..

    ReplyDelete
  17. bersyukurlah dgn ape yang kita miliki..dan bykkan bersedekah kpd yang memerlukan..
    anyway im ur new folower we keep in touch dear..

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork