Tuesday, March 15, 2011

Ape yang korang takkan buat di Malaysia tapi buat di Adelaide (versi rumah)

1.       Tidur di atas tilam yang dah dipakai oleh orang lain (2nd-hand)
      Sebagai pelajar, amalan berjimat cermat memang sudah tertanam dalam hati kitorang sama ada secara naturally atau terpaksa. Terpaksa sebab nak simpan duit untuk kegunaan lain. Bila aku kata aku beli tilam 2nd hand, mesti korang akan kata “eeew! Tak geli ke guna tilam dah dipakai?. Tuan katil tu dah buat macam2x  atas katil tu.” “Erk!no komen”! Tapi antara beli tilam baru yang paling murah berharga 69 dolar (ikut harga Malaysia RM 207) dan paling murah bermaksud paling nipis. Ataupun beli tilam 2nd hand yang tebal tapi masih berkualiti, lebih kurang harga 30 dolar. (kalau duit Malaysia, berharga RM90). Kalau aku, of course ar aku ambik 2nd hand babe! Lagipun korang alas tilam tu dengan cadar dan juga lagi 1 alas. Ape benda tah namenya.  Should be no problem with infections. Kalau tak yakin , boleh je beli 2nd hand dari senior melayu kat situ. Takut orang kecoh kata korang guna tilam 2nd hand? Jangan riso! Majoriti membe2x aku guna tilam 2nd hand! Hanya below 10% yang guna katil dan tilam baru. Itupun sebab tak tahu kat mana nak cari yang 2nd hand. (jangan percaya sangat statistik ni. Ini anggaran aku sendiri je.J )
   betapa tebalnya tilam ni. comel kan bear cinonet tu?hehe    
       2.       Guna meja bertukang sebagai meja makan
Sepanjang hidup aku, aku guna meja makan untuk makan. Kalau bukan makan kat meja, aku             makan berhidang, alas lantai dengan kain. Tapi, since duduk di Adelaide, kekreatifan dalam diri aku dan membe2x aku terdevelop secara sendirinya…sebab… kitorang guna meja bertukang untuk makan! Ngee. Kreatif tak kitorang?! Meja bertukang pun ok ape! Besar dan paling penting…free!! hehe.  Sebenarnya, landlord kitorang simpan meja bertukang itu kat garaj. Since, dia tak pakai kitorang pun cilok ar guna sebagai meja makan. Buat ape nak beli meja makan yang proper? Lagipun kita setakat guna meja untuk letak lauk2x, letak pinggan untuk makan dan guna untuk letak tangan. (korang paham kan point last tu? Sesetengah orang makan guna tangan kan suka tongkat tangan kat sisi meja.kan2x??). lagi satu, meja makan kat sini mahal2x sebab lawa L huhu.

inilah meja bertukang aka meja makan yang diwar-warkan oleh aku
3.    Beli surat khabar untuk tengok garage sale
Selalunya aku guna surat khabar untuk lap tingkap, guna sebagai alas, pergunakan surat khabar untuk dapat duit (jual kat cina naik lori pepagi untuk recycle). Paling penting, aku guna untuk kutip tahik kucing sebab rumput kat rumah aku sensitif bab2 kena tahik ni. Eeew! Tapi di Adelaide, aku guna surat khabar untuk carik garage sale!! Tak pernah lagi seumur hidup aku di Malaysia, aku carik garage sale dalam surat khabar. Tapi, ada ke garage sale dalam newspaper Malaysia? Entah lah. Aku tak pernah usha lagi bahagian iklan. So, ape gunanya garage sale ni? Sebab nak carik barang 2nd hand yang murah la contohnya macam almari, ironing board, katil, meja study dan sebagainya. Siyesly murah! Tak suka 2nd hand?! Pergi ar beli yang baru tapi jangan nyesal lau duit dalam bank korang cepat habis. ngeh3x. pada pendapat aku, jangan terlalu berpegang pada prinsip “barang kualiti mesti ah harga mahal”. Tapi berpeganglah pada prinsip “barang 2nd hand pun ada yang berkualiti tapi harganya jauh lebih murah!”.

