Sunday, November 27, 2011

LOVE your Parents

esok petang aku akan bertolak ke Malaysia. bye bye Adelaide......untuk 3 bulan je! lepas 3 bulan aku balik Adelaide balik. hehe. cuti pun nak balik malaysia. sesetengah orang akan kata lebih baik spend masa pergi melancong negara lain. lebih baik buat part time kumpul duit. huurm. bagi aku, jumpa family lagi best dan bermakna daripada pergi melancong. aku bukan tak nak melancong, aku bukan nak kata yang jumpa family tu lagi better. ini just pandangan aku. aku tak kisah pun kalau orang lain taknak balik malaysia. itu hak masing-masing.

bagi aku, aku happy bila aku nampak parents aku happy. maksud aku... bila kita sampai je di KLIA, benda pertama yang kita nampak (logically bukan perkara pertama kita nampak sebab kena tengok pekerja KLIA dulu) ialah parents yang tersenyum lebar di depan arrival gate, sebab nampak anak yang diorang sayang di depan mata. senyuman yang bukan sekadar saling membalas senyuman. tapi senyum sebab anak diorang ada depan mata, bukannya jauh di Adelaide. bukannya dalam skype. dah la anak diorang ni asyik study jauh dari parents. haish. anyway, itu lagi bermakna. dapat hilangkan rindu parents aku terhadap aku dan hilangkan rindu aku kat parents aku =) 0-0 (kosong-kosong). and then, bila diorang peluk aku, aku dapat rasa aura kasih sayang yang mengalir dari badan diorang. okay, ayat macam dalam novel pulak.

lain orang lain pendapat. aku tak kisah pasal buat duit part time ke ape. sesetengah orang mungkin akan kata kita dapat menimba pengalaman, dalam masa sama dapat poket lebih. dah la duit AUD siot. darab tiga tu, bila convert ringgit. takpe.. duit boleh dicari. kalau boleh, aku nak sentiasa jumpa parents aku sebab manusia ni, bila-bila masa je boleh mati. so, aku nak gunakan kesempatan cuti aku untuk be together with family. dapat berborak, gaduh and kacau mak and ayah aku depan mata lagi best and bermakna dari cakap through phone je atau cakap through skype. tapi aku dah lama tak skype dengan diorang sebab kat rumah takde laptop. harap dengar suara je la. suara orang tua. =)

ada sesetengah orang taknak balik Malaysia. takpe. itu hal diorang. mungkin diorang tak cukup duit atau ada target yang diorang nak capai. berbalik kepada kisah aku, benda yang agak susah sikit ialah bila mak ayah aku nak hantar aku di airport sebab aku kena balik Adelaide balik (sebab cuti nak habis daa.ayat pun dah lintang pukang). aku boleh nampak mata mak aku dah berair. alah. biasalah mak. cepat emosional. yang ayah aku pulak, nampak macam rilek je. tapi sebenarnya aku boleh nampak ayah aku tengah sebak giler di dada tu. tapi, takkanlah aku nak tegur, tak pasal-pasal lagi sebak ayah aku. aku pulak macam mana? mana boleh nangis. bukan sebab takde perasaan. tapi, bab-bab nangis ke apa aku tak suka orang nampak aku tengah sedih. aku tak tahu kenapa. mungkin aku nak orang sentiasa nampak aku jenis takde perasaan dan tabah kot. tapi, aku takkan menangis sebab bila dah tahan dalam diri, dengan sendirinya sedih tu hilang sendiri.

bila baca entry ni, mungkin ada sesetengah akan cakap,
 "ala.. setakat pegi Adelaide je. takkan tu pun sedih".
jawapan aku?
 "jauh dari parents kot!!!orang yang paling aku sayang dalam dunia ni.of course lah sedih."

p/s: apa-apa pun, always appreciate your parents. jangan buat diorang sedih and jangan buat perkara tak senonoh di luar. parents mungkin tak nampak, tapi Allah nampak. aku bukannya baik sangat pun tapi aku just nak luah je apa ada dalam kepala otak aku ni. ngee~

peace yo!!

10 comments:

  1. ibu bapa memang yang terbaik kita pernah ada dalam hidup..
    salute kamu

    ReplyDelete
  2. keluarga mesti yang diutamakan....
    sayangi keluarga kita.. bagus la keputusan awak... family awk mesti rindu kat awak tu..

    ReplyDelete
  3. lebih baik spend time dengan parents :)

    ReplyDelete
  4. ifa nnt kem salam kt org2 m'sia.. hihi :)

    ReplyDelete
  5. sbgai pompuan mse bujang ni la nk berkhidmat to parents..t da kawen...da kne ikt laki da.. hrgai mase bujang anda.. ;p

    ReplyDelete
  6. haha comelnye jari kaki..

    love parents too !

    ReplyDelete
  7. feza:salute kamu balik :)
    shahrzali:bese2 je
    schajar:yeah!
    munirh:kan2..
    qilah:okay :P
    mrs fathie:tu la pasal
    nicaa:jari kaki saya tu.hehe
    nensclction:thank u akak!!

    ReplyDelete
  8. janganla entry tacing ifa!!! mimah baru smpi sini bape hari dah taknak balik adeled sampai bebile. cane? HSHAHAH

    ReplyDelete

 

GeeKintheRainboW Copyright © 2014 Designed by Alieff Artwork