Ohoooi!!!
Whassup everybody?! Aku tahu dah lama aku tak update blog. Walaupun aku tak update dalam masa lebih kurang 5 hari, tapi bagi aku, itu reputasi yg teruk! Adeyh2x. busy beb! Kan aku aku cakap dalam post sebelum ni, yg aku kena mengemas rumah setiap malam. That’s why la tak sempat nak menulis sesuka hati aku.
And now, I’m back!!!hehe. disebabkan semalam ada jamuan makan2x di rumah aku yg comel lote ni, aku nak citer la 1 kisah yg berlaku time jamuan ni. So far yg aku tahu, kisah ni memang tak pernah berlaku lagi la kat mane2x jamuan. Hanya berlaku di rumah parents Syarifah Athirah.ngee.this is a public and confidential story. Walaupun aku lebih reti memberi pendapat dari menceritakan balik apa yg terjadi, tapi I’ll do my best lah untuk bercerita sebaik mungkin untuk korang!yeah!go ifa go!! Kalo anda rasa cerito eden tak masyuk, naseb korang ar!muahaha!
Okay. Alkisahnya begini. Parents aku buat jamuan makan2x di rumah & dah tentu ramailah sedara mara datang. Memang ramai beb! Siyesly! Mak aku ada 13 beradik! Setiap beradik, dah berkahwin & muncullah anak2x mereka. Anak2x mereka pulak berkahwin lagi & muncullah anak2x kecil mereka. Tambah tolak darab, nak kumpul semua family ade lah dalam 120 ke atas bilangannya. Okay! Continued back to the story. One of my uncle, uncle Eddy datang bawak cheese cake sebab dia tahu dalam masa terdekat ni ialah birthday mak aku. Tapi! Ade tapi ya tuan2x dan puan2x sekalian. Disebabkan dia tak tahu mak aku punyer exact umur, dia pun suruh orang Secret Recipe tu tulis kat atas kek, yang berbunyi begini,
“Happy Birthday yang ke 50++”
Tergelak2x aku baca. Bapak sengal uncle aku ni! Hahaha. Then, uncle Amy pulak ambil alih kuasa menjaga kek tu. Dia suruh aku carikkan lilin, so, aku pun tolonglah carik birthday candle kat dapur. Godek punya godek, aku jumpe 1 lilin besau yang untuk kecemasan & 1 lilin bday. Aku pun cakap ar
“uncle!ade yang untuk emergency je.kalo yg cinonet ada 1 je”
Pastu uncle Amy cakap “aha!takpe2x. lilin besar ni lagi sesuai untuk warga2 emas yg berumur 50 ke atas”. Uncle aku ni dah la suka melawak. Gaya dan intonasi dia cakap pun dah buat aku tergolek2x ketawa sorang2x. kui3x.
Dengan menggunakan lilin kecemasan sebagai lilin bday, uncle Amy pun nyalakan lilin, and beramai2xlah sedara mara aku nyanyi lagu happy birthday untuk mak aku…..
(happy birthday to you…korus...to kak tih…)
Lepas mak aku tiup, semua tepuk tangan! pastu Uncle Taha cakap
“eh!hari ni birthday abang de gak ar!”
So, uncle aku yg bertanggungjawab memilih lilin yg besau tadi pun terus nyalakan api lagi sekali kat lilin tu. Pastu, lagi sekali sedara mara ramai2x nyanyi
(happy birthday to you…..to abang de…hapy birthday to you)
Disebabkan uncle Med (aku panggil uncle la, takkan abang kot.tak seswai..) tu duduk jauh dari kek tu, uncle Amy pun cabut lilin tu dari kek, then bawak ke Uncle Med.tak pernah lagi dalam sejarah hidup aku, aku tengok lilin kena cabut untuk birthday boy tiup.ngeng tol uncle aku ni.hua3x.
Lepas kena tiup, uncle yg lain pulak sahut “eh!Nora2x!!”. Uncle Amy pun cakap “disebabkan kek ni hanya untuk orang berumur 50++, uncle bagi lilin kecik je!hehe”. lepas pasang lilin kecik, lagi sekali ramai2x nyanyi lagu
(happy birthday to you…..ulang korus…..to nora!)
And sekali lagi lilin kecik dinyalakan , ramai2x nyanyi untuk Abang Faisal and sekali lagi lilin kecik dipasang untuk Uncle Taha lak. Hahaha. Yg tak tahan tu, semua family belah mak aku ni layaaan je. Padahal birthday takdelah dekat mana, Cuma diorang saje2x nak berseronok. Aku pun of course ar seronok gak! Dah la sekali sekala balik Malaysia. Dapat pulak family yg seronok macam ni. Bertambah2x seronok ar hati aku.
lilin di kiri tu untuk warga emas 50++, lilin di kanan pulak untuk warga muda berumur bawah 50++. keadaan kek itu sedikit kecundang rupanya mungkin sebab terumbang ambing dalam kereta.hehe
Skang korang tahulah sebabnya aku panggil kek 5in1.!!see! sedara mara aku sambut bday 5 orang secara berturut2x. lain tu dari orang lain. Selalunya orang lain sambut bday untuk 2orang sekaligus. Tak pernah lagi berturut2x. aku tak tahu nak buat penutup camne untuk story ni. So, sekian, terima kasih ar!adious!
Jimatlah kek kalau macam nie..Hehehehehe..
ReplyDeleteTips membuat link semasa mengomen entri
happy belated birthday uncle
ReplyDeletemie:haha.utk saje2 boleh la.
ReplyDeleteseri:macey2x utk pihak uncle.ngee
Yang penting niat kita untuk meraikan orang yang tersayang tercapai ...
ReplyDeleteRakyat Malaysia baca 2 buku setahun
wow!!! byk nye..sampai 5 org..btw,,kek tu mcm sedap..bak sikit..haha.kidding..awk,,jgn lupa singgah blog alief..follow taw..u follow,i follow u back..i'm new in blogging..hehe..thanx..
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletememang appy cam tu...
tak der buat videoclip ker tentang majlis bermakna tu..
mie:btol tu! :)
ReplyDeletealief:haha.nak?beli sndiri!wa3x
paklong:haah la!x trfikir lak time tu!time kasey gtau.lain kali kna get ready record.huhu
unik2... ahaha.. kek pun sodap... naseb baik x pakai pelita.. heheh
ReplyDelete