4.       Guna dan beli barangan termasuk stok makanan jenama supermarket tu!
Kalau di Malaysia, tak pernah lagi aku pandang barang jenama Giant. Siyesly! Aku bukan nak kata “aku tak mainlah barang2x jenama supermarket”, tapi aku just nak kata yang aku selalu beli jenama lain, macam Alagappas (serbuk cili), Cactus (mineral water) dan Ayam Brand (ikan sardin dalam tin). Tapi, since di Adelaide beli barang jenama supermarket tu adalah kemestian! Dan kewajipan yang membawa keuntungan berganda-ganda kat kitorang! Hehehe. Kat sini ade supermarket Coles dan Woolworths. So, supermarket ni ada jugak barang jenama dia sendiri, contohnya macam bawah ni.
 pertama kali dalam hidup aku beli barangan jenama supermarket sebanyak ini

Maka, ada apa dengan jenama supermarket? Ada untunglah! Barang Coles dan Woolworth lebih murah nak dibandingkan brand lain. Lagipun, bagi aku brand supermarket ni kualitinya lebih kurang je dengan brand lain. Cuma, bila sesuatu brand tu dah popular, pengguna akan lebih tend to buy brand yang famous tu. Tapi! Ade tapi ye tuan2x dan puan2x. ada certain barang Coles or Wollies (singkatan untuk Woolworth) ni memang haprak rasa dia, contohnya serbuk cili! Eeehe! Pahit dol! Membe aku guna untuk buat sambal ikan bilis, and the result is...kurang memberangsangkan..memang salah serbuk cili tu! confirm! Hoho! Korang kena sedar, sekarang ni semua harga barang nak naik. Mana yang korang boleh beli murah lagi dan boleh terima rasanya (untuk barang makanan), belilah yang tu. J since belajar di oversea, aku rasa aku makin kedekut bertempat sebab banyak beli barangan jenama Coles dan Wollies.
p/s: aku rasa entry kali ni terlalu banyak tips dan nasihat. Betulkah? Atau banyak nonsense? Hurm… 

16 comments:

  1. adelaide tu kat ne ek ? urmm,, saye baru tahu nie,, igtkan awak dok malaysie je.. wat pe kat sane ?

    ReplyDelete
  2. adat lah tu duduk merantau..
    kan, kan? :)
    follow u..nice belog to read!
    weeeeee~

    ReplyDelete
  3. ifa, cousin akak pun kat Adelaide, tapi dah kawen, dia sambung wat Master, ape tah name Uni dia belajar tu, hehehehe....

    ReplyDelete
  4. duduk kat perantauan kenalah berjimat cermat ...kak munna tak kisah pun guna 2nd punya brg... janji brg tu masih berkualiti apasalahnya...

    ReplyDelete
  5. pu3:kt australia :) sy study sini :)
    shidot:hehe.bese ar tu.thank u!! :)
    emme:oowh.ape name dia?
    munna:btol2x!

    ReplyDelete
  6. hahaha..sabo jela kannn...yuyu pernah beli kokocrunch brand giant ..memang sampai skrg tak habis..yang pack besar punya plak tu sbb murah..hehe

    ReplyDelete
  7. wah.. cerita orang merantau.. hebat.. ;))

    Nadh datang melawat ni.. ;)
    Assalamualaikum
    Si Pendusta CInta

    ReplyDelete
  8. Great tips! Not going to lie, though, I had to translate it to read it! haha, I don't know Malay. :)

    ReplyDelete
  9. time blajor la kena cari barang murah2...


    mina sokong...hehehe...sbb mina suka sgt cari benda terpakai...huhuhu...

    ReplyDelete
  10. yuyu:mmg jimat gler cmtu lau smpai skang x abes.haha
    framelense:hai nadh!!
    uuumbrella:huu.sorry for not writing in english.i'm not good in writing.nway, u understand my post after it had been translated.hehe
    kurekure:btol2x!duit skit la katakan.hehe

    ReplyDelete
  11. uuumbrella:huu.sorry for not writing in english.i'm not good in writing.nway, hope u understand my post after it had been translated.hehe

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. in this case..
    people gojezz jew wt cmtew..
    agre cgt2 amalan saing2 nie..
    yay!! :)

    ReplyDelete
  14. hurm.. sy masa dok melbourne tahun lepas pon salu g coles.. memang barang2 makanan murah kat c2.. rindu melbourne.. ^^

    ReplyDelete
  15. mmg trbaik ar.brg mknn murah.mknan yg x murah.lol~

    ReplyDelete
  16. nice blog!! follow u

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